SINOPSIS FILEM SNIPER
Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri.
Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui.
Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka.
Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad.
Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi.
Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera.
Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.
Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah: Pierre Andre
Skrip: Panel MIG / Pierre Andre
Pelakon: Fadlan Hazim, Nina Iskandar, Mikael Andre, Pablo Amirul, Adiba Yunus, Bil Azali, Delimawati.
Mesti korang nak tahu siapa dalang disebalik Pemainan ini? adakah Rafi dan Harlina Terselamat? dan Apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?
Nyawa atau Nyawa, jangan lupa saksikan beramai ramai dipawagan berhampiran tempat anda bermula 24 APRIL 2014
Review dari kacamata empunya blog (pendapat setiap org tak sama... so kalau korang nak tau korang kena tengok sendiri dan nilai sendiri dan seandainya ade sebarang komen boleh terus pm page david teo atau email mejar.)
- Filem yang penuh dengan suspen dan aksi
- buat aku yang mengandung ni tak senang duduk dan akhirnya pening kepala (berat sangat ke filem ni utk ibu mengandung mcm aku ni)
- harus beri thumbs up pada pengarah muda kite kerana berjaya menghasilkan filem yang lain dari yang lain.
- lakonon dari talent2 MIG yang tak mengecewakan
Mikael Andre lakonan awak terbaik. Buat lbh bagus pas ni ye... |
ni muka mamat psiko. tgk muke pun ganas. |
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment