.

Showing posts with label zalif sidek. Show all posts
Showing posts with label zalif sidek. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

LU GUA BRO!



FILEM : LU GUA BRO
Tarikh Tayangan : 27 Mac 2014
Bahasa: Melayu
Genre: Komedi
Pengarah: Ismail " Bob" Hasim
Pelakon : Zalif Sidek , Nina Iskandar, Epy Kodiang , Rahim R2


SINOPSIS LU, GUA BRO!


Lu , Gua Bro ! menceritakan perjalanan itu, turun naik kehidupan dua kawan baik, Yu dan Mi berasal dari kampung yang sama dan telah dilahirkan pada hari yang sama. Dari zaman kanak-kanak umur sekolah , umur remaja umur dewasa , mereka kekal bersama-sama walaupun apa-apa kesan . Impian mereka adalah untuk menjadi dasar yang , lebih-lebih lagi kedua-dua bapa mereka mahu mereka menjadi polisi. Cerita ini bermula apabila Yu & Mi bertemu di sebuah kilang penapisan di mana Mi bekerja sebagai keselamatan selepas setahun tidak bertemu anda menikmati kerja Mi di Bandar meninggalkan rumah. Yu yang melarikan diri dari para peniaga mencari Mi di kedai kilang . Kilang penapisan Mi itu nampaknya menjalankan pengedaran sindeket dadah. Yu dan Mi Cuba melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi dilarang oleh peniaga tersebut. Pertempuran Yu & Mi sehingga ke peringkat tertinggi penapisan bangunan untuk menyelamatkan diri. Sedang berlari , Yu tergelincir tiang bangunan kaki dan disambut oleh Mi. Yu hampir putus asa telah ditenangkan oleh Mi dengan kata-kata sehingga baik ke dalam semangat masa lalu menceritakan kisah mereka bagaimana mereka kedua-duanya teruja urusan dengan segera dan menghalang muka cabaran selama ini. Itulah di mana kisah persahabatan antara Yu & Mi dari zaman kanak-kanak hingga kini. Mereka akhirnya berjumpa dengan 2 orang polis,salah satunya Eve, rakan sekelas mereka di sekolah kerana itu. Polis mengucapkan terima kasih kepada mereka secara tidak sengaja telah menumpaskan sindiket di kilang penapisan.

Review

memang tak kering gusi menyaksikan filem arahan Abg Ismail Bob Hasim. Filem ni sesuai di tonton oleh semua golongan tak kira usia. 

Kalau korang nak tau p la tengok sendiri di panggung berdekatan 27 Mac 2014... 2 hari je lagi.. JANGAN LUPA YE

Friday, January 24, 2014

Jangan Pandang Belakang BOLEH?

Era globilisasi meiliki pengaruh yang kuat dari segala diensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan social secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat bijak memilih yang mana terbaik, ia juga turut mempengaruhi sedikit sebanyak perkembangan industri perfileman tanah air kita. Ini yang terjadi sekarang dimana filem juga mampu di parodikan bukan hanya lagu. Jangan Pandang Belakang Boleh?, filem yang di parodikan daripada filem asal iaitu Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007 yang pernah menjadi fenomena dalam industri filem tempatan dimana kutipannya mencecah RM6.5 Juta. Jangan Pandang Belakang Boleh?, menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.

Filem ke-89 bergenre komedi seram menjadi taruhan kerana MIG yakin dengan filem ini mampu menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan menilai sendiri kelainan yang di tampilkan kali ini, sekaligus memenuhi kehendak semasa yang inginkan perubahan dari segi konsep dan jalan cerita.

Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan", Jangan Pandang Belakang Boleh? arahan Ismail Bob Hasim membariskan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik sebagai peneraju utama seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang. Bagi memantapkan lagi filem ini beberapa artis yang sangat berpengalaman turut menerajui filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin untuk menjadi filem ini lebih berkesan dan meninggalkan kesan di hati penonton. Pengambaran filem ini keseluruhan dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tahun 2014 juga menjanjikan filem-filem yang menarik dari MIG antaranya juga Lu Gua Bro (27 Mac), Sniper (24 April) dan Awak Nak Kawin Dengan Saya? (22 Mei) dan beberapa lagi filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Jangan Pandang Belakang Boleh? akan menerjah pawagam mulai 31 Januari 2014.

Sinopsis

Teman wanita DHARMA (Zalif Sidek), ROSE (Adibah Yunus) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. ROSE kemudian didapati mati akibat bunuh diri. DHARMA serta kembar ROSE, SERI (Shima Anuar) berusaha mencari apakah sebabnya ROSE berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. INDRA (Epy Kodiang), rakan sepejabat DHARMA juga turut membantu dalam menyelesaikan persoalan mereka.

Namun ketika pencarian itu, DHARMA sering diganggu benda-benda mistik. DHARMA mengadu masalahnya kepada ROSE dan INDRA namun masing-masing tidak percaya wujudnya "hantu". DHARMA berubah menjadi pelik menyebabkan SERI merasakan ROSE membunuh diri disebabkan DHARMA.

DHARMA pula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kerana makhluk halus yang sentiasa menghantui hidup ROSE kini telah mengikutnya dan kini mengacau ahli keluarganya.

Berjayakah DHARMA mencari Punca sebenar ROSE mati? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Boleh? di pawagam berdekatan anda pada 31 Januari 2014.

"Bukan Janji Tapi Pasti"

Tuesday, November 27, 2012

Zalif Sidek comel di Anugerah Skrin 2012

Comel la plak ain tengok Zalif Sidek di Red Carpet Anugerah Skrin 2012... Tak payah cakap banyak korang layan gambar Zalif Sidek okey...




Thursday, September 20, 2012

Review :: Filem Aji Noh Motor

Salam dan selamat pagi semua.... hari selasa baru2 ni ain berkesempatan untuk hadir ke malam pra tonton Filem Aji Noh Motor di TGV Sunway.... Filem ini bergenre Komedi Romantik Islamik... yang mana ia merupakan filem sulung arahan AJIBOI a.k.a Razif Rashid.... 

Sinopsis 

Mengisahkan mengenai seorang abang, PALI aka NOH yang sanggup melakukan apa sahaja demi adiknya, PANJI aka AJI. Pali seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Pali menang, dia hanya akan mengambil spare part ataupun keseluruhan motor orang yang kalah sahaja. Panji pula seorang yang taat dan patuh dalam mengejarkan tuntutan agama Islam meskipun dia dilahirkan dalam keadaan buta. Pali sangat sayangkan Panji dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan permintaan Panji tercapai meskipun dia tidak mampu.

Jom layan beberape keping gambar still photo dari filem ini



Pendapat ain

1) filem ni berjaya buat penonton dalam panggung ketawa terbahak2...

2)  watak yang di bawa oleh Zalif Sidek sangat berkesan dan menjadi.

3) watak Wawa Zainal pun sama menjadi ... kiut betul lah dia bertudung....

4) Watak Alex Yanz?? perghhh best2..... 

5) Watak Liana Rafiai walau pun sedikit tapi kesan dia sangat bagus lah... part Liana ni jugak buat penonton ketawa....

6) Filem ini penuh dengan mesej dan pengajaran... dan juga dapat kite lihat sikap2 manusia zaman sekarang....

7) Filem harus tonton.... 

8) Syabas kepada Ajiboi kerana filem ini berjaya dan kagum sangat dengan hasil filem ini....