.

Wednesday, May 28, 2014

Apa itu Anemia? Kesan Anemia pada wanitan mengandung

Hari ni ain pi check up 23 minggu. Tetiba misi suruh pergi naik atas dengar ceramah kesihatan. So hari ni ain share kan dengan korang ape info yang ain dapat. sharing is caring kan.

Anemia (HB rendah) terjadi apabila badan kekurangan darah di mana paras hemoglobin ibu kurang daripada 11gm%

Punca Anemia (HB rendah) terjadi

§         Kurang pengambilan makanan yang tinggi zat besi, asid folik dan vitamin B12
§         Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti the, kopi dan produk soya
§         Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun)
§         Kehamilan kembar


Status Anemia

Anemia teruk – hb kurang 9 gm%
Anemia sederhana – hb antara 9 – 10.9 gm%
Normal – hb 11 gm% dan keatas

Tanda-tanda anemia

§         Pucat
§         Letih, lesu dan tidak bermaya
§         Kerap pening kepala
§         Mudah pitam

Kesan-kesan Anemia

Kesan kepada ibu
  • Keguguran
  • Bersalin awal
  • Tumpah darah selepas bersalin
  • Kematian janin dalam kandungan

Kesan kepada bayi dalam kandungan
  • Kurang berat lahir (<2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Anak lemas semasa lahir

Panduan pemakanan untuk mencegah anemia

  1. Mengamalkan diet yang seimbang mengikut pyramid makanan
  2. Mengambil makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, hati ayam, lala, ikan bilis, tiram, daging lembu
  3. pilih sayur yang tinggi dengan zat besi seperti pagaga, ulam raja, bayam merah, kangkung, pucuk paku, peria
  4. tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk membantu meninggikan kadar penyerapan zat besi.
* makan buah setiap kali selepas makan tengahari dan malam



“menjaga kesihatan demi kesejahteraan anak anda”

2 org yang baik hati komen:

  1. Replies
    1. tq sebab sudi baca ye dear... ain akan cuba share info2 yang ain dapat sepanjang mengandung yg ke2 ni dengan semua kwn2.

      Delete