Sunday, May 12, 2013

Sumber Vitamin D Semulajadi

Sumber Vitamin D Semulajadi
************************

Pertubuhan Kesihatan Dunia menyarankan untuk mengambil 400 IU vitamin D setiap hari dan 200 IU untuk remaja kurang dari 18 tahun.

Kekurangan vitamin D terkait dengan berbagai penyakit kronik dan mengancam nyawa, seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, multipel sklerosis, serta penurunan daya ingatan. Senarai dibawah merupakan antara sumber-sumber yang baik Vitamin D semulajadi :


• Sinar matahari •

- Sekitar 70 persen vitamin D yang kita perlukan berasal dari sinar matahari. Waktu yang disarankan untuk terdedah di bawah matahari adalah pukul 06.00 - 09.00 pagi cuba dapatkan 10 minit pendedahan terus drp cahaya matahari pd waktu ini setiap hari.


• Tuna dan Salmon •

- Tuna dan Salmon merupakan jenis ikan laut yang juga kaya akan vitamin D, selain juga tinggi protein dan omega-3. Makanan tambahan seperti Minyak Ikan@Fish Oil selalunya mengandugi Vitamin D.


• Susu Lembu •

- Susu lembu, baik itu yang lemak penuh atau tanpa lemak,mengandungi jumlah vitamin D yang baik dan juga diperkaya dengan nutrisi lain. Satu gelas susu lembu segar mengandungi sekitar 100 IU vitamin D.


• Telur •

- Kuning telur mengandugi sekitar 21 IU Vitamin D didalamnya dan protein yg baik dalam bahagian putihnya, telur merupakan makanan yang bernutrisi yang wajib diambil kadang-kadang.


• Udang •

- Udang merupakan sumber omega-3 yang tinggi protein namun rendah lemak dan kalori. Udang yang disajikan dalam 85 gram mengandungi lebih kurang 129 IU vitamin D.

1 org yang baik hati komen: