.

Showing posts with label buffet ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan 2012. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Buffet Ramadhan 2012 Carousel International Coffeehouse di Palace of the Golden Horses ( PGH )

Pada 17 Julai yang lepas Palace of the Golden Horses telah mengadakan jamuan makan malam bersama kanak-kanak dari Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri bagi menyambut ketibaan Ramadhan.

Palace of the Golden Horses juga menyediakan bufet berbuka puasa di Carousel International Coffeehouse yang menyediakan sajian berbuka puasa ala Tradisi Melayu bermula pada 21 Julai sehingga 18 Ogos 2012. 




PGH telah menyediakan lima jenis menu merangkumi 250 pilihan terbaik yang terdapat dari seluruh Malaysia untuk tetamu merasai setiap hari. 

Menu 1 : Malam Selera Selatan
Menu 2 : Malam Selera Utara
Menu 3 : Malam Selera Timur
Menu 4 : Malam Selera Barat
Menu 5 : Malam Selera Mine





Terdapat pelbagai jenis Kerabu, Serunding dan Ulam bagi menambahkan lagi selera makanan serta juga mempunyai pelbagai jenisSup dan Jeruk malah tidak lupa hidangan wajib berbuka puasa iaitu Bubur Lambuk. Antara makanan kegemaran adalah Nasi Briyani dan Ayam Percik, Patin Tempoyak, Ikan Masin Masak Lemak Bernangka, Dalca Tulang Rawan Kambing dan Daging Salai Masak Lemak Sri Pahang.











Selain itu juga terdapat warung yg menyediakan Kambing Bakar, Daging Bakar AL-Sayed dan Satay turut serta Sup Gear-Box, Gulai Kawah, Rojak, Nasi Ayam, Kurma dan Kuih-Muih. Senarai makanan utama sahaja akan bertukar pada setiap hari.





Harga Buffet Ramadhan di cafe ini ialah RM98++ untuk dewasa, RM68++ untuk warga emas (60 tahun ke atas), RM48++ bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun. Carousel International Coffeehouse adalah restoran Halal.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603-8943 6688 ext 1122 atau 




Monday, July 9, 2012

Review : Buffet Ramadhan Mines Wellness Hotel 2012

Part 1 & Part 2... ain buat dua sbb banyak gambar....

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi... dan ain berpeluang untuk bersama-sama media hebat untuk merasai sendiri hidangan buffet Ramadhan yang di jemput oleh Ms. Yvonne Sam dan Ms. Dhahchayni.G.

Terus terang ain katakan yang rasa kerdil sangat tadi... sebab yang datang tu terdiri dari Wartawan dan Photographer News Straits Times, Utusan, Kosmo.... Perghhhh.... semua media yang hebat dan terkenal lagi gagah perkasa... Tapi ade dua blogger yang ain jumpa kat sana iaitu Mr. Hamzah Ian dan Mr. Fendy Ahmad...

Pihak Hotel menamakan Iftar Ramadhan sebagai tema Buffet Ramadhan kali ini... Untuk pengetahuan semua ianya cuma RM80++ untuk dewasa dan RM45++ untuk kanak2 berumur diantara 5-11 tahun... Terdapat lebih 100 jenis menu untuk kite semua mencuba dan menikmatinya sepuas-puasnya.... 

Istimewanya hotel ini apabila ianya "SMOKE FREE", udara yang segar dan pemandangan yang indah... 

Hotel ini menampilkan menu lain dari yang lain antaranya ialah Gulai KAWAH Kepala Kambing Ala Kampung yang mana merupakan resepi turun temurun Chef Saiful. Dan juga terdapat Cekodok Durian & Roti Durian (roti canai durian) mmg rasanya sangat2 sedap dan tentunya kita tak akan dapat di mana-mana hotel lain....

korang nak tengok rupa gulai kawah kepala kambing tu? tengok bawah ni okey...

Kari Kepala Kambing 
SAMBAL PEDAS KEPAH JOHOR


NASI BERIANI KUKUS

RENDANG AYAM KAMPUNG

SAYUR KOBIS GORENG KUNYIT HATI AYAM

DAGING KURMA

KETAM MASAK LEMAK CILI API

SOTONG SAMBAL PETAI (SEDAPPPPPP SANGATTT)

ROTI JOHN

KAMBING GOLEK :)

IKAN KUKUS

KIRI : MURTABAK / KANAN : ROTI CANAI DURIAN

CHEF SAIFUL 

ANTARA BUAH-BUAHAN YANG ADA


KUIH LAPIS

PENCUCI MULUT


KARI KEPALA KAMBING :) 


Alamat Hotel : 

Mines Wellness Hotel (Abdul & Charlie's)
Jalan Dulang, Mines Resort City,
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

T : +603 8943 6688 ext 1122
F : +603 8943 5555
E : enquiry@mwh.com.my

Untuk pengetahuan semua buffet start dari 23hb Julai 2012 sampai 16hb Ogos 2012 sahaja.  



Thursday, July 5, 2012

Buffet Ramadhan Mines Wellness Hotel 2012

Part 2... tgk entry sebelum ini PART 1





cekodok durian... nyummmm nyummmm












ade jeruk jgk :) marveles... tp ain tak leh makan :(


Ulam ulaman