Tuesday, June 17, 2014

Filem Pengantin Malam buat penonton tak senang duduk dalam panggung

Sebuah filem seram yang berjaya buat penonton tidak senang di tempat duduk masing2 dan ada diantara yang menonton terpaksa keluar sekejap panggung untuk meredakan rasa tidak selesa dan takut di hati diorang. Terlalu banyak adegan atau scene yang buat  penonton terkejut dan macam tak henti-henti babak2 terkejut2 tu. Filem ni jugak buat husband ain keluar panggung dan cakap filem ni berat. Dia asyik terkejut. Ini komen dari lelaki yang sangat susah nak puji cerita Melayu dan sangat2 suka cerita dari barat. Dan ade juga kawan yang bagi 5/5 bintang untuk filem ni. Walhal sebelum ni dia cakap kalau filem hantu Malaysia ni x real dan macam buat. Tiba2 filem ini berjaya buat dia tukar tanggapan tentang filem seram dari pengarah dan penerbit Malaysia.

Syabas harus kita ucapkan pada Pengarah yakni EYRA RAHMAN dan tak lupa juga Penerbit David Teo yang tak serik2 menerbitkan filem2 melayu dan terus mewarnai industri filem tempatan.


Kalau korang nak tau ape kesudahan cerita ni? Dan ape sebenarnya yang buat penonton tak senang duduk dalam panggung? Korang kena lah terjah panggung berdekatan pada 19 Jun 2014 ni okey?

SINOPSIS? TEKAN SINI

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment