Salam semua,
Korang nak tau tak mengandung kali ni ain di sahkan oleh doctor
ain ada kencing manis (GDM). 2 minggu ke 4 minggu selepas ain sembuh dari
denggi ain kena minum air gula dan bacaan yang dapat masa minum air gula tu
ialah :-
Sebelum minum (yakni berpuasa)
6.3
Selepas minum air gula
4.9
Pelik tapi benar. Apakah yang menyebabkan bacaan sebelum
lagi tinggi dari selepas? Ain pun tak faham. Di sebabkan ni lah sekarang atau
buat masa ni ain kena buat BSP setiap bulan. Memula sekali bila buat tu ain
pergi KK untuk pinjam dan sewa mesin check gula tu. Satu hari p KK amik mesin. Esoknya
doctor nak review result BSP. Tak ke penat namanya tu? So satu hari ain
bercerita la dengan kawan yang memang ada kencing manis dari sebelum mengandung
smpai la mengandung confirm2 la ada kan .
So dia offer ain untuk pinjam jer mesin check gula dia punya tu. Sebab dia tak
menggunakannya lagi.
So dia cuma kasi mesin dan berberape jarum. Tapi strip dah
habis so ain Cuma kena beli strip tu jer. So jumaat lepas ain pergi la farmasi
nak beli strip tu kononnya lah. Dalam pada tu ain dok usha jugak mesin tu mana
tau boleh dapat yang murah kan . Jadi
tak perlulah nak pinjam2. so ain boleh la sesuka hati nak check gula tu bebila
masa tanpa p klinik atau farmasi. Sekali staff kat farmasi tu promote kat ain
mesin tu harga dia RM79 jer. Free 10 batang jarum dan 10 strip. Strip dia pulak
harga RM70 untuk 50 strip. So setelah di kira di tambah dan di tolak nampaknya
strip mesin yang ni lebih murah. Actually yang kawan ain kasi pinjam tu brand one
touch select simple. Dia punye strip RM38 untuk 25 pcs. So bila di tambah di
tolak. Akan jimat sikit. So ain beli lah mesin tu.
Jenama dia CERA-CHEK
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment