Salam semua... hari ni ain nakbuat entry pasal SEPAH THE MOVIE seperti yang ain janjikan sebelum ni...
Untuk pengetahuan korang filem ini akan keluar di pawagam pada 29 November 2012.
Sebelum ape2 meh ain share dengan korang sinopsis filem ni okey...
“Sepah
The
Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang
elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai
hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara
sukan tersebut di sekitar Johor Bahru.
Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik
persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu
sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training
“ (trainer) dikilang elektronik
tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini
didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan
diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini .
Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri
serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya
gagal.
Kegagalan tiga bujang itu untuk memenangi hati “ Ayu Sofea “ berpunca
dengan kemunculan seorang pengurus baru didalam kilang tersebut, iaitu “
Based ”. Based yang berpendidikan luar negara serta berketurunan anak
orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta
imejnya.
Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan suatu sifat cemburu
dan sakit hati. Kebetulan “Based” juga adalah pelumba motor cross dan mempunyai pasukannya
sendiri. Maka dengan sifat lelaki jati, tiga bujang Sepah itu mencabar pasukan
Based didalam suatu perlumbaan sihat. Perlumbaan yang berlangsung disebuah
ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada Jep. Bujang Sepah
menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”. Shuib dan Mamat menyedari
akan kesungguhan Jep untuk memikat Ayu Sofea. Mamat dan Shuib mengalah dan
bertekad membantu Jep untuk mendapatkan Ayu Sofea. Strategi yang licik
diaturkan Mamat dan Shuib untuk memenangi hati Ayu Sofea pada Jep. Namun
apabila strategi dijalankan, muncul Based menjadi penghalangnya.
“Ayu
sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakannya. Namun ternyata Based
lebih bijak mengatur strategi. Based meminang Ayu Sofea dan peminangannya diterima
keluarga Ayu Sofea, memandangkan kedudukan keluarga Based menyakinkan keluarga Ayu Sofea.
Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep. Shuib dan Mamat
dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah terumbang ambing. Shuib dan Mamat
mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan Jep, namun semuanya gagal. Jep
dengan hati yang membara telah menemui keluarga Ayu Sofea memohon agar
diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Jep telah dimalukan
apabila diherdik oleh keluarga Ayu Sofea diatas tindakannya. Jep kecewa. Based
merasakan bahawa Jep sudah melampau dan perlu diajar.
Based mencabar Sepah berlumba dengan kumpulannya. Jep menyahut cabaran dan
perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit. Namun perlumbaan kali
ini berpihak kepada Sepah. Based benar-benar kecewa.
Based sekali lagi dikecewakan apabila Ayu Sofea mendapat tahu bahawa Based
telah mengakibatkan seorang pekerja kilang bernama Rozita mengandung. Pertunangan
diputuskan. Sepah gembira mendengar berita Ayu Sofea dan Based telah terputus
talian pertunangan namun mereka simpati dengan Ayu Sofea.
Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk kembali memujuk hati Ayu
Sofea terutama Jep.
Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan
Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?
Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH
THE MOVIE.
Social Media Sepah The Movie:
Twitter : https://twitter.com/SepahTheMoviee
Facebook : http://www.facebook.com/SepahTheMovie
Pendapat Ain
P/s review nie tak der kena mengena dengan yang hidup mau pun yang sudah meninggal dunia.. ianya sekadar pendapat saya yang mana tak kan sama dengan pendapat orang lain... ape pun sile terjah panggung yang berdekatan dan nilai sendiri... sape lagi yang nak sokong industri Malaysia kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.. kan... kan...
- yang pertama2nya Filem ni kelakar... harus lah kan dah kalau yang berlakon tu kumpulan SEPAH kan...
- Watak yang d mainkan oleh Jehan Miskin memang sangat2 menyakitkan hati... Jahat sangat2... tak suke2...
- Filem yang sesuai di tonton oleh seisi keluarga....
- kalau bintang plak 3/5 bintang
P/s review nie tak der kena mengena dengan yang hidup mau pun yang sudah meninggal dunia.. ianya sekadar pendapat saya yang mana tak kan sama dengan pendapat orang lain... ape pun sile terjah panggung yang berdekatan dan nilai sendiri... sape lagi yang nak sokong industri Malaysia kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.. kan... kan...
hohoho....sepah mmg best...
ReplyDelete