.

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Review Dan Sinopsis Filem Lari

Filem Lari


Filem Lari adalah filem yang berbelanja besar dari Excellent Pictures ini bakal dipertontonkan kepada pihak industri perfileman luar negara sempena Festival Filem Cannes ke 66, iaitu festival filem paling prestij di Perancis. Filem arahan Ahmad Idham ini yang menampilkan teraju utama seperti Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek, Hazama Azmi dan ramai lagi yang menelan belanja lebih RM2 juta ini bakal ditayangkan pada 17 Mei , Jumaat, jam 9.30 pagi waktu Cannes di Star 3 Theatre bertempat di bandar Cannes untuk tontonan pihak pembeli dan pengedar filem antarabangsa yang bakal membanjiri bandaraya itu sempena festival filem berkenaan. Filem ini menggunakan tajuk ” The Run ” untuk pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawangan seluruh Malaysia , Singapura dan Brunei.








SINOPSIS FILEM LARI (DI PAWAGAM 6 JUN 2013)

KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

Dalam masa yang sama KJ (ERRY PUTRA) tidak menyenangi kehadiran KHALIF di kampung itu, kerana masih berdendam dengan kejadian yang berlaku dahulu, di mana KHALIF merupakan buah hati isterinya MAYA (DIRA ABU ZAHAR).

Kepulangan KHALIF juga membuat MAYA cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dia tekad mahu membantu KHALIF dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci KHALIF.

Petunjuk mengenai kejadian tragik itu membawa KHALIF memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di perhentian keretapi, KHALIF merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlakunya pergaduhan dan dia cuba untuk melarikan diri. Dia terserempak dengan seorang pemandu teksi TAUGEH (HAZAMA AZMI), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira.

Sejak itu, KHALIF dan TAUGEH bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap bapanya dan juga INA.

Kepulangan KHALIF dan TAUGEH ke kampung semula, telah menyebabkan MAYA ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, KHALIF mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari negara seberang dengan rakan subahat iaitu KJ. Ini telah menyebabkan KHALIF bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana INA disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar.

KHALIF, TAUGEH dan MAYA telah menuju ke sempadan dengan niat untuk melepaskan INA dari cengkaman sindiket itu. Di situ, KHALIF mengetahui bahawa adiknya telah dijadikan pelacur oleh sindiket penyeludupan manusia. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh KHALIF, TAUGEH dan juga MAYA dalam usaha melepaskan INA.

Akhirnya, INA berjaya diselamatkan daripada sindiket penyeludupan manusia tersebut, manakala hubungan antara MAYA dan Khalif kembali terjalin. TAUGEH pula terus menjadi teman kepada KHALIF.



Monday, April 1, 2013

Gambar sekitar Preview Filem 2 Kalimah

Yeah.... meh layan beberape picca sekita majlis preview filem 2 kalimah.... untuk korang2 jgn lupa terjah panggung berdekatan okey....

TERBAIKKKKK














Wednesday, February 20, 2013

Review Filem Pada Suatu Cinta Dahulu



Opss sorry terlambat nak update blog... sebabnya?? susah nak explain kan bila ain ni pregnant.... dan harap husband tolong update kan... sian kan kat husband.... selalunya dia jadi photographer jer tp akhir2 ni blog pun dia yang kena manage....

Dah... dah... jom kite baca sinopsis Filem Pada Suatu Cinta Dahulu....

Pengarah Hashim Rejab menghasilkan filem ke-77 MIG. Filem romantik komedi ini berkisahkan Zainal, seorang lelaki yang berasa tertekan dan tidak puas hati dengan perkahwinannya. Dia mengimbas kembali pada zaman mudanya bila dia seorang murid nakal yang jatuh cinta dengan Azura, seorang gadis yang menyerupainya. Tetapi, Zainal telah mengkhianati Azura.

Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 21 Februari 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Intan Ladyana, Nizam Zaidi, Zalif Sidek, Aren Yunus, Wawa Zainal

Komen ain

1) cerita ni buat kita mengimbau kembali zaman2 cinta monyet... cinta waktu sekolah2 dulu.... tapi ain mmg tak lah kan....

2) walaupun filem ini menampilkan barisan artist yang baru tapi hasilnya sangat2 superb lah.... ain suka sgt watak niezam, intan dan wawa....

3) kalau korang nak tau? korang kena tengok lah filem nih sendiri k


Friday, November 16, 2012

Review Filem Pontianak vs Orang Minyak


Hi Korang baru2 ni ain ade p majlis preview Filem Pontianak VS Orang Minyak...

Jom2 same2 baca sinopsis Filem ni dan untuk pengetahuan korang Filem ini akan d tayangkan pawagam berdekatan bermula 22 November, 2012... So jangan lupa terjah tau....


Sinopsis Pontianak VS Orang Minyak
Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk  menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu. 
Photobucket

Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.

Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri  dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak.
Photobucket


Photobucket

Apa akan jadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati?
Photobucket

Review Ain

Kisah dalam cerita ini agak tidak logik kerana mana ade p[ontianak lelaki kan?? tetapi bagi saya ia memang menghiburkan dengan gelagat para pelakonnya yang sepontan dalam menghasilkan filem ini. Tambahan pula dapat mengurangkan tekanan selepas waktu kerja. Jadi dari keseluruhan cerita ini banyak babak yang membuatkan kita ketawa... 3.5 dari 5 bintang untuk filem ini....

Review Sepah The Movie

Photobucket
Salam semua... hari ni ain nakbuat entry pasal SEPAH THE MOVIE seperti yang ain janjikan sebelum ni...
Untuk pengetahuan korang filem ini akan keluar di pawagam pada 29 November 2012.

Sebelum ape2 meh ain share dengan korang sinopsis filem ni okey...


Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru.

Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Kegagalan tiga bujang itu untuk memenangi hati “ Ayu Sofea “ berpunca dengan kemunculan seorang pengurus baru didalam kilang tersebut, iaitu “ Based ”. Based yang berpendidikan luar negara serta berketurunan anak orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta imejnya.

Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan suatu sifat cemburu dan sakit hati. Kebetulan “Based” juga adalah pelumba motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri. Maka dengan sifat lelaki jati, tiga bujang Sepah itu mencabar pasukan Based didalam suatu perlumbaan sihat. Perlumbaan yang berlangsung disebuah ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada Jep. Bujang Sepah menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”. Shuib dan Mamat menyedari akan kesungguhan Jep untuk memikat Ayu Sofea. Mamat dan Shuib mengalah dan bertekad membantu Jep untuk mendapatkan Ayu Sofea. Strategi yang licik diaturkan Mamat dan Shuib untuk memenangi hati Ayu Sofea pada Jep. Namun apabila strategi dijalankan, muncul Based menjadi penghalangnya.

Ayu sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakannya. Namun ternyata Based lebih bijak mengatur strategi. Based meminang Ayu Sofea dan peminangannya diterima keluarga Ayu Sofea, memandangkan kedudukan keluarga Based  menyakinkan keluarga Ayu Sofea.

Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep. Shuib dan Mamat dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah terumbang ambing. Shuib dan Mamat mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan Jep, namun semuanya gagal. Jep dengan hati yang membara telah menemui keluarga Ayu Sofea memohon agar diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Jep telah dimalukan apabila diherdik oleh keluarga Ayu Sofea diatas tindakannya. Jep kecewa. Based merasakan bahawa Jep sudah melampau dan perlu diajar.

Based mencabar Sepah berlumba dengan kumpulannya. Jep menyahut cabaran dan perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit. Namun perlumbaan kali ini berpihak kepada Sepah. Based benar-benar kecewa.

Based sekali lagi dikecewakan apabila Ayu Sofea mendapat tahu bahawa Based telah mengakibatkan seorang pekerja kilang bernama Rozita mengandung. Pertunangan diputuskan. Sepah gembira mendengar berita Ayu Sofea dan Based telah terputus talian pertunangan namun mereka simpati dengan Ayu Sofea.

Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk kembali memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep.

Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?

Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE


Social Media Sepah The Movie:


Pendapat Ain 
  • yang pertama2nya Filem ni kelakar... harus lah kan dah kalau yang berlakon tu kumpulan SEPAH kan...
  • Watak yang d mainkan oleh Jehan Miskin memang sangat2 menyakitkan hati... Jahat sangat2... tak suke2...
  • Filem yang sesuai di tonton oleh seisi keluarga....
  • kalau bintang plak 3/5 bintang

Photobucket

Photobucket

Photobucket




P/s review nie tak der kena mengena dengan yang hidup mau pun yang sudah meninggal dunia.. ianya sekadar pendapat saya yang mana tak kan sama dengan pendapat orang lain... ape pun sile terjah panggung yang berdekatan dan nilai sendiri... sape lagi yang nak sokong industri Malaysia kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.. kan... kan...



Sunday, October 28, 2012

Review Filem Budak Pailang

Rabu baru lepas ni ain sekali lagi berpeluang untuk ke Malam Pratonton Filem Budak Pailang yang di adakan di tempat biasa lah... TGV Sunway Piramid....

Sebelum ape2 jom baca Sinopsis Filem Budak Pailang...

Budak Pailang, sebuah filem aksi remaja yang memaparkan realiti kehidupan remaja-remaja yang nakal selepas tamat persekolahan dan memilih untuk menjadi gangster. Filem ini mengisahkan kehidupan seorang remaja yang bernama BADRUL (Aeril Zafrel) yang merupakan seorang samseng, nakal, dan suka membuli. Dia dan rakan-rakanya Achoi (Epy Raja Lawak), Awang (Zalif Sidek) , Dani ( Arien Yunus) dan Wandi (Man Rahman).

Mangsa yang paling mereka suka kenakan adalah RODI (Niezam Zaidi) yang lurus dan lemah. Namun, Rodi yang sudah tidak tahan dibuli telah mengupah sekumpulan gangster untuk memukul Badrul dan rakan-rakanya.

Pada suatu hari Badrul telah menyelamatkan seorang gadis iaitu SHE (Wawa Zainal) daripada digangu oleh sekumpulan samseng jalanan. Disebabkan kejadia tersebut, Badrul mengalami kecederaan dan di situlah bermulanya perkenalan antara Badrul dan She. Sikap Badrul berbeza apabila berada di rumah yang hanya mendiamkan diri dan membiarkan apa sahaja yang dibebelkan oleh maknya. ESAH ( Maimon Mutalib) tanpa sebarang reaksi. Akibat sudah tidak tahan hidup dalam kemiskinan, Badrul mula melibatkan diri dalam dunia kongsi gelap dan menjadi anak buah kepada ALEX (Zul Handy Black), seorang tokan dadah yang berpengaruh besar.

Kehidupan Badrul mulai berubah menjadi mewah dan senang lenang. Sehinggalah Badrul ditangkap dan dimasukkan kedalam sekolah juvana.

Apakah yang akan terjadi kepada Badrul dan rakanya? Dapatkah Badrul kembali bersama She dan meninggalkan kehidupannya sebagai BUDAK PAILANG? Semuanya akan terjawab dalam filem aksi terhebat ini.

- PUKUL AKU SAMPAI MATI -

Untuk pengetahuan korang filem ini merupakan filem yang ke 68 terbitan Metrowealth (MIG) dan juga merupakan percubaan pertama Pengarah Hashim Rejab yang sangat sinonim dengan filem ber Genre Romantik dan Komedi dan drama... Ape pun kita harus bagi tepukan yang gemuruh kepada encik pengarah yang mana ain rasa Filem ini sangat-sangat menarik.... 

Sangat banyak aksi-aksi yang tak dijangka dan tambah membuatkan ain kagum bila Pengarah tidak memakai teknik Double Body.... Maknyanya setiap aksi yang ade dalam filem ini telah di lakonkan sendiri oleh pelakon-pelakon itu sendiri.... Untuk pengetahuan korang jugak filem ni menelan belanja 1.8 Juta (maaf jika silap info)... Banyak tenaga stunt man yang di pakai dalam filem ini yang mana membuatkan filem ini kelihatan sangat-sangat superb.... Kalau korang nak tau jugak, Filem ini memakai hampir 70 orang stunt man.... 

Lakonan Aeril Zafril, Wawa Zainal, Niezam Zaidi dan lain-lain sangat menjadi.... tapi watak Zalif Sidek comel sangat lah.... Alahai.....

Dan untuk korang yang dah tak sabar nak tengok filem ni... Boleh lah terjah panggung yang berdekatan 1 November, 2012 ni.... Ape yang pasti filem ini memang sangat-sangat di luar jangkaan.... 

Disini ain sertakan beberape gambar yang merupakan antara babak yang terdapat dalam Filem Budak Pailang yang ain kira sangat menarik












Jom layan trailer filem Budak Pailang




p/s : review filem ini berdasarkan pendapat ain sahaja... Setiap orang punye pendapat masing2.... sekian harap maklum....

Saturday, October 13, 2012

Review Aku Terima Nikahnya

Hari Isnin yang baru ni ain berkesempatan untuk ke Majlis Pra Tonton Filem Aku Terima Nikahnya... Yang mana ain rasa filem ini merupakan filem yang paling di tunggu-tunggu oleh kesemua pencinta Filem Melayu.... Trailernya sudah cukup untuk buat kita tak sabar-sabar nak tengok..... betul tak? okey jom baca sinopsis dan seterusnya komen dari ain yang bukan hebat sangat pun... tapi boleh la kan.... woooowwooooo puji diri sendiri tak leh blah kan?




Sinopsis Filem Aku Terima Nikahnya



Sebuah kisah cinta tragis di antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang berhadapan dengan dugaan dalam hidup mereka. Johan dan arlisa baru sahaja selamat diijabkabul dan seperti pasangan lain, mereka melalui bulan2 yang indah dalam hidup mereka. Namun, tragedi yang tidak disangka-sangka menimpa Johan, Johan yang kemalangan disahkan mengalami SELECTIVE AMNESIA yang mana dia ingat semua perkara hanya sehingga Johan berusia 31 tahun yang mana dua tahun sebelum dia mengenali Arlisa.


Johan yang langsung tidak mengingati Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri. Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha supaya Johan mengingati dirinya semula. Pertemuan Johan dengan Suriya (Mon Ryanti), kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu. Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya, isteri kepada Johan


Sehinggalah satu hari Arlisa terserempak dengan Suriya dan johan dalam keadaan yang mencurigakan. Arlisa mula berasa penat untuk mengejar Johan yang tidak pernah menghargai dirinya


Adakah Arlisa akan mengalah dan melangkah pergi???? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali?? Semuanya akan terjawab dalam Filem Cinta Tragis ini, "AKU TERIMA NIKAHNYA"


Pelakon Filem Aku Terima Nikahnya

Adi Putra, Nora Danish,Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan ramai lagi

Pendapat Ain
  • Kesabaran Arlisa dalam Filem ni sangat mengujakan.... Hebat giler dugaan bila suami sendiri tak kenal kita dan tak pedulikan kita.... Yang geram tu Johan boleh plak ingat mak bapak dia... aduiiiiiiiiiii
  • Cerita ni memang memberi seribu pengajaran kepada kita... 
  • pujian harus di beri kepada pengarah muda yang di beri tugas mengarah filem nie.... yang mana ini merupakan filem pertama beliau.... BIG CLAP...
  • Bukan mudah nak menampakkan romantik di dalam filem Melayu kan?? Lain lah cerita oputih cium2 jadi la romantik kan.... memang terbuai lah tengok adegan romantik d amor tuh..
  • ape pun check it out ya...


p/s maaf entry selalu lambat kerana kesihatan yang tidak mengizinkan....




Sunday, October 7, 2012

Review :: Taken 2

di sebabkan hari ni Husband ain cuti...so kitorg p la jenjalan... tapi tu lah tak tau nak p mana... last skali p tengok wayang... Filem TAKEN 2... Korang dah tengok tak??




perghhh... citer ni telah buat ain kecut perut kot.... even ain tak berape paham lah sbb ain tak tengok taken yg sebelum ni.... ape pun citer ni memang wajib tonton... superb giler.... ain kasi 4.8/5 bintang....

tengok jangan tak tengok okey....

Filem Taikun buat satu panggung ketawa terbahak-bahak



Hi semua... agak lambat entry ain yang nie kan... seperti semua sedia maklum preview ini berlangsung pada Isnin hari tu... Cuma keadaan ain yang tak mengizinkan nak meng REVIEW...  Maaf sangat2 okey....

Jom tengok trailer dulu... check it out :-


Sinopsis Filem Taikun

Filem Taikun mengisahkan dua sahabat baik dikenali sebagai Tai (Angah) dan Kun (Along) yang mempunyai masalah dengan pihak berkuasa. Sifat mereka suka bergaduh dan mencuri menyebabkan mereka bertembung dengan ahli-ahli Geng Ros Hitam dan Tedung.

Disebabkan Tai dan Kun membelasah kedua-dua ahli geng dengan teruk, ketua Geng Pink, Manan dan ketua Geng Purple, Sarip merasa tertarik dengan kehebatan mereka berdua dan mengajak Tai dan Kun untuk menyertai geng mereka.

Sikap Tai dan Kun yang tamak menyebabkan mereka menerima pelawaan dua-dua geng tanpa pengetahuan ketua geng masing-masing.

Geng Pink dan Geng Purple pula adalah dua musuh ketat dan sering bergaduh. Mereka juga bersaing dalam perniagaan DVD cetak rompak. Kehadiran Tai dan Kun yang kelihatan hebat menyebabkan mereka mendedahkan segala kegiatan mereka dan mengharapkan pada Tai dan Kun untuk membantu mereka supaya menjadi lebih kaya.

Sejak itu, kehidupan Tai dan Kun dilimpahi kemewahan. Kesetiaan Tai dan Kun hanya terletak pada ganjaran wang sebagai habuan.

Namun, Geng Pink dan Geng Purple mula ditimpa masalah yang mana semua kegiatan mereka sering dihidu polis. Masing-masing mula menunding jari menuduh geng lain.

Tapi dalam diam, ada dalang yang membocorkan semuanya dan Tai dan Kun dituduh sebagai dalangnya namun Sarip dan Manan tidak percaya. Siapakah dalang sebenarnya? Apakah yang akan terjadi pada Tai dan Kun? Semuanya akan terjawab dalam filem 'Taikun'.

Pelakon Filem Taikun: Angah Raja Lawak (Tai), Along Raja Lawak (Kun), Afian Giman (Alex Yanz), Angah Raja Lawak (Sarip), Adey Shafrien, Haszmi Raja Lawak, Mikael Andre, Addy Rauf

Pendapat Ain

1) Filem ini menampilkan satu kelainan di mana Angah dan Along jadi Gangster..... Gangster tapi comel arhhh...

2) Gabungan Along dan Angah memang mantap dan di seri kan dengan kehadiran Alex, Mikael Andre dan lain2...

3) ape pun korang pi tengok ok... nnti try komen tau...


Friday, June 29, 2012

Review :: Baik Giler

Filem Baik Giler merupakan terbitan Layar Dimensi (M) Sdn Bhd yang mana merupakan filem pertama terbitan syarikat ini. Filem ini sudah pun menemui penonton pada semalam...  Baik Giler menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Raja Lawak, Awie, Kenchana Dewi, Sharifah Shahira, Abon, Siti Fazurina dan menampilkan Farahwahida yang buat pertama kalinya muncul di layar perak.

Filem ini adalah arahan Saudara Mansor Akob atau lebih dikenali sebagai Manchi. Untuk pengetahuan semua Filem ini menjalani pengambaran sekitar Mei 2010 dan lokasi yang di pilih adalah Kuala Linggi, Melaka.

Baik Giler merupakan filem edaran Metrowealth (MIG) yang bertindak untuk mempromosikan filem ini ke seluruh negara. 

 Sinopsis

Afik (lakonan Zizan Raja Lawak) baru dikeluarkan dari hospital bahagia setelah seminggu berada di sana kerana terbukti Afik tidak sakit jiwa. Punca Afik masuk hospital mental ialah kerana keluarga Kimi (Awie) telah membuat laporan polis dan menuduh Afik sakit jiwa.

Afik berkelakuan demikian kerana dia dalam keadaan ketakutan dan trauma dengan peristiwa seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan adik angkatnya bernama Emy mati dilanggar kereta di depan matanya ketika Afik dan Emy pulang dari kedai runcit.

Setelah kelaur dari hospital, Afik sering merasa tertekan dan menjadi baran apabila mendengar istilah "baik giler" yang ditujukan padanya, kerana baginya kata-kata itu adalah satu ejekan dan sindiran padanya yang "baik daripada gila" kerana baru keluar daripada hospital mental.

Namun, konflik timbul apabila Kimi yang cacat lehernya akibat kemalangan dulu berdendam dengan Afik. Kebetulan pula Afik telah diterima kembali bekerja oleh majikannya untuk bekerja di pejabat yang sama dengan Kimi. Kimi mewar-warkan kepada kawan-kawan sepejabatnya bahawa Afik masih gila. Namun kawan baiknya Yap (Justin Choo) sering membela nasib Afik.

Dalam Masa yang sama Afik telah jatuh cinta dengan Suraya (lakonan Farawahida) yang merupakan anak kepada Pak Pejol (lakonan Tamrin Ibrahim Pendek), lelaki yang diselamatkannya dalam suatu peristiwa samun di sebatang jalan di kampungnya.

Dalam usaha Kimi untuk memasukkan kembali Afik ke hospital bahagia, Kimi telah melibatkan kawan sepejabatnya Joe (lakonan Esma Daniel) dan kekasihnya Diana (lokonan Siti Fazurina) untuk membuktikan kepada orang lain Afik masih gila. Kimi telah mengaturkan satu strategi untuk menjatuhkan Afiq.

Apakah strategi yang dirancangkan oleh Kimi berjaya? Dapatkah Suraya menerima keadaan diri Afiq setelah mengetahui keadaan sebenar dirinya. Semuanya akan terjawab dalam filem komedi Baik Giler yang akan ditayangkan di pawagam bermula 28 Jun ini.









Ada yang dah tengok tak? ape pendapat anda? 






Tuesday, June 19, 2012

Review :: Hanya Aku Cinta Kau Seorang

hi semua... selamat pagi... semalam ain berpeluang untuk pergi ke Malam PraTonton Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang (H.A.C.K.S) yang mana merupakan filem ke 61 terbitan Metrowealth (MIG)

Untuk pengetahuan korang filem ini merupakan arahan kedua Saudara Ahmad Rusli Khadri ( atau lebih di kenali dengan nama Ollynn) selepas Filem X yang mana masih di tayangkan dan korang sila lah terjah panggung berdekatan... Pada yang terlepas baca review Filem X sila klik SINI....

Jom layan Trailer Filem H.A.C.K.S dulu okey...




Sinopsis
mengisahkan seorang wanita yang bernama Murni (lakonan Nuremy Ramli) yang sedang dalam kembara mencari "soulmate". Murni dipaksa olek kawan baiknya, Mukhlis (Aeril Zafrel) dan Stacy (lakonan Mon Ryanti) untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang "meet Soulmate". Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet namun kerana paksaan dia menurut.

Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan Ayim (Helmy Moin). Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama Iqwal (lakonan Fezrul Khan). Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan Felix (lakonan Kamal Faridz), yakni suami kepada Stacy.

Zizi (Lakonan Shima Anuar), adik kepada Iqwal bersungguh-sungguh menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Murni tersepit dalam dua persimpangan kerana dia sendiri sudah mula sukakan Iqwal. Apakah Murni akan memilih Iqwal? Ataupun Mukhlis yang telah la bersama? Saksikan Kisah Hanya Aku Cinta Kau Seorang untuk mengetahui kesudahannya. Sila terjah panggung yang berdekatan pada 21 Jun 2012.

H.A.C.K.S memaparkan kisah seorang wanita yang tidak mempercayai cinta kerana sering dikecewakan oleh lelaki dan cinta yang wujud diantara sahabat sehidup semati yang dipendam dek kerana menyangka sahabat baiknya itu homoseksual. Cinta Platonik adalah jalinan kasih sayang diantara lelaki dan perempuan tanpa sebarang tarikan seksual.

Pendapat ain :-
  • Jalan cerita yang menarik dan lain dari filem2 yang lain
  • Membuatkan penonton yang berhati tisu menangis (hihihi ni mmg betul ada member ain nangis semlm... maafkan ain yer kak)
  • sangat sedih masa part... ala korang tgk gambar di bwh ni k 
  • kalau bintang pulak ain kasi 4.5/5 bintang....
  • lakonan mantop Mon Ryanti, Aeril Zafrel, Nuremy Ramli.... best kot...
  • perkataan yang asyik sahabat tu cakap ialah "senget" .... diorang mcm suweet ar... tapi tu lah kan... ala... korang tengok sendiri k.,... ain tak nak citer lebih2....
  • Cinta Platonik? kalau korang nak faham harus la tengok filem nie... pada yang dah faham bagus ler... tp ain tengok cerita ni baru betul2 faham....

p/s review ain ni cuma pendapat ain.... nnti korang kate ain review ntah ape2 plak kan? so pendek kata korang harus terjah sendiri.... rasakan sendiri.... tengok sendiri dan ape yang penting masing2 punya pendapat masing2.... check it out....  hik2 guna ayat ala2 Yana Yassin... korang leh ler terjah blog beliau...