.

Tuesday, June 17, 2014

hamil dan ain??

Tetiba hari ni ain terajin plak bukak nuffnang dan tengok kat referral lah, tgk la semua2 ape yang buat orang tengok blog ain ni.

Tetiba tengok ade satu tu dr blog kwn masa treasure hunt epyhra hari tu yang kat putrajaya.

Actually pasal anak. Ain sangat2 faham ape rasa kwn2 diluar sana yang sangat2 mengharap dapat cahayamata dan setelah sekian lama tunggu untuk menimang cahayamata sendiri. Kadang tu lah kan bila kita nak sangat? Allah mcm uji kita plak nak tengok kesabaran kita dalam ujian yang di turunkan pada kita.

Berbalik soal anak ni lah kan. Ain pun boleh di kategori dapat anak lambat la walaupun tak lah lambat sangat. Meh nak story kat korang pengalaman ain ye. Harap korang yang baca agak open lah yer dan x kata ain nak menunjuk2 ke hape. Ain just nak share je.

Ain kawin 16 Julai, 2011 dan ain dapat anak pertama pada 30 Mei, 2013. dan bila jer ain kawin period ain jadi x regular. 3 ke 4 bulan sekali baru la period. Memula kawin mana la tau period jd tak regular plak kan. So bila kawin je tak period terus beli UPT dengan harapan positif lah kan? Sekali negative. Tunggu next month tu tgk eh..eh… tak period lagi so ingat pregnant lagi. Beli lagi UPT bila check masih la negative pastu continue lah sampai third month masih tak period. Beli la lagi UPT tapi result dia masih lagi negative. Korang tau tak muka en suami tak payah cakap la macam kecewa. Maybe dia ingat dia je kecewa n mengharap kot kan? Padahal ain ni lagi la sangat2 mengharap kan? Kan? Ye la biasa period regular jer. So bila tak period tu ain mmg la sangat2 mengharap ain mengandung lagi pulak umur ain tak la muda kan?

So tiba2 bulan ke 4 period plak dah. So terus la kecewa dan kecewa. Bulan ke 5 plak x period. Beli lagi UPT check eh negative lagi. Ain rasa la farmasi ni untung tau ade orang macam ain ni. Asyik beli UPT je kan hampir setiap bulan. Huwaaa sedih sebenarnya tau.

Bulan ke 6 dan 7 masih jgk tak period dan beli UPT masih lagi negative. So ain pun decide la cakap kat husband. “abang, boleh tak lepas ni kita jangan terlalu fikir soal anak dan seandainya ain x period kite tak payah la beli UPT nak test bagai” then nasib baik dia pun setuju. Ain sebenarnya tak larat nak tengok muke en husband bila UPT naik 1 line jer. Dan ain pun tak larat nak terus2 rasa kecewa dan berduka nestapa bagai bila UPT tu satu line jer.

Bermula la hari di mana kitorang jalan kan hari2 dengan tak fikir langsung soal anak. Period ke tidak ke lantak lah kan? Sampai la perkahwinan kitorang cukup2 setahun. Bermula lah lagi episode di mana ain mencari2 pakar sakit puan. Sebabnya nak test la ape lah masalah kitorg berdua ni. So jumpa la kat internet pasal doctor Hamid Arshad. So ape lagi call lah klinik dia. Dan appointment dia sangat2 full. Dan ain dah booked la satu tarikh tu tapi tak ingat plak skrg ni tarikh tu bila. Aishh sejak lepas deliver ni mmg sangat2 pelupa.

Dan dalam masa yang sama ain pun cari2 la petua2 nak bagi subur la ape lah. Banyak jugak yang ain jumpa suruh try buah zuriat. Ala masalahnya buah ni kan dari mekah dan ain x de pun family ke sape yang nak p umrah dalam masa tu untuk suruh diorg tolong belikan. Pastu jumpa plak pasal tauge. Katanya tauge ni untuk kesuburan dan kena di amalkan suami isteri. So ape lagi ain pun mcm memaksa jugak lah husband mkn tauge jugak. Lama lah jugak kitorang amalkan dan dalam masa yang sama ain buat tauge sendiri. Amik kacang hijau tu pastu rendam dlm air sikit. Biar dia kuar tunas sket dlm 1 cm ke gitu ain buat mkn mcm ulam la. Sampai la rasa da jemu dan x nak dah makan dan ain stop.

pastu bulan 9 kot ain, husband n cousin dia n kwn2 cousin dia p hatyai. P la jalan2 pastu bergambar tu asyik nak melompat jer. Masa tu baru je lepas period dan balik dr hatyai tu eh.. eh… period lagi sekali plak. Husband pun heran? Tanye plak ain eh bukan baru period ke? Ain kate ye lah. Ain ckp la mana la ain tau dah dia nak datang dua kali dlm sebulan kan. Pastu bulan 10 ain nak masuk kerja tempat baru. Konon masa tu ain cakap dengan husband sebelum masuk keje baru ain nak test dulu UPT. Konon la nak check mana tau pregnant dan kalau masuk keje baru kang dia tak cover plak cuti bersalin kan? Wahh angan2 tinggi kan? Tapinya kan kate dah malas nak test jadi memang tak terbeli pun UPT nak test. Sampai la ain kerja dah hampir seminggu kot. So baru terbeli UPT. Dan korang nak tau ape? Naik dua line tau but then salah satu line tu pudar.

Wahhhh terus terkedu kot sbb tak pernah tengok 2 line kan? Pastu terus gigih nak p klinik nak confirmkan pregnant ke tak hari yang sama jugak tapinya husband x de macam beria pun mayb dia pun tak tahu nak express mcm mn perasaan dia masa tu. Dan ain suruh husband hantar ain p klinik dan ain suruh dia p keje je. Nnti ain p keje naik teksi jer. Sekali amik la urine kan? Pastu doctor kate x pregnant sbb satu line jer.

Eh rasa2 korang la faham x ape ain rasa saat tu? Nak nangis, kecewa dan rasa nak hentak je UPT dan kepala doctor tu boleh? Pastu kan tiba2 misi kate kat doctor. Doctor 2 line lah. Tapinya doctor tu mati2 kate bukan. So ain pun terus naik teksi p keje dengan perasaan hampa. Then ain nekad nak beli UPT lain nak test lagi. Bila balik keje test masih lagi 2 line. Pastu kami bincang la suami isteri dan ain cadangkan kitorang beli UPT clear blue yg RM30+ tu untuk test. Sbb test tu siap leh tau da berape weeks kan? So esoknya p keje tu ain p cari dan beli dan ain tak tau pun en husband pun p cari jugak. So balik2 keje tu ckp la kat husband ain da beli dan dia pun ckp dia beli. Amik kau siap 2 UPT mahal tuh. Ade la rm70+ kalau dah dua kan? So ain pun Tanya la husband nak test skrg or pagi esok? So dia kate dah alang2 ada 2 test je la ptg tu satu n pagi esok satu lg. test2 jer result kuar dah 2-3weeks gile tak seronok kan? Tapi kitorg masih jugak nak tggu UPT result yang pagi2 esok kan orang kate urine pagi2 lagi tepat utk buat UPT. So buat pagi esoknya tu tetap kuar result yang sama.

Dan kitorg decide untuk confirmkan kehamilan ni di PUSRAWI Kota Damansara. So pergi la sana esoknya tu dan jumpa doctor perempuan. Di sebabkan da buat UPT byk kali n positif so doctor nak scan jer. Bila scan? Ape nampak??? X de kantung pun? Ya Allah. Sekali lagi hati ini di uji. Doktor terangkan yang dia x leh confirmkan ain mengandung ke tak sebab x nmpk kantung. Yang dia nampak hanya la dinding rahim ain tebal dan ade 2 kemungkinan. Yang pertama maybe mengandung dan yang kedua maybe nak period. So doctor kasi lagi satu tarikh untuk scan iaitu 3 minggu dari tarikh tersebut.

Sampai jer 3 minggu tu kitorg p check lagi. Dan ALHAMDULILLAH ada dah kantung baby. Sukanya hanya ALLAH yang tahu. Dan bermula la episode baru dalam hidup ain dan suami. Husband punya la jaga ain bak seorang puteri. Langsung tak kasi buat kerja rumah suruh rehat jer. Seronok jer rasa tapi badan rasa lemau lah dengan alahan yang tiba2 ade lepas dah confirm mengandung.

Ain rasa itu jer kot cerita untuk setakat sekarang. Ain doakan kalian2 yang mengharap dapat baby supaya ade rezeki korang pulak lepas ni. Nnti jangan lupa share2 dengan ain yer.


Dan untuk pengetahuan korang ain skrg tengah pregnant 6bulan lebih baby ke2. Alhamdulillah baby ke2 ni Allah permudahkan. 

12 org yang baik hati komen:

  1. TQ Ain sebab bagi semangat kat Eyza... Touching plak bc cerita Ain ni... Eyza pun sama gak..mula2 asyik beli UPT jer..lama2 dh lali.. kkdg, kehidupan suami isteri xde masalah.. x fikir sgt pun psl anak..tapi, sbb mulut2 org disekeliling yang buat eyza rasa kekurangan diri... takpe.. eyza tahu.. setiap perancangan Allah tu mesti yg terbaik untuk hambanya.. Tq jugak sbb sudi kongsi tips.. InsyaAllah..nnt eyza cuba.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persetankan kata2 org... dia ape tau? Mn ade org kawen x nak anak kan... ain mmg benci org yg suke kate itu ini tanpa pk perasaan kite... kite ni kalau leh hari ni kawen esok nak ngandung dah... tp rezeki tu kan dr Allah... kite cuba n usaha n doa... good luck dear... x mo touching2 lg okey....

      Delete
  2. Hi , Ain ! Dila pun tgh tunggu good news , hrp2 ada lahh, almost 2 years dah kawen , tpi rezeki anak tu belum smpai , :D , haritu last period 29/10 , sampai sekarag dah tak period , excited gila , sebelum ni pun mcm ain asyik beli upt , tpi 5-6 month awal2 kawen dulu , lepas tu biar jee , :D okay smbug pasal tak period tu , lepas 2 minggu dari tarikh dila sepatutnya dtg period tu , dila check upt , tpi -ve . :( , tnggu lg , 3-4 hari lpas check upt tu , baru pegi klinik , 18/12 haritu , tapi doc scan , belum ada kantung , cuma rahim kembang , and doc pun tak berani nak bg ubat turun darah lg , :( sekrag ni tggu lg seminggu lah , nak pegi jumpa doc pulak , harap2 ada good news , Dila dgn husband dah mengharap sgt ni , :'( doakan kami pulak ye . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awak. Mcm mna? Ada good news tak? Sbb situasi kita sama laaa. 😅😅

      Delete
  3. Hai ain, smlm pun saya pegi scan gak acctuly dah 2 Kali scan tp nampak dinding rahim tebal jak, dah 6 Kali buat upt Dan semua positif.. Kecewa jg bila doktor kata takda kantung baby hanya finding rahim jak tebal.. Last period 16.12.2016 klu ikut tarikh tu skrg baby dah 7week dah.. Tp takda lagi ,Dr kata mgkin masi awal lagi kandungan, 2minggu lagi nak jumpa doktor semula.

    ReplyDelete
  4. Sy pn dlm dilema jugak ni.smlm test upt nmpk naik 2 line tp kabur.harini pegi jmp dok dia kta dndg rahim tebal smada early birth @ nk period.dh 2 buln sy delay period.suami kta tggu mggu dpn buat upt lg.doakn sy..mmg mghrp sgt nk baby :(

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hai ain saya alami situasi yang amat pelik saya dah 2 tahun kawen dan masa pkahwinan saya 1 tahun saya dah jumpa pakar o&g, period saya memang x regular dan macam2 ubat saya dah makan dan period saya kembali normal, masa pkahwinan saya yg ke 2 tahun period saya delay 2 mggu lebih terdetik hati nak beli upt dan saya test kali petama naik double line tetapi terlalu pudar kemudian saya cuba esoknya dgn upt yg lain naik double line walaupun samar tapi ia kelihatan dan juga hari seterusnya, 3 kali saya mencuba upt masih samar tapi kelihatan, masa itu teramat gembira selama 2 tahun ni upt semua nya 1 line... pada hari ketiga saya pergi ke klinik biasa dan doc sarankan check upt dan hasilnya -ve kecewa nya hati saya dan doc scan juga tiada kantung merundum hati saya ketika itu dan esoknya keluar darah bewarna brown sedikit pada sbelah pagi tapi petang tu keluar darah seperti biasa selama 6 hari selepas lewat 18 hari. Dalam masa yg sama saya perlu membuat suntikan hcg selepas habis period saya tapi bila saya memberi tahu doc di bhg radiologi mereka terus membuat scan dan mereka hanya berbicara sesama mereka yg rahim saya klihatan tebal dan mereka terus transfer saya ke bahagian o&g untuk mbuat upt dan scan smula kerana bahagian sakit puan lebih tahu hal ini, ssampainya saya ke bahagian o&g mereka hanya membuat ujian upt dan saya tahu jawapannya -ve ternyata betul dan bila mdapat result -ve mereka xmbuat scan lanjutan dan trus kirimkan saya ke bahagian radiologi untuk membuat hcg semula malangnya doc dibahagian radiologi tidak mahu membuat suntikan hcg dan menyuruh saya menunggu cycle seterusnya kerana tidak berani untuk membuat suntikan itu yang saya dilemma hanya radiologi mbuat scan ultrasound tetapi bahagian o&g xbgitu serius sb mereka katakan saya period dan tiada apa2.. saya mdapatkan rawatan di hosp kerajaan ttpi apa kan daya itu je kemampuan saya dan suami setakat ini yang mahukan anak. Doakan saya mendapat zuriat suatu hari nt.

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum ain. Saya baru berkahwin pada 23.3.2019.sebelum ni saya pun ada test upt naik 2 line tapi masih kabur.saya pergi klinik untuk dapat kan keputusan Dan Dr sahkan saya -ve hamil. Seminggu selepas tu saya datang period. Kecewa tu hanya Allah saja yang tahu. 😭😭😭 Selepas pada tu saya Dan suami tak Fikir2kan sangat pasal anak.untuk pengetahuan ainperiod saya regular every month. Tu bila missed period suami macam excited sangat. Bulan 5 6 Dan 7 period masih stabil sehingga la bulan 8 saya dah missed period. Kalau ikutkan saya period memang setiap 20hb.tapi bulan 8 dah missed sampai la hari ni 9.9.2019. Pagi tadi saya Cuba test upt dan saya tak inform dekat suami takut suami kecewa sama macam apa yang saya rasa kan. And yes naik 1 line betapa luluh hati ni Allah saja yang tahu. Saya tak pernah missed period sampai lama2 macam ni. Saya juga alami tanda2 hamil seperti kerap kencing Dan sering terasa loya. Saya mengharapkan perancangan Allah ni adalah yang terbaik untuk saya.perkahwinan selama 6 bulan adalah anugerah paling bernilai buat saya Dan suami. Minta doa sahabat2 semua doakan rezeki saya untuk menimang cahaya mata. Aamiin ya mujib. Semoga doa2 dari kalian diangkat aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis..

      Semoga ada rezeki sis. Sy pun sedang berusaha dapatkan baby kedua. Dah 2 tahun me Cuba Namun masih belum ada rezeki. Bukan Nov sy masih belum period chek upt pun negatif 🤣😢😢😢

      Delete
  8. Salam Hai Ain..


    Sy tengah usaha anak kedua. Tapi susah plak nak lekat yg kedua. Dah 2 tahun me Cuba.
    Bukan oktober sy period tapi coklat dan sikit selama 8 Hari.
    Bulan Nov sy belum period dan dah lewat 8 Hari. CHEK upt pertama (4 upt positif). CHEK clear blue negatif 🤣.

    Sekarang ramai yg cakap mungkin sy ada kencing kotor sebab tu period sikit bln OKT dan period Nov x datang huhu.. Masih tak pegi klinik ni.. Rasanya nk tggu lg seminggu.. Doakan sy juga semoga ada rezeki Zuriat kedua.. 😢😢😢

    ReplyDelete
  9. Salam sis
    Sama mcm saya sekarang. Period saya mmg jenis tak teratus and susah utk sy tau waktu subur. Tpi pada khamis lepas sy saja check upt and tak sangka nampak double line. Saya pergi scan dekat klinik tpi malangnya doctor kata tk nmpk ape2 buat test upt pon single line. Sy pun balik dgn perasaan kecewa smpai bengkak2 mata menangis.Husb nasihatkan jaga diri and kite check lagi next week. And lepas beberapa hari, sy kuatkn diri utk check lagi, kalimi beli upt clearblu. And still double line. Sgt2 confius skrg ni, sy mengandung ke tidak? 😔

    ReplyDelete