.

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Tips Mendapatkan Anak

Bismillah...

Entry pada hari ini adalah permintaan istimewa dari kawan se'blogger', Ayuyang ingin mendapatkan tips/cara untuk mendapatkan anak.

Dari pengalaman lalu, saya sendiri masih belum 'berisi' walaupun telah 7 bulan lamanya mendirikan rumahtangga.

Antaranya mungkin disebabkan kami duduk berjauhan selama 3 bulan. Saya di Sabah dan husband saya pula di Penang.

2 bulan selepas itu (waktu tu saya telahpun berpindah ke Penang), salah seorang dari staff saya telah mencadangkan agar saya mengambil Jamu Haid Martina (keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway). Ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak menentu dan saya seringkali terkena senggugut setiap kali datang 'period'.

Saya difahamkan bahawa antara penyebab kemungkinan ketidaksuburan wanita yang telah berkahwin adalah disebabkan oleh kitaran haid yang tidak menentu dan juga disebabkan oleh masalah senggugut sepertimana yang saya alami.

Pada masa yang sama, adik ipar saya pula telah mencadangkan agar suami saya mengambil Makjun Pak Tani.

Alhamdulillah... setelah 2 bulan lamanya (saya mengambil Jamu Haid Martina dan suami saya pula mengambil Makjun Pak Tani), saya telah disahkan 'berisi'.

Namun sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami masalah senggugut, anda bolehlah mencuba mengambil pil Spirulina ataupun Jamu Wanita Martina (juga dikenali sebagai Jamu Sihat Rahim di Indonesia. Jamu ini keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway) yang bertujuan untuk menggalakkan kesuburan wanita.

Selain itu, anda juga disarankan agar berjumpa 'Mak Bidan' untuk tujuan berurut.

Mudah-mudahan tips ini dapat dimanfaatkan untuk kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga anda dan suami, insya-Allah (amiinnn).

Wallahu a'lam.


SUMBER

Wednesday, June 27, 2012

Setiap pasangan yang berkawin mesti la nak zuriat kan... kan...

hurm.... sejak dua menjak nie memang senang sangat sentap mentap.... asyik pk pasal anak... tp tulah tak der rezeki kami suami isteri lagi... 16 julai ni genap la setahun kitorang kawen....

kadang2 kite tak lah fikir sangat tp di sebabkan orang asyik tanye nape tak pregnant ag.... siap ade yg cakap "korang tak reti maen ni" macam mintak kena cili jer mulu hamba Allah tu kan.... nasib la ain jadi penyabar tetiba.... al maklum lah yang bercakap tu da berusia sket.... :)

Kita hanya mampu berusaha dan berdoa selebihnya Allah lebih tau segalanya,.... jangan la dok ckp sesedap rasa jek... tanpa pk perasaan orang yang mendengar tuh....

entah lah kan.... mungking orang laen senang... asal sentuh jadik... asal sentuh jadik.... tp kan tak semua orang macam tu... dah Allah belum nak bagi rezeki kepada kami... nak buat macam mana kan? kan?

kalau ikut hati hari ni jgk nak pegnant.... korang semua doakan ain cepat2 pegnant k.... amin2...

mode : sayu hati nie... mengalir air mata buat entry nie...

Susah jadi perempuan

setuju tak dengan tajuk di atas? kenapa ain kata macam tu? korang baca kt bawah ni ok

1) kalau belum kawen orang sebok tanye bila nak kawen

2) bila dah kawin tak dapat-dapat anak orang pun sibuk duk tanye bila nak dpt anak

3) bila ada banyak sangat anak orang pun mengata jugak...

pendek kata semua serba tak kena... kawen lmbt salah.... tak kawen salah.... x dpt anak pun jadi isu.... anak ramai pun isu jgk...

pikir2 balik mmg kelakar jgk kan... terlalu ramai yang badan depa sibuk a.k.a buzybody.... hahahah...