Thursday, May 16, 2013

✿✿ TIPS : Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun ✿✿

✿✿ TIPS : Kembangkan minda anak berusia 2 hingga 5 tahun ✿✿

Perbualan dan pertanyaan antara ibubapa dan anak kecil dapat mengembangkan minda dan membina keyakinan diri kepada mereka. Ianya menambahkan maklumat dan membuka laluan baru untuk befikir untuk anak-anak kecil ini .

Tiga contoh khusus cara pertanyaan:

❖❖ Contoh 1: Jika anak anda memberi tumpuan kepada kemahiran tertentu melalui bermain, ibu bapa boleh bertanya, "Mama tengok adik bermain dengan kereta . Apakah jenis kereta anda ? Siapa drivernya? " . Cara ini dapat membuka minda dan mewujudkan daya imiginasi.


❖❖ Contoh 2 : Apabila anak anda bersiap sedia untuk duduk untuk makan, ibu bapa boleh bertanya, "Apa yang kita lakukan sebelum makan?"

Jika jawapannya betul, berilah pujian.Jika tidak ingat, ibu bapa hanya boleh ingatkan semula.Konsistentasi adalah kuncinya , cara ini mewujudkan disiplin. Boleh diaplikasikan pada kebanyakan rutin kehidupan harian yang lain, seperti: tidur , berpakaian, mandi dan lain-lain.


❖❖ Contoh 3. Sebelum tidur , tanyalah anak cthnya "Apa yang dia seronok lakukan hari ini?" dengar dan fahami anak anda dan anda boleh memberitahu apa yang anda suka kpdnya sbg contoh "Mama rasa seronok adik tolong mama sidai kain hari inii." Cara ini mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan permahamaan antara ibubapa dan anak.

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment