.

Showing posts with label mig. Show all posts
Showing posts with label mig. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

FILEM SNIPER

SINOPSIS FILEM SNIPER


Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. 
Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. 
Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. 
Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad.
Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. 
Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. 
Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.

Penerbit : Mejar (K) David Teo
Pengarah: Pierre Andre
Skrip: Panel MIG / Pierre Andre
Pelakon: Fadlan Hazim, Nina Iskandar, Mikael Andre, Pablo Amirul, Adiba Yunus, Bil Azali, Delimawati.



Mesti korang nak tahu siapa dalang disebalik Pemainan ini? adakah Rafi dan Harlina Terselamat? dan Apakah sebenarnya permainan yang cuba dilakukan?

Nyawa atau Nyawa, jangan lupa saksikan beramai ramai dipawagan berhampiran tempat anda bermula 24 APRIL 2014

Review dari kacamata empunya blog (pendapat setiap org tak sama... so kalau korang nak tau korang kena tengok sendiri dan nilai sendiri dan seandainya ade sebarang komen boleh terus pm page david teo atau email mejar.)

  • Filem yang penuh dengan suspen dan aksi 
  • buat aku yang mengandung ni tak senang duduk dan akhirnya pening kepala (berat sangat ke filem ni utk ibu mengandung mcm aku ni)
  • harus beri thumbs up pada pengarah muda kite kerana berjaya menghasilkan filem yang lain dari yang lain. 
  • lakonon dari talent2 MIG yang tak mengecewakan


Mikael Andre lakonan awak terbaik. Buat lbh bagus pas ni ye...

ni muka mamat psiko. tgk muke pun ganas. 

Friday, January 24, 2014

Jangan Pandang Belakang BOLEH?

Era globilisasi meiliki pengaruh yang kuat dari segala diensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan social secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat bijak memilih yang mana terbaik, ia juga turut mempengaruhi sedikit sebanyak perkembangan industri perfileman tanah air kita. Ini yang terjadi sekarang dimana filem juga mampu di parodikan bukan hanya lagu. Jangan Pandang Belakang Boleh?, filem yang di parodikan daripada filem asal iaitu Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007 yang pernah menjadi fenomena dalam industri filem tempatan dimana kutipannya mencecah RM6.5 Juta. Jangan Pandang Belakang Boleh?, menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.

Filem ke-89 bergenre komedi seram menjadi taruhan kerana MIG yakin dengan filem ini mampu menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan menilai sendiri kelainan yang di tampilkan kali ini, sekaligus memenuhi kehendak semasa yang inginkan perubahan dari segi konsep dan jalan cerita.

Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan", Jangan Pandang Belakang Boleh? arahan Ismail Bob Hasim membariskan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik sebagai peneraju utama seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang. Bagi memantapkan lagi filem ini beberapa artis yang sangat berpengalaman turut menerajui filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin untuk menjadi filem ini lebih berkesan dan meninggalkan kesan di hati penonton. Pengambaran filem ini keseluruhan dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tahun 2014 juga menjanjikan filem-filem yang menarik dari MIG antaranya juga Lu Gua Bro (27 Mac), Sniper (24 April) dan Awak Nak Kawin Dengan Saya? (22 Mei) dan beberapa lagi filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Jangan Pandang Belakang Boleh? akan menerjah pawagam mulai 31 Januari 2014.

Sinopsis

Teman wanita DHARMA (Zalif Sidek), ROSE (Adibah Yunus) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. ROSE kemudian didapati mati akibat bunuh diri. DHARMA serta kembar ROSE, SERI (Shima Anuar) berusaha mencari apakah sebabnya ROSE berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. INDRA (Epy Kodiang), rakan sepejabat DHARMA juga turut membantu dalam menyelesaikan persoalan mereka.

Namun ketika pencarian itu, DHARMA sering diganggu benda-benda mistik. DHARMA mengadu masalahnya kepada ROSE dan INDRA namun masing-masing tidak percaya wujudnya "hantu". DHARMA berubah menjadi pelik menyebabkan SERI merasakan ROSE membunuh diri disebabkan DHARMA.

DHARMA pula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kerana makhluk halus yang sentiasa menghantui hidup ROSE kini telah mengikutnya dan kini mengacau ahli keluarganya.

Berjayakah DHARMA mencari Punca sebenar ROSE mati? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Boleh? di pawagam berdekatan anda pada 31 Januari 2014.

"Bukan Janji Tapi Pasti"

Sunday, November 24, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang




Sinopsis

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah. 



Filem ni best sgt lah... lawak habis... korang leh tgk la... ckp banyak x guna kan.... ape lagi terjah la pawagam terdekat korang yer