.

Showing posts with label cepat hamil. Show all posts
Showing posts with label cepat hamil. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Tips Untuk Mudah Hamil

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual
#1: Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). #2: Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? #3: Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini bolehmembantu anda menentukan bilakah masa subur anda. #4: Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. #5: Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik  berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual :
#1: Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. #2: Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. #3: Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yangmemerlukan waktu yang lebih lama.
#4: Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan itu pada “waktu subur”. #5: Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda(isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda :
#1: Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline padavagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. #2: Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual :
#1: Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. #2: Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. #3: Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirehat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.#4: Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul di belakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung dengan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.#5: Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisiwanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma terkeluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur.#6: Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks: #1:Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. #2: Kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi.#3: Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelum ini. #4: Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami :
#1: Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas  kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks :
#1: Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. #2: Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda :
#1: Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. #2: Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. #3: Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang. Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi. Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya .Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak. Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak. Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat doktor. Insya Allah anda akan berjaya.
Semoga berjaya.

Tips Mendapatkan Anak

Bismillah...

Entry pada hari ini adalah permintaan istimewa dari kawan se'blogger', Ayuyang ingin mendapatkan tips/cara untuk mendapatkan anak.

Dari pengalaman lalu, saya sendiri masih belum 'berisi' walaupun telah 7 bulan lamanya mendirikan rumahtangga.

Antaranya mungkin disebabkan kami duduk berjauhan selama 3 bulan. Saya di Sabah dan husband saya pula di Penang.

2 bulan selepas itu (waktu tu saya telahpun berpindah ke Penang), salah seorang dari staff saya telah mencadangkan agar saya mengambil Jamu Haid Martina (keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway). Ini disebabkan kitaran haid saya yang tidak menentu dan saya seringkali terkena senggugut setiap kali datang 'period'.

Saya difahamkan bahawa antara penyebab kemungkinan ketidaksuburan wanita yang telah berkahwin adalah disebabkan oleh kitaran haid yang tidak menentu dan juga disebabkan oleh masalah senggugut sepertimana yang saya alami.

Pada masa yang sama, adik ipar saya pula telah mencadangkan agar suami saya mengambil Makjun Pak Tani.

Alhamdulillah... setelah 2 bulan lamanya (saya mengambil Jamu Haid Martina dan suami saya pula mengambil Makjun Pak Tani), saya telah disahkan 'berisi'.

Namun sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang tetap dan tidak mengalami masalah senggugut, anda bolehlah mencuba mengambil pil Spirulina ataupun Jamu Wanita Martina (juga dikenali sebagai Jamu Sihat Rahim di Indonesia. Jamu ini keluaran Martha Tilaar, boleh dibeli di Cosway) yang bertujuan untuk menggalakkan kesuburan wanita.

Selain itu, anda juga disarankan agar berjumpa 'Mak Bidan' untuk tujuan berurut.

Mudah-mudahan tips ini dapat dimanfaatkan untuk kebahagiaan, keharmonian dan kesejahteraan rumahtangga anda dan suami, insya-Allah (amiinnn).

Wallahu a'lam.


SUMBER

Makanan agar Mudah Hamil

Makanan yang Menggalakkan Kesuburan Wanita :
  1. Taugeh
  2. Bayam
  3. Dal Kanji
  4. Kacang Botol
  5. Herba Organik
  6. Cendawan
  7. Daun Dukung Anak
Makanan untuk Ibu Hamil :
  1. Tempe
  2. Ikan Bilis
  3. Ikan
  4. Tofu
  5. Jantung Pisang
  6. Halia
  7. Daging Rusa
Makanan yang Membantu Melancarkan Perjalanan Darah :
  1. Pegaga
  2. Ulam Raja
  3. Anggur
  4. Petai
  5. Lada Hitam
  6. Daun Dukung Anak
Wallahu a'lam.

SUMBER

tip-tip ringkas mudah hamil(perhubungan seksual)

Entry ni ain buat bila ain sibuk duk Google pasal hamil..... so bila ain jumpa nie... ain teringin nak share dengan semua yang lain.... 

ade ke budak bawah 18tahun yg follow blog ain eh? SILA JANGAN BACA ANDAI ANDA BAWAH 18 TAHUN...

petua mudah hamil kali ini akan mengfokuskan kepada cara pehubungan seksual anda.mungkin anda mempunyai satu persepsi apabila bersetubuh saja pasti akan mengandung..ANDA SILAP! sekiranya anda melakukan hubungan intim itu salah atau tidak kena pada masanyajom kita sama-sama lihat beberapa tips mengenai cara untuk cepat hamildari aspek perhubungan seksual.
amaran-ini merupakan perkongsian ilmu seksual bukan membincangkan perkara lucah! 

tips pertama
30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.

tips kedua
setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.

tips ketiga
jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.

tips keempat
lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14)sekurang-kurangnya 5 kali..=)

tips kelima
sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

tips keenam
gunakan teknikTok Janggut dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.  

tips ketujuh
cuba teknik che siti wan kembang dari kelantan iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini. 

tips kelapan
petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.

itulah serba sedikit petua mudah hamil dalam melakukan hubungnan seks bersama dengan pasangan anda.diharap ianya memberi manfaat dan idea kepada anda.selamat mencuba!