.

Showing posts with label acid folic. Show all posts
Showing posts with label acid folic. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Pentingnya Acid Folic


Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).



Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

For me, tak pernah lagi skip amik acid folic even ade org ckp jgn mkn nnti baby besar la ape lah... ain tak kesah sbb ain syg kandungan ain ni.... tak kan doktor suh kita makan utk keburukan ye dak? tp skrg ain amik obimin jek... dlm tu semua ade utk ibu hamil.... 

Thursday, January 10, 2013

19 minggu sudah....

salam semua.... lama kan ain tak hapdet blog pasal pegnant2 ni kan? kalau ikutkan kat fb lagi lah ain jarang share.... sampaikan ade di antara member yang tak tau... bukan tak nak share tapi tu lah ain ni ada rasa yang sangat malas nak update ape2 dalam fb mahupun dalam blog....

semalam ain ada check up di KK.... misi kira punya kira ain dah 19 minggu hamil... dan untuk pengetahuan korang di minggu ke 17 baru lah ain boleh makan macam biasa malahan sebenarnya lebih la dari biasa.... check up last month turun berrat 2KG... alhamdulillah misi n doktor tak marah ain.... dan semalam p KK berat ain naik 1.3kg... Misi kate lebih 800g dari yang sepatutnya naik... haiyokkkkk....

Serius ain memang selalu lapar... lapar dan lapar... so ape lagi makan jer lah.... huhuhuh..... BTW, untuk pengetahuan korang misi tak kasi ain acid folic dah... depa cuma kasi OBIMIN... tapi tu lah ain akan muntah bila makan OBIMIN.... jalan penyelesaiannya kena lah minum ape2 jus selepas amik obimin... tp kadang ain mkn gule2 jek... ok jgk lah... tak muntah2 dah.... so selesai satu masalah ain....

mengikut kate misi next check up yakni next month kena naik 2KG... maknanya 1 minggu setengah kilo.... harap2 tak lebih la hendaknya....

sekarang ni ain tengah fikir nak cari baby sitter dan jugak bidan utk urut pas bersalin... hakikatnya memang awal lagi tapi ain tak nak lah dah last minit baru nak cari kan? Bila duk cerita kat dak2 opis depa kate biar lah mak ain yang jaga.... Adushhh kamu2 semua telah membuatkan ain rindukan arwah mama ain... andai arwah masih ada mesti arwah jaga ain kan? kan? tul kan....