.

Showing posts with label mig online. Show all posts
Showing posts with label mig online. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

FILEM SNIPER

SINOPSIS FILEM SNIPER


Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. 
Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. 
Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. 
Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad.
Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. 
Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. 
Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.

Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah: Pierre Andre
Skrip: Panel MIG / Pierre Andre
Pelakon: Fadlan Hazim, Nina Iskandar, Mikael Andre, Pablo Amirul, Adiba Yunus, Bil Azali, Delimawati.



Mesti korang nak tahu siapa dalang disebalik Pemainan ini? adakah Rafi dan Harlina Terselamat? dan Apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Nyawa atau Nyawa, jangan lupa saksikan beramai ramai dipawagan berhampiran tempat anda bermula 24 APRIL 2014

Review dari kacamata empunya blog (pendapat setiap org tak sama... so kalau korang nak tau korang kena tengok sendiri dan nilai sendiri dan seandainya ade sebarang komen boleh terus pm page david teo atau email mejar.)

  • Filem yang penuh dengan suspen dan aksi 
  • buat aku yang mengandung ni tak senang duduk dan akhirnya pening kepala (berat sangat ke filem ni utk ibu mengandung mcm aku ni)
  • harus beri thumbs up pada pengarah muda kite kerana berjaya menghasilkan filem yang lain dari yang lain. 
  • lakonon dari talent2 MIG yang tak mengecewakan


Mikael Andre lakonan awak terbaik. Buat lbh bagus pas ni ye...

ni muka mamat psiko. tgk muke pun ganas. 

Friday, January 24, 2014

Jangan Pandang Belakang BOLEH?

Era globilisasi meiliki pengaruh yang kuat dari segala diensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan social secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat bijak memilih yang mana terbaik, ia juga turut mempengaruhi sedikit sebanyak perkembangan industri perfileman tanah air kita. Ini yang terjadi sekarang dimana filem juga mampu di parodikan bukan hanya lagu. Jangan Pandang Belakang Boleh?, filem yang di parodikan daripada filem asal iaitu Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007 yang pernah menjadi fenomena dalam industri filem tempatan dimana kutipannya mencecah RM6.5 Juta. Jangan Pandang Belakang Boleh?, menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.

Filem ke-89 bergenre komedi seram menjadi taruhan kerana MIG yakin dengan filem ini mampu menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan menilai sendiri kelainan yang di tampilkan kali ini, sekaligus memenuhi kehendak semasa yang inginkan perubahan dari segi konsep dan jalan cerita.

Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan", Jangan Pandang Belakang Boleh? arahan Ismail Bob Hasim membariskan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik sebagai peneraju utama seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang. Bagi memantapkan lagi filem ini beberapa artis yang sangat berpengalaman turut menerajui filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin untuk menjadi filem ini lebih berkesan dan meninggalkan kesan di hati penonton. Pengambaran filem ini keseluruhan dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tahun 2014 juga menjanjikan filem-filem yang menarik dari MIG antaranya juga Lu Gua Bro (27 Mac), Sniper (24 April) dan Awak Nak Kawin Dengan Saya? (22 Mei) dan beberapa lagi filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Jangan Pandang Belakang Boleh? akan menerjah pawagam mulai 31 Januari 2014.

Sinopsis

Teman wanita DHARMA (Zalif Sidek), ROSE (Adibah Yunus) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. ROSE kemudian didapati mati akibat bunuh diri. DHARMA serta kembar ROSE, SERI (Shima Anuar) berusaha mencari apakah sebabnya ROSE berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. INDRA (Epy Kodiang), rakan sepejabat DHARMA juga turut membantu dalam menyelesaikan persoalan mereka.

Namun ketika pencarian itu, DHARMA sering diganggu benda-benda mistik. DHARMA mengadu masalahnya kepada ROSE dan INDRA namun masing-masing tidak percaya wujudnya "hantu". DHARMA berubah menjadi pelik menyebabkan SERI merasakan ROSE membunuh diri disebabkan DHARMA.

DHARMA pula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kerana makhluk halus yang sentiasa menghantui hidup ROSE kini telah mengikutnya dan kini mengacau ahli keluarganya.

Berjayakah DHARMA mencari Punca sebenar ROSE mati? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Boleh? di pawagam berdekatan anda pada 31 Januari 2014.

"Bukan Janji Tapi Pasti"

Saturday, September 21, 2013

Bencinta



BenCinta

Filem ini mengisahkan pasangan baru berkahwin dan hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya.

Klasifikasi: P13
Genre: Romantik
Tarikh Tayangan: 26 September 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Eyra Rahman
Pelakon: Farid Kamil, Nora Danish, Fezrul Khan, Zalif Sidek

Friday, February 22, 2013

Jom masuk contest Filem Cerita Kita dan tengok preview bersama artist



Filem Cerita Kita sebuah filem bergene romantik drama yang bakal menemui anda semua pada 7 Mac 2013 ini. Filem yang santai sentuhan pengarah berbakat Pierre Andre ini menampilkan pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.




“Ika(Yana Samsudin) yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal(Pekin Ibrahim) mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama Malik(Fezrul Khan). Kamal yang melihat perubahan Ika mula merasa sedih dan kecil hati, Kamal cuba menasihati Ika supaya jangan terlalu rapat dengan Malik kerana Malik suami orang. Ika mula merasa sangsi dan berfikir bahawa kamal sengaja mereka cerita.”

Jadi adakah Ika akan terus memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal? semuanya akan terjawab dalam “Cerita Kita”

So kat sini MiG Online nak kasi peluang secara eksklusif untuk korang sama-sama join Malam Pratonton Filem Cerita Kita nie. Caranya?

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan 5 pelakon yang membintangi filem Cerita Kita?

b) Apakah tagline filem Cerita Kita?

c) Lengkapkan ayat ini dengan kreatif,

Saya berminat untuk menonton Protonton Filem Cerita Kita kerana….. (tidak melebihi 20 patahperkataan)

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Cerita Kita”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang

dengan nama subject PERADUAN CERITA KITA ke:

metrowealthonline@gmail.com

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 25 FEBRUARI 2013

Tuesday, July 3, 2012

Filem 8 Jam yang di nanti-nanti

lama gile kan tunggu filem ni di tayangkan... BTW, korang tau tak yang esok dah start tayangan... tp di beberape pawagam terpilih jer.... korang nak tgk tak? jom... jom... ain tak sabar plak nak tgk... ni ade listing pawagam yang ade tayangan utk esok... kire special arhh nie kan...




Thursday, June 21, 2012

Shima Anuar dalam filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Selepas Filem 7 Petala Cinta, cerita H.A.C.K.S pulak... lakonan dalam 7 Petala Cinta pun best.... 


tapi

..


..


..


..


..


dalam H.A.C.K.S lagi best... berkesan tul watak dia... mmg kagum la dgn bakat baru ni...

meh tgk gmbr dia masa malam pratonton  filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Wednesday, June 20, 2012

Menang I Pod Touch Dari FB David Teo

ain buat lagi entry nie.... hari isnin baru ni kan ada preview filem H.A.C.K.S kan.... sila baca review di SINI... korang taukan ain menang Ipod Touch... so Isnin tu ada la penyampaian hadiah.... ketaq lutut hihihi nak amik Ipod Touch.... ape pun meh tgk Ipod Touch yang ain menang.... 

IPod Touch dan juga 2 DVD filem dari MIG
Terima kasih pada Mejar David Teo dan MIG :) saya suke hadiah nih....


Untuk yang nak masuk contest macam yang ain menang ni sila klik SINI

Tuesday, June 5, 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster) buat Penonton Pecah Perut Gelak

hi sume... selamat pagi... semalam ain berkesempatan untuk pergi Malam Pra Tonton Filem X ( Janda-Jandaku Gangster) di e-Curve... Part paling best tu... tak perlu masuk contest :).... korang nk tak dapat keistimewaan macam ain?? nnti ain cerita k....

Nah... korang layan trailer ni dulu okeyy....



Sinopsis

5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy iaitu Zai (lakonan Diana Amir). Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan 'isterinya' sama-sama mengorat wanita lain, 'hubungan' mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. 

Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh, Fatihah (lakonan Siti Chubby). Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. 

Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie (lakonan Chloe Nicole). Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. 

Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda (lakonan Nuremy Ramli) seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. 
Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. 

Hafiz berkenalan pula dengan Ziana (lakonan Liana Rafiai) di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. 

Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa (lakonan Intan Ladyana), seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. 

Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?

Pendapat ain :-
  • Jalan cerita yang menarik dan kelakar dari mula sampai habis
  • Geli plak tengok bulu ketiak wanda... hahaha... korang harus tengok sendiri...
  • Kisah2 di sebalik perkahwinan dan perceraian janda2 yang menarik dan kelakar. Terutamanya Isteri pertama, kedua dan kelima... memang terbaik arh...
  • kalau bintang plak ain kasi 5/5bintang... ain suke giler arhh citer nie... tapi setiap orang ada pendapat masing2... 

Untuk pengetahuan semua filem ini akan mengegarkan pawagam seluruh negara 7 Jun 2012 dan korang harus terjah dan nilai sendirik filem nie... Setiap dari kita ada pendapat masing2.... 

check it out






p/s : abaikan watermark yang dah kebengongan... 



Monday, February 27, 2012

Menangi Tiket Bermusim Filem Adnan Sempit 2!

just share dgn korang... nk tau lebih... tgk kat page MIG ONLINE


MiG Online yakin mesti ada antara korang yang dah tengok dan tengok lagi dan sambung tengok lagi filem Adnan Sempit 2 ni, kan? So MiG Online pasti korang masih tak puas tengok gelagat dan telatah Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Along dan Angah Raja Lawak dalam filem tu. So kat sini MiG Online nak support korang tengok lagi filem Adnan Sempit nie dengan pemberian tiket percuma filem Adnan Sempit 2 nie. Kalau korang nak senang je, korang ikut langkah kat bawah nie.

1. Jawab soalan berikut

a) Siapakah pelakon yang memegang watak sebagai sepupu Nadia dalam filem Adnan Sempit 2? Syuk Raja lawak-Balas

b) Siapakah yang menjadi pesaing cinta Bobby dan Wawa? ISMAD

c) Berapa lamakah Datuk Isnin memberi tempoh kepada Adnan untuk berubah? 30 hari



2. Hantarkan jawapan korang beserta butiran berikut:

a) Nama Penuh mengikut I/C

b) No Telefon

c) Alamat Surat-Menyurat

d) Email

3. Emailkan jawapan dan butiran korang ke:

metrowealthonline@gmail.com

4. Korang kena hantar selewat-lewatnya

c) 28 Februari 2012.

Pemenang akan dihubungi melalui email pada 29 Februari 2012.