.

Showing posts with label GDM. Show all posts
Showing posts with label GDM. Show all posts

Monday, June 2, 2014

Pengalaman buat BSP sepanjang mengandung

Salam semua,

Korang nak tau tak mengandung kali ni ain di sahkan oleh doctor ain ada kencing manis (GDM). 2 minggu ke 4 minggu selepas ain sembuh dari denggi ain kena minum air gula dan bacaan yang dapat masa minum air gula tu ialah :-

Sebelum minum (yakni berpuasa)
6.3

Selepas minum air gula
4.9

Pelik tapi benar. Apakah yang menyebabkan bacaan sebelum lagi tinggi dari selepas? Ain pun tak faham. Di sebabkan ni lah sekarang atau buat masa ni ain kena buat BSP setiap bulan. Memula sekali bila buat tu ain pergi KK untuk pinjam dan sewa mesin check gula tu. Satu hari p KK amik mesin. Esoknya doctor nak review result BSP. Tak ke penat namanya tu? So satu hari ain bercerita la dengan kawan yang memang ada kencing manis dari sebelum mengandung smpai la mengandung confirm2 la ada kan. So dia offer ain untuk pinjam jer mesin check gula dia punya tu. Sebab dia tak menggunakannya lagi.

So dia cuma kasi mesin dan berberape jarum. Tapi strip dah habis so ain Cuma kena beli strip tu jer. So jumaat lepas ain pergi la farmasi nak beli strip tu kononnya lah. Dalam pada tu ain dok usha jugak mesin tu mana tau boleh dapat yang murah kan. Jadi tak perlulah nak pinjam2. so ain boleh la sesuka hati nak check gula tu bebila masa tanpa p klinik atau farmasi. Sekali staff kat farmasi tu promote kat ain mesin tu harga dia RM79 jer. Free 10 batang jarum dan 10 strip. Strip dia pulak harga RM70 untuk 50 strip. So setelah di kira di tambah dan di tolak nampaknya strip mesin yang ni lebih murah. Actually yang kawan ain kasi pinjam tu brand one touch select simple. Dia punye strip RM38 untuk 25 pcs. So bila di tambah di tolak. Akan jimat sikit. So ain beli lah mesin tu.

Jenama dia CERA-CHEK





Wednesday, May 28, 2014

Resepi : Smoothie Tropical Paradise

entry sebelum ni kan ain cakap ain p ceramah kesihatan. Dalam ceramah tu diorg selitkan dengan resepi Smoothie Tropical Paradise. Selalu kita p Laboost la Juice Work la kan bila p shopping complex.

Apa kata kita try sendiri buat kat rumah. Malah rasanya resepi ni sangat-sangat mudah

Bahan-bahan:

1 biji mangga (size sederhana)
1/2 batang lobak merah
1 cawan tembikai susu
1 biji pisang montel
1/2 cawan jus epal
1 1/2 cawan ais

Cara-caranya

1. campurkan semua bahan dan kisar
2. sedia untuk di minum


P/S : sedap rasa smoothie ni tapinya untuk ibu mengandung yang mempunyai GDM masa mengandung korang kena kurangkan portion buah-buah tu.