.

Tuesday, May 21, 2013

Sinopsis Filem KIL



SINOPSIS

Akil, seorang pemuda pendiam dan menghadapi tekanan hidup mengambil langkah mudah untuk membunuh diri sebagai jalan penyelesaian mengakhiri kehidupannya. Walaupun telah banyak kali mencuba untuk membunuh diri tetapi tidak pernah berhasil. Suatu hari, Akil menemui iklan mengenai sebuah organisasi ‘ Life Action Bureau ‘ (LAB) yang dapat membantunya mencapai matlamat untuk menamatkan riwayat hidupnya. Setelah terikat dengan terma dan syarat dengan LAB, Akil telah bertemu dan jatuh cinta dengan Zara, seorang gadis cantik dan periang yang telah memberikannya sebab dan sinar baru untuk meneruskan kehidupannya di dunia. Kini, Akil perlu mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perjanjian dengan LAB sebelum dia di bunuh!



PELAKON

Redza Minhat – Akil

Cristina Suzanne – Zara

Harun Salim Bachik – Konsultan

Hasnul Rahmat – Johan Iskandar

Dira Abu Zahar – Salina

Anne James – Mrs Jasmine

Atilia Haron – Isteri Johan

Raja Nor Baizura – Ibu Akil.

Juliana Evans – Pelajar Sekolah

Aidil Rusli – Aidil Manjalara

Anuar Zakri – Boss


TENAGA PRODUKSI 


Pengarah / Lakon Layar – Nik Amir Mustapha 

Penerbit – Tengku Iesta Tengku Alaudin 

Penerbit Eksekutif – Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, 

Jeremy Little, Mohamad Anizan Sarif 

Pengarah Forografi – S.Y. Chong 

Pereka Produksi / Editor – Rewan Ishak 

Pengrus Produksi – Muazammil Mamat 

Penolong Pengarah – Faliq Sharif 

Susunan Musik – Saiful Ridzuan 







Filem KIL yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013. KIL memulakan penggambaran pada May 2011 selama 11 hari menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II. Sejurus selepas penggambaran, pihak produksi melancarkan trailer di Youtube & Facebook. Ia mendapat reaksi yang positif dari penonton. Bermula sebagai sebuah filem indie, KIL kemudiannya menjadi salah satu filem yang dinanti-nanti di Malaysia. KIL melalui proses pasca produksi dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.



Nik Amir Mustapha





SYNOPSIS 



Akil (KIL), a quiet and depressed young man sees suicide as a solution though he never succeeds in pulling it off. A chance encounter brings him face to face with the “Life Action Bureau” or LAB, an organization that will help him end his life. But after being bound to LAB’s terms and conditions, he meets pretty and vivacious Zara with whom he eventually falls in love with and gives him a reason to live. The new Akil who embraces life must now race against time to undo what he has set in motion before he gets killed. 



THE CAST 


Redza Minhat – Akil 

Cristina Suzanne – Zara 

Harun Salim Bachik – The Consultant 

Hasnul Rahmat – Johan Iskandar 

Dira Abu Zahar – Salina 

Anne James – Mrs Jasmine 

Atilia Haron – Johan’s Wife 

Raja Nor Baizura – Akil’s Mom. 

Juliana Evans – School girl 

Aidil Rusli – Aidil Manjalara 

Anuar Zakri – Boss 




THE FILMMAKERS 



Director / Screenplay – Nik Amir Mustapha 

Producer – Tengku Iesta Tengku Alaudin 

Executive Producers – Rewan Ishak, Nik Amir Mustapha, 

Jeremy Little, Mohamad Anizan Sarif 

Director of Photography – S.Y. Chong 

Production Designer / Editor – Rewan Ishak 

Production Manager – Muazammil Mamat 

1st Assistant Director – Faliq Sharif 

Music Score – Saiful Ridzuan


trailer filem KIL

Review Dan Sinopsis Filem Lari

Filem Lari


Filem Lari adalah filem yang berbelanja besar dari Excellent Pictures ini bakal dipertontonkan kepada pihak industri perfileman luar negara sempena Festival Filem Cannes ke 66, iaitu festival filem paling prestij di Perancis. Filem arahan Ahmad Idham ini yang menampilkan teraju utama seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek, Hazama Azmi dan ramai lagi yang menelan belanja lebih RM2 juta ini bakal ditayangkan pada 17 Mei , Jumaat, jam 9.30 pagi waktu Cannes di Star 3 Theatre bertempat di bandar Cannes untuk tontonan pihak pembeli dan pengedar filem antarabangsa yang bakal membanjiri bandaraya itu sempena festival filem berkenaan. Filem ini menggunakan tajuk ” The Run ” untuk pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawangan seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei.








SINOPSIS FILEM LARI (DI PAWAGAM 6 JUN 2013)

KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

Dalam masa yang sama KJ (ERRY PUTRA) tidak menyenangi kehadiran KHALIF di kampung itu, kerana masih berdendam dengan kejadian yang berlaku dahulu, di mana KHALIF merupakan buah hati isterinya MAYA (DIRA ABU ZAHAR).

Kepulangan KHALIF juga membuat MAYA cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dia tekad mahu membantu KHALIF dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci KHALIF.

Petunjuk mengenai kejadian tragik itu membawa KHALIF memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di perhentian keretapi, KHALIF merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlakunya pergaduhan dan dia cuba untuk melarikan diri. Dia terserempak dengan seorang pemandu teksi TAUGEH (HAZAMA AZMI), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira.

Sejak itu, KHALIF dan TAUGEH bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap bapanya dan juga INA.

Kepulangan KHALIF dan TAUGEH ke kampung semula, telah menyebabkan MAYA ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, KHALIF mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari negara seberang dengan rakan subahat iaitu KJ. Ini telah menyebabkan KHALIF bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana INA disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar.

KHALIF, TAUGEH dan MAYA telah menuju ke sempadan dengan niat untuk melepaskan INA dari cengkaman sindiket itu. Di situ, KHALIF mengetahui bahawa adiknya telah dijadikan pelacur oleh sindiket penyeludupan manusia. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh KHALIF, TAUGEH dan juga MAYA dalam usaha melepaskan INA.

Akhirnya, INA berjaya diselamatkan daripada sindiket penyeludupan manusia tersebut, manakala hubungan antara MAYA dan Khalif kembali terjalin. TAUGEH pula terus menjadi teman kepada KHALIF.



Friday, May 17, 2013

7 Tips Ketika Diet

==============
✿ 7 Tips Ketika Diet ✿
==============

Tip-tip yang disenaraikan dibawah akan membantu anda untuk melihat perubahan yang lebih cepat kerana ia akan meningkatkan metabolisma, mengelakkan rasa lapar, menambahkan tenaga dan membuatkan anda berasa lebih baik secara keseluruhannya.


1. Menambah Karbo Selepas Senaman

Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.


2. Jangan Tidur Ketika Lapar

Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda.

✓ 3. Lengkapkan Dengan Protin

Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda.

✓ 4. Jadualkan ‘Cheat Day’

Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul.Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.

✓ 5. Saratkan Dengan Serat

Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

✓ 6. Kawal Pengambilan Minuman

Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

✓ 7. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)

Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.

Review dan Sinopsis Biker Kental



Astro Shaw Sdn. Bhd. (ASHW) telah menerbitkan sebuah filem terbaru berjudul Bikers Kental dengan kerjasama Califwork Studios Sdn. Bhd., arahan sulung seorang pengarah fotografi terkenal, Helmi Yusof. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Bront Palarae, Zul Ariffin, Harun Salim Bachik, Amerul Affendi, Sufian Mohamed dan dua artis Thailand, Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem. Sempena pelancaran filem Bikers Kental, sebuah majlis Tayangan Perdana telah diadakan baru-baru ini di e@Curve Damansara.




Filem ini juga menampilkan dua orang pelakon wanita daripada Thailand iaitu Pornwipa Watcharakaroon dan Julangtip Sukkasem yang diperkenalkan oleh pihak produksi Thailand, Film Frame Production. Kedua-dua pelakon wanita ini memang sesuai diketengahkan di dalam filem Bikers Kental kerana memerlukan tahap kecergasan yang tinggi selain berbakat besar di bidang lakonan. Filem yang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Lebuhraya PLUS di Malaysia dan di sekitar Krabi, Hatyai, Phuket dan Sadao di negara Thailand , ini telah menelan belanja sekitar RM1.9 juta.




Melalui filem ini juga, kita mengadakan siri jelajah “Bikers Kental Road Tour” dengan kerjasama Red Garage House of Choppers di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Jelajah siri pertama iaitu Zon Selatan bermula 10 Mei sehingga 12 Mei 2013 yang mana Terminal 1, Seremban menjadi tempat persinggahan pertama. Siri jelajah ini diteruskan sehingga ke Dataran Pahlawan, Melaka dan kemudiannya berakhir di @ Mart Kempas dan Galleria Kotaraya di Johor Bharu. Siri jelajah bagi Zon Timur dan Utara diteruskan bermula di East Cost Mall, Kuantan, Pahang pada 17 Mei bersama Awie, Zul Ariffin dan Sufian Mohamed. Sementara Zizan Razak bersama Zul Ariffin, Sufian Mohamed dan pengarah filem ini sendiri bakal berada di Mesra Mall, Kerteh, Terengganu pada 18 Mei. Siri jelajah ini akan berakhir di Ipoh Parade, Perak pada 19 Mei (Awie, Zul Ariffin, Sufian Mohamed dan Helmi Yusof).





SINOPSIS FILEM

Bikers Kental adalah berkenaan kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motosikal berkuasa tinggi. Beliau bekerja di sebuah garaj motor milik abang sepupunya, Aidil. Bidin mempunyai impian untuk memiliki dan menunggang motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah negara lain untuk menghadiri Bike Week. Malangnya dia hanya seorang pekerja biasa yang tidak mampu untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi. Impian Bidin menjadi nyata apabila pada suatu hari, Bidin terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Bidin tanpa usul periksa terus menggunakan wang itu untuk membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan dirinya untuk berkonvoi bersama–sama dengan geng motosikal Eddie, salah seorang pelanggan setia garaj Aidil.

Pengembaraan Bidin bersama Eddie bermula dari KL sehingga ke Krabi, Thailand. Bermulalah pelbagai kisah, tragedi dan konflik di antara Bidin, Eddie dan geng motosikalnya. Bidin di Thailand bertemu pula dengan Saiya Sukhapon dan Cherry Pontit, dua orang gadis cantik yang bekerja di sebuah gerai tepi jalan yang menyediakan makanan halal. Bidin yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya berusaha untuk menarik perhatiannya. Dia menggunakan pelbagai taktik untuk meluangkan banyak masa bersama Saiya. Tetapi, rancangan Bidin akhirnya dibongkarkan oleh gengnya sendiri. Perselisihan faham antara mereka terjadi apabila tindakan Bidin menyembunyikan motor Eddie diketahui oleh Arbi, salah seorang ahli geng motosikal Eddie.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Bidin diekori oleh beberapa orang misteri yang mahu membunuhnya! Siapakah orang misteri ini? Dan apakah kaitan mereka dengan Bidin? Adakah Bidin menemui cintanya di Thailand? Apakah kesudahan perselisihan faham di antara Bidin dan Eddie? Semuanya bakal terjawab dalam filem Bikers Kental yang bakal ditayangkan pada 23 Mei 2013.

Senarai Pelakon

Zizan Razak – Bidin Al Zaifa

Awie – Eddie

Zul Ariffin – Arbi

Harun Salim Bachik – Aidil

Bront Palarae – Ponthaliwat

Amerul Affendi – Albuqueque

Sufian Mohamed – Boy

Pornwipa Watcharakaroon – Saiya Sukhapon

Julangtip Sukkasem – Cherry Pontip


Komen Pengarang :

Jalan cerita yang baik serta menarik malah ia menghiburkan para penonton pada malam tersebut. Tambahan pula gabungan pelakon-pelakon yang hebat membuatkan filem ini memang sesuai untuk menarik minat semua orang... 

Thursday, May 16, 2013

✿✿ TIPS : Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun ✿✿

✿✿ TIPS : Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun ✿✿

Perbualan dan pertanyaan antara ibubapa dan anak kecil dapat mengembangkan minda dan membina keyakinan diri kepada mereka. Ianya menambahkan maklumat dan membuka laluan baru untuk befikir untuk anak-anak kecil ini .

Tiga contoh khusus cara pertanyaan:

❖❖ Contoh 1: Jika anak anda memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu melalui bermain, ibu bapa boleh bertanya, "Mama tengok adik bermain dengan kereta . Apakah jenis kereta anda ? Siapa drivernya? " . Cara ini dapat membuka minda dan mewujudkan daya imiginasi.


❖❖ Contoh 2 : Apabila anak anda bersiap sedia untuk duduk untuk makan, ibu bapa boleh bertanya, "Apa yang kita lakukan sebelum makan?"

Jika jawapannya betul, berilah pujian.Jika tidak ingat, ibu bapa hanya boleh ingatkan semula.Konsistentasi adalah kuncinya , cara ini mewujudkan disiplin. Boleh diaplikasikan pada kebanyakan rutin kehidupan harian yang lain, seperti: tidur , berpakaian, mandi dan lain-lain.


❖❖ Contoh 3. Sebelum tidur , tanyalah anak cthnya "Apa yang dia seronok lakukan hari ini?" dengar dan fahami anak anda dan anda boleh memberitahu apa yang anda suka kpdnya sbg contoh "Mama rasa seronok adik tolong mama sidai kain hari inii." Cara ini mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan permahamaan antara ibubapa dan anak.

Wednesday, May 15, 2013

Kebaikan Jus Epal

============
Kebaikan Jus Epal
============

✿ 1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Jus epal menghalang pembentukan kolesterol udalam saluran darah dan arteri anda. Tahap kolesterol tinggi dan plak dalam arteri adalah salah satu punca utama penyakit jantung. Dengan meminum jus epal, anda mengurangkan risiko penyakit jantung.

✿ 2. Membantu Penghadaman lebih baik

Jus epal (terutama yg mentah ) membantu untuk membersihkan hati dan buah pinggang daripada toksin berbahaya. Hasilnya, anda mempunyai sistem yang lebih bersih .

✿ 3. Mengurangkan Berat Badan

Kolesterol dan kalori adalah dua punca utama berat badan tambahan. Jus epal adalah pada asasnya bebas kalori dan lemak malah ia melindungi anda daripada kolesterol.

✿ 4. Sumber Tenaga Yang Baik

Jus epal penuh dengan vitamin yang berbeza - A, C, E, K, B1, B2, B6 dan Folat, jadi ia adalah sumber terbaik tenaga. Kandunganya yang hebat dapat memulihkan tenaga anda selepas senaman fizikal.

✿ 5. Mengurangkan risiko Demensia

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jus epal mengurangkan risiko demensia apabila kita tua dan berumur. Jus epal melambatkan penuaan otak dan membantu untuk memastikan ia tajam untuk masa yang lebih lama.

✿ 6. Baik Untuk Kesihatan Mata

Jus epal mengandungi vitamin A yang baik untuk mata anda. Vitamin A membantu anda untuk melindungi mata anda dari penyakit mata dan mengekalkan penglihatan anda tajam.

Tuesday, May 14, 2013

Tahukah Anda!!!

Tahukah Anda ?

Minum air pada masa yang betul memaksimumkan keberkesanannya pada tubuh badan kita :

2 gelas air selepas bangun -
✿ dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman yg berehat semasa tidur.

1 gelas air 30 minit sebelum makan -
✿ dapat membantu sistem penghadaman

1 gelass air sebelum mandi -
✿ membantu menurunkan tekanan darah

1 gelas air sebelum pergi tidur -
✿ Dpt mengelakkan strok atau serangan jantung

p/s : so apa lagi? meh kita amalkan..... 

Monday, May 13, 2013

Faedah Penyusuan Bayi

01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

04.Mencegah dari penyakit rabun malam.

05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06.Menggelakkan penyakit taun.

07.Menggelakkan jangkitan telinga.

08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sunday, May 12, 2013

Sumber Vitamin D Semulajadi

Sumber Vitamin D Semulajadi
************************

Pertubuhan Kesihatan Dunia menyarankan untuk mengambil 400 IU vitamin D setiap hari dan 200 IU untuk remaja kurang dari 18 tahun.

Kekurangan vitamin D terkait dengan berbagai penyakit kronik dan mengancam nyawa, seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, multipel sklerosis, serta penurunan daya ingatan. Senarai dibawah merupakan antara sumber-sumber yang baik Vitamin D semulajadi :


• Sinar matahari •

- Sekitar 70 persen vitamin D yang kita perlukan berasal dari sinar matahari. Waktu yang disarankan untuk terdedah di bawah matahari adalah pukul 06.00 - 09.00 pagi cuba dapatkan 10 minit pendedahan terus drp cahaya matahari pd waktu ini setiap hari.


• Tuna dan Salmon •

- Tuna dan Salmon merupakan jenis ikan laut yang juga kaya akan vitamin D, selain juga tinggi protein dan omega-3. Makanan tambahan seperti Minyak Ikan@Fish Oil selalunya mengandugi Vitamin D.


• Susu Lembu •

- Susu lembu, baik itu yang lemak penuh atau tanpa lemak,mengandungi jumlah vitamin D yang baik dan juga diperkaya dengan nutrisi lain. Satu gelas susu lembu segar mengandungi sekitar 100 IU vitamin D.


• Telur •

- Kuning telur mengandugi sekitar 21 IU Vitamin D didalamnya dan protein yg baik dalam bahagian putihnya, telur merupakan makanan yang bernutrisi yang wajib diambil kadang-kadang.


• Udang •

- Udang merupakan sumber omega-3 yang tinggi protein namun rendah lemak dan kalori. Udang yang disajikan dalam 85 gram mengandungi lebih kurang 129 IU vitamin D.

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :




1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Wednesday, May 8, 2013

Sinopsis Filem 99 Kali Rindu

Sinopsis 99 Kali Rindu:



99 Kali Rindu menceritakan kisah lelaki bernama Attar (Aeril Zafrel) yang baru kematian isterinya, Saidatul Nafisa (Shima Anuar). Selepas kehilangan isterinya, Attar turut berhijrah untuk menghilangkan kesedihan ditanggungnya. Namun, dalam penghijrahannya dia bertemu dua wanita - Fatin Qalbie (Wawa Zainal) dan Zazlena (Afiera Riana). Pertemuan di antara Attar dan Zazlena berlaku ketika Attar sedang menyeberangi jalan. Ketika itu Zazlena memandu kereta dengan laju dan melanggar Attar.

Rasa bersalah Zazlena menyebabkan Attar dirawat di rumahnya sehingga sembuh. Namun, Miqdad (Adey Syafrien) yang juga abang kepada Zazlena menceritakan kepada Attar mengenai penyakit dihadapi adiknya  yang sudah berputus harapan untuk hidup akibat penyakit barah. Namun setelah Zazlena mengenali Attar ia telah memberikan semangat baru kepadanya.

Fatin Qalbie, seorang DJ radio pula diserang orang yang tidak berpuas hati dengannya. Namun, Fatin Qalbie bernasib baik kerana Attar menyelamatkannya. Sejak pertemuan itu timbul bibit rindu Fatin Qalbie terhadap Attar. Akhirnya siapakah yang akan bertakhta di hati Attar atau adakah Hilma Aqila datang menuntut cintanya kembali




Filem 99 Kali Rindu adalah filem bercorak Islamik terbitan Metrowealth Pictures (MIG) dan dilakonkan oleh Aeril Zafrel, 24, dan Wawa Zainal, 20 sebagai teraju utama.






Saksikan Filem 99 Kali Rindu bermula pada 9 Mei 2013 di pawagan berhampiran.