.

Showing posts with label shima anuar. Show all posts
Showing posts with label shima anuar. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Jangan Pandang Belakang BOLEH?

Era globilisasi meiliki pengaruh yang kuat dari segala diensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan social secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat bijak memilih yang mana terbaik, ia juga turut mempengaruhi sedikit sebanyak perkembangan industri perfileman tanah air kita. Ini yang terjadi sekarang dimana filem juga mampu di parodikan bukan hanya lagu. Jangan Pandang Belakang Boleh?, filem yang di parodikan daripada filem asal iaitu Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007 yang pernah menjadi fenomena dalam industri filem tempatan dimana kutipannya mencecah RM6.5 Juta. Jangan Pandang Belakang Boleh?, menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.

Filem ke-89 bergenre komedi seram menjadi taruhan kerana MIG yakin dengan filem ini mampu menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan menilai sendiri kelainan yang di tampilkan kali ini, sekaligus memenuhi kehendak semasa yang inginkan perubahan dari segi konsep dan jalan cerita.

Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan", Jangan Pandang Belakang Boleh? arahan Ismail Bob Hasim membariskan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik sebagai peneraju utama seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang. Bagi memantapkan lagi filem ini beberapa artis yang sangat berpengalaman turut menerajui filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin untuk menjadi filem ini lebih berkesan dan meninggalkan kesan di hati penonton. Pengambaran filem ini keseluruhan dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tahun 2014 juga menjanjikan filem-filem yang menarik dari MIG antaranya juga Lu Gua Bro (27 Mac), Sniper (24 April) dan Awak Nak Kawin Dengan Saya? (22 Mei) dan beberapa lagi filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Jangan Pandang Belakang Boleh? akan menerjah pawagam mulai 31 Januari 2014.

Sinopsis

Teman wanita DHARMA (Zalif Sidek), ROSE (Adibah Yunus) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. ROSE kemudian didapati mati akibat bunuh diri. DHARMA serta kembar ROSE, SERI (Shima Anuar) berusaha mencari apakah sebabnya ROSE berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. INDRA (Epy Kodiang), rakan sepejabat DHARMA juga turut membantu dalam menyelesaikan persoalan mereka.

Namun ketika pencarian itu, DHARMA sering diganggu benda-benda mistik. DHARMA mengadu masalahnya kepada ROSE dan INDRA namun masing-masing tidak percaya wujudnya "hantu". DHARMA berubah menjadi pelik menyebabkan SERI merasakan ROSE membunuh diri disebabkan DHARMA.

DHARMA pula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kerana makhluk halus yang sentiasa menghantui hidup ROSE kini telah mengikutnya dan kini mengacau ahli keluarganya.

Berjayakah DHARMA mencari Punca sebenar ROSE mati? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Boleh? di pawagam berdekatan anda pada 31 Januari 2014.

"Bukan Janji Tapi Pasti"

Thursday, June 21, 2012

Shima Anuar dalam filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Selepas Filem 7 Petala Cinta, cerita H.A.C.K.S pulak... lakonan dalam 7 Petala Cinta pun best.... 


tapi

..


..


..


..


..


dalam H.A.C.K.S lagi best... berkesan tul watak dia... mmg kagum la dgn bakat baru ni...

meh tgk gmbr dia masa malam pratonton  filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang


Tuesday, June 19, 2012

Review :: Hanya Aku Cinta Kau Seorang

hi semua... selamat pagi... semalam ain berpeluang untuk pergi ke Malam PraTonton Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S) yang mana merupakan filem ke 61 terbitan Metrowealth (MIG)

Untuk pengetahuan korang filem ini merupakan arahan kedua Saudara Ahmad Rusli Khadri ( atau lebih di kenali dengan nama Ollynn) selepas Filem X yang mana masih di tayangkan dan korang sila lah terjah panggung berdekatan... Pada yang terlepas baca review Filem X sila klik SINI....

Jom layan Trailer Filem H.A.C.K.S dulu okey...




Sinopsis
mengisahkan seorang wanita yang bernama Murni (lakonan Nuremy Ramli) yang sedang dalam kembara mencari "soulmate". Murni dipaksa olek kawan baiknya, Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Stacy (lakonan Mon Ryanti) untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang "meet Soulmate". Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan Ayim (Helmy Moin). Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama Iqwal (lakonan Fezrul Khan). Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan Felix (lakonan Kamal Faridz), yakni suami kepada Stacy.

Zizi (Lakonan Shima Anuar), adik kepada Iqwal bersungguh-sungguh menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Murni tersepit dalam dua persimpangan kerana dia sendiri sudah mula sukakan Iqwal. Apakah Murni akan memilih Iqwal? Ataupun Mukhlis yang telah la bersama? Saksikan Kisah Hanya Aku Cinta Kau Seorang untuk mengetahui kesudahannya. Sila terjah panggung yang berdekatan pada 21 Jun 2012.

H.A.C.K.S memaparkan kisah seorang wanita yang tidak mempercayai cinta kerana sering dikecewakan oleh lelaki dan cinta yang wujud diantara sahabat sehidup semati yang dipendam dek kerana menyangka sahabat baiknya itu homoseksual. Cinta Platonik adalah jalinan kasih sayang diantara lelaki dan perempuan tanpa sebarang tarikan seksual.

Pendapat ain :-
  • Jalan cerita yang menarik dan lain dari filem2 yang lain
  • Membuatkan penonton yang berhati tisu menangis (hihihi ni mmg betul ada member ain nangis semlm... maafkan ain yer kak)
  • sangat sedih masa part... ala korang tgk gambar di bwh ni k 
  • kalau bintang pulak ain kasi 4.5/5 bintang....
  • lakonan mantop Mon Ryanti, Aeril Zafrel, Nuremy Ramli.... best kot...
  • perkataan yang asyik sahabat tu cakap ialah "senget" .... diorang mcm suweet ar... tapi tu lah kan... ala... korang tengok sendiri k.,... ain tak nak citer lebih2....
  • Cinta Platonik? kalau korang nak faham harus la tengok filem nie... pada yang dah faham bagus ler... tp ain tengok cerita ni baru betul2 faham....

p/s review ain ni cuma pendapat ain.... nnti korang kate ain review ntah ape2 plak kan? so pendek kata korang harus terjah sendiri.... rasakan sendiri.... tengok sendiri dan ape yang penting masing2 punya pendapat masing2.... check it out....  hik2 guna ayat ala2 Yana Yassin... korang leh ler terjah blog beliau... 




Tuesday, March 13, 2012

Shima Anuar sebagai Saidatul Nafisah dalam 7 Petala Cinta ?

hi sume... semlm ain berpeluang utk pegi Pra Tonton 7 Petala Cinta... Dapat jemputan untuk cabutan bertuah Blackberry Playbook... tapi malangnya ain tak bertuah pun :) hihi... tak per lah...

berbalik kepada tajuk entry di atas....ain cukup2 teruja nak tau siapakah Shima Anuar dalam cerita 7 Petala Cinta nie... sbb dlm citer nie die pakai purdah jer... tak bukak2... dan malam tadi pun sama... tertanya2 siapakah gadis itu... setelah ain google ni lah jawapannya....

bio si chantek manis...


Nama Penuh : Noor Hashimah Binti Anuar 

Nama Komersial : Shima Anuar 

Tarikh Lahir : 8 April 1991 

Umur : 21 tahun 

Asal : Kuala Lumpur 

Keluarga : Anak keempat daripada 6 beradik 

Kerjaya : Pelakon 

Ikon : David Teo Shaheizy Sam dan Lisa Surihani 

Filem : Flat 3A , Bini-biniku Gangster , Sumpahan Kum Kum , 7 Petala Cinta 

Drama : Klik (Astro Ceria) Ku Sangka 2 Rupanya 3 , Impian Raya Emelyn 



taraaaa SHIMA ANUAR...


serius awk mmg sgt comel bertudung...






untuk korang2 sume... nnti ain buat review k pasal filem nie :) 



SUMBER : METROWEALTH