Tuesday, June 5, 2012

FILEM – X (Janda-jandaku Gangster) buat Penonton Pecah Perut Gelak

hi sume... selamat pagi... semalam ain berkesempatan untuk pergi Malam Pra Tonton Filem X ( Janda-Jandaku Gangster) di e-Curve... Part paling best tu... tak perlu masuk contest :).... korang nk tak dapat keistimewaan macam ain?? nnti ain cerita k....

Nah... korang layan trailer ni dulu okeyy....



Sinopsis

5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz (lakonan Pierre Andre) merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy iaitu Zai (lakonan Diana Amir). Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan 'isterinya' sama-sama mengorat wanita lain, 'hubungan' mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. 

Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh, Fatihah (lakonan Siti Chubby). Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. 

Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie (lakonan Chloe Nicole). Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. 

Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda (lakonan Nuremy Ramli) seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. 
Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. 

Hafiz berkenalan pula dengan Ziana (lakonan Liana Rafiai) di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. 

Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa (lakonan Intan Ladyana), seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. 

Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?

Pendapat ain :-
  • Jalan cerita yang menarik dan kelakar dari mula sampai habis
  • Geli plak tengok bulu ketiak wanda... hahaha... korang harus tengok sendiri...
  • Kisah2 di sebalik perkahwinan dan perceraian janda2 yang menarik dan kelakar. Terutamanya Isteri pertama, kedua dan kelima... memang terbaik arh...
  • kalau bintang plak ain kasi 5/5bintang... ain suke giler arhh citer nie... tapi setiap orang ada pendapat masing2... 

Untuk pengetahuan semua filem ini akan mengegarkan pawagam seluruh negara 7 Jun 2012 dan korang harus terjah dan nilai sendirik filem nie... Setiap dari kita ada pendapat masing2.... 

check it out






p/s : abaikan watermark yang dah kebengongan... 



3 org yang baik hati komen:

  1. best ek kak ain... rugi plak saya x dpt g.. huhu

    ReplyDelete
  2. Filem ni dah kuar semalam, tapi macam tak dapat sambutan. Adakah sebab bersaing dengan filem Bohsia 2 dan Madagascar 3?

    Review kami di KakiWayang.com : X Janda-Jandaku Gangster

    ReplyDelete