.

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Apa itu Anemia? Kesan Anemia pada wanitan mengandung

Hari ni ain pi check up 23 minggu. Tetiba misi suruh pergi naik atas dengar ceramah kesihatan. So hari ni ain share kan dengan korang ape info yang ain dapat. sharing is caring kan.

Anemia (HB rendah) terjadi apabila badan kekurangan darah di mana paras hemoglobin ibu kurang daripada 11gm%

Punca Anemia (HB rendah) terjadi

§         Kurang pengambilan makanan yang tinggi zat besi, asid folik dan vitamin B12
§         Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti the, kopi dan produk soya
§         Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun)
§         Kehamilan kembar


Status Anemia

Anemia teruk – hb kurang 9 gm%
Anemia sederhana – hb antara 9 – 10.9 gm%
Normal – hb 11 gm% dan keatas

Tanda-tanda anemia

§         Pucat
§         Letih, lesu dan tidak bermaya
§         Kerap pening kepala
§         Mudah pitam

Kesan-kesan Anemia

Kesan kepada ibu
  • Keguguran
  • Bersalin awal
  • Tumpah darah selepas bersalin
  • Kematian janin dalam kandungan

Kesan kepada bayi dalam kandungan
  • Kurang berat lahir (<2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Anak lemas semasa lahir

Panduan pemakanan untuk mencegah anemia

  1. Mengamalkan diet yang seimbang mengikut pyramid makanan
  2. Mengambil makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, hati ayam, lala, ikan bilis, tiram, daging lembu
  3. pilih sayur yang tinggi dengan zat besi seperti pagaga, ulam raja, bayam merah, kangkung, pucuk paku, peria
  4. tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk membantu meninggikan kadar penyerapan zat besi.
* makan buah setiap kali selepas makan tengahari dan malam



“menjaga kesihatan demi kesejahteraan anak anda”

Thursday, November 29, 2012

Makan pas tu muntah...

hi semua... seperti semua sedia maklum ain sekarang dalam fasa "Morning Sickness"....

Tapi ain sangat bersyukur sangat sebab ain mampu lawan semua nie... even ain muntah ain tak kan jemu untuk terus makan...dan makan lagi....

korang yang pernah alami leh share dengan ain ape korang buat??

Monday, November 19, 2012

Minggu ke 11 dan 3 Hari

Pengalaman ain masuk minggu ke 11 hari makin kuat alahan... Makin menjadi2 muntah2 tu...

Yang paling perit ialah Muntah Air Pahit... Ain tak tau lah orang lain kata ape... Tapi ain memanbg panggil Muntah Air Pahit... Dia keluar kaler putih2 tapi bukan jernih lah... Bila muntah tu memang rasa sangat teruk dan tak larat...

Plak tu ain ni muntah tak kire waktu... sentiasa nak muntah tak kire waktu dan tempat... Macam tadi balik kerje ingat nak terus p makan... skali terpaksa singgah ke longkang berdekatan untuk muntah... sampai sakit2 ain rasa.,...

Pas selesai sesi muntah2 tu... Ain terus p makan... order Mee Hoon Sup Tulang... Sekali rasanya sangat hampeh... tambah plak keadaan ain di mana sangat tak berselera nak makan... yang ain peratikan lah... ain leh makan roti canai jek... tp tak kan nak makan roti canai jek kan?? So terpaksa la makan ape2 saje dalam kuantiti yang sikit....

okey lah... itu jek nak share dengan korang...

p/s ari tu MIMI ade tanye sakit tak amik darah?? ain rasa lah kan... memang tak sakit pun sebabnya ain tak takut pun kena amik darah ni.. Almaklumlah pengalaman derma darah dah 5 kali... setakat amik darah tu tak rasa ape pun... hikhik.. so mimi sila bersedia okey....