Saturday, July 21, 2012

Buffet Ramadhan 2012 Carousel International Coffeehouse di Palace of the Golden Horses ( PGH )

Pada 17 Julai yang lepas Palace of the Golden Horses telah mengadakan jamuan makan malam bersama kanak-kanak dari Pusat Jagaan Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri bagi menyambut ketibaan Ramadhan.

Palace of the Golden Horses juga menyediakan bufet berbuka puasa di Carousel International Coffeehouse yang menyediakan sajian berbuka puasa ala Tradisi Melayu bermula pada 21 Julai sehingga 18 Ogos 2012. 




PGH telah menyediakan lima jenis menu merangkumi 250 pilihan terbaik yang terdapat dari seluruh Malaysia untuk tetamu merasai setiap hari. 

Menu 1 : Malam Selera Selatan
Menu 2 : Malam Selera Utara
Menu 3 : Malam Selera Timur
Menu 4 : Malam Selera Barat
Menu 5 : Malam Selera Mine





Terdapat pelbagai jenis Kerabu, Serunding dan Ulam bagi menambahkan lagi selera makanan serta juga mempunyai pelbagai jenisSup dan Jeruk malah tidak lupa hidangan wajib berbuka puasa iaitu Bubur Lambuk. Antara makanan kegemaran adalah Nasi Briyani dan Ayam Percik, Patin Tempoyak, Ikan Masin Masak Lemak Bernangka, Dalca Tulang Rawan Kambing dan Daging Salai Masak Lemak Sri Pahang.











Selain itu juga terdapat warung yg menyediakan Kambing Bakar, Daging Bakar AL-Sayed dan Satay turut serta Sup Gear-Box, Gulai Kawah, Rojak, Nasi Ayam, Kurma dan Kuih-Muih. Senarai makanan utama sahaja akan bertukar pada setiap hari.





Harga Buffet Ramadhan di cafe ini ialah RM98++ untuk dewasa, RM68++ untuk warga emas (60 tahun ke atas), RM48++ bagi kanak-kanak berusia 5-12 tahun. Carousel International Coffeehouse adalah restoran Halal.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi +603-8943 6688 ext 1122 atau 




1 org yang baik hati komen: