Friday, May 30, 2014

lahirnya seorang puteri pada 30 Mei 2013 (selamat hari lahir sayang)

Hari ni adalah hari di mana Nur Zara Alisya di lahirkan (30 Mei 2013) yang mana sepatutnya due ain pada 6 Jun 2013. Kenapa boleh bersalin awal? Bukan sebab dah ade tanda-tanda tau tapi sebab ain dah kali kedua masuk wad sebab darah tinggi (high blood).

First masuk wad sebab darah tinggi pada 23hb Mei 2013. Masuk wad sehari dan di benarkan keluar wad. Masa masuk tu bacaan atas 100+ dan bwh pun 100+. Yang kedua plak pada 28 Mei 2013 pukul 10malam macam tu. Bacaan 160/120 ke x silap ain lah. Pastu doctor yang handle kes ain kali ni macam tak puas hati la kenapa masa admitted yang first tu doctor tu tak paksa ain bersalin sbb bahaya for both of us. So kali ni memang dia nak paksa ain bersalin jugak tapi tunggu bacaan normal balik. Kes kali ni lagi teruk sbb darah tak kembali normal walaupun ain dah baring jer n tak gerak2. Sampai doctor terpaksa bagi ain makan ubat darah tinggi untuk turunkan. And finally turun la ke bacaan normal.

Doktor decide nak induce besok pagi. Dalam kul 8 pg kot ain kena induce yang pertama. Tapi ain langsung tak rasa sakit. Yang x best bile dia dah buh induce tu kita x leh gerak untuk masa tertentu. Bosan kot baring jer. Duduk pun x boleh. Then doctor check jalan. Bukaan cuma 1cm jer. So ptg tu doctor induce lagi sekali. Yang kali ke2 ni. Ya ampun sakit yang teramat sangat. Sakit sampai nak duduk x boleh. Baring x boleh. Ain cuma mampu sebut Allah dan menangis jer. Namun nak mengadu kat sape2 memang tak lah. Hari plak dah malam kan. Dalam pada sakit2 tu ain mintak doctor seluk n check berape cm dah bukak sbb ain rasa sangat2 macam nak terkeluar jer baby. Sekali doctor check bukaan cuma 1cm tak gerak2. so doctor kate dia nak tolong bukak kan. Ain kate ok jer lah. Then balik la duduk kat katil semula.

Esok paginya tu diorg check lagi jalan. Sekali dah 3cm. terus diorng suruh tukar baju dan nak tolak ke labour room. Masa tu breakfast pun lom sampai. Tp masa tu tak sempat nak fikir rasa lapar ke hape. Masuk jer labour room masa tu husband da datang. Ain pun tak ingat ain ada mesej dia suruh datang ke hape. Memang x ingat sama sekali. Pastu dalam labour room tu sakit makin kuat. Memang tak tahan lah. Tgk kat ctg tu nmpk la contraction sgt kuat tapi sayangnya bukaan x der progress at all. Duk kat 3cm tu jer lah. Then doctor offer ain untuk amik epidural sbb kesakitan yang amat ni. So ain pun terima n cakap nak bila diorg offer epidural. Sbb diorg ade suh sedut gas yg utk tahan sakit tu tapi langsung x effective utk ain. So dtg la pakar epidural ni nak cucuk kat lubang antara tulang2 belakang. Masa tu baru la rasa ok. Dan sakit tak sehebat sebelum ni. Then misi yang dok jaga ain tu ckp dia kesian tengok ain sbb ain sgt2 sakit tapi x de progress bukaan tu so dia offer ain untuk tolong bukak kan…. So ain ok  jer lah. Sbb dalam kepala masa tu nak dua2 selamat. So dia tolong la buat yang sepatutnya. Dan bukaan bukak la 5 cm waktu doctor pakar datang. Tapinya part x best sbb ctg baby makin lemah. Dan doctor decide kena czer jugak. X boleh tunggu dah. So dtg la doctor yang lain utk terangkan risiko czer dan sbgnya. Yang akhirnya buat ain nangis. Doctor tu boleh plak tanye kenapa nangis? Ain cakap la sbb ain takut. Nak tak nak mmg kena sign surat kebenaran tu. Yang mana masa tu husband tak der sbb misi suh p beli makanan utk ain. Tapi dia p beli lama tau x balik2. rupanya masa dia nak masuk balik ke labour roomtu guard plak tak kasi. Sudahnya mmg ain tak makan lah.

Dalam kul 4 lebih ptg la masuk labour room. Dan bius separuh badan so ain boleh rasa semuanya. Contoh masa perut kena toreh tu. X rasa sakit la tp boleh rasa la depa potong walau tak nampak. Pastu masa nak kuarkan baby tu abis bergoyang2 la badan ain ni. Pastu x lama dengar la baby nangis. Depa p sedut ape yang patut pastu lap2 sket kot baru tunjuk kat ain. N Tanya ape jantina baby ain. So ain cakap gurl. Pastu balik2 p Tanya ain lagi baby ape tadi? Ckp la gurl sampai la ain tertido. Yelah dr ptg semlm x tdo smpai ptg esoknya. Mana tak ngantok? So tdo.

Ain sedar2 bila diorg nak tolak ain ke wad. Masa tu lbh kurang kul 8 malam. Pastu baby dia letak kat celah kangkang ain. Dia x kasi ain pegang pun mayb sbb bius lom hilang kan..so tolak jer masuk wad. Baby dgn ain di asingkan. Mayb sbb ain masih ade bius kan. Sampai ain mintak la dengan husband nak tengok anak. Sape tak nak tengok anak weiii. Huhu so husband p mintak la dgn misi… dan misi kasi tolak kat ain baby kejap dan kena pulangkan balik kat diorg. Dapat la tengok kejap dan pastu ain rehat. Esoknya baru la misi kasi baby kat ain. Dan boleh la peluk2 cium2.


p/s : anak tu anugerah Allah swt yang tak ternilai harganya. Jangan sesekali kate aku ni macam2 yer. Mana ade seorang ibu nak anak dia sentiasa sakit??? Kalau ade namanya ibu tu gile. Dan tolong jangan cakap ape2 kalau kau tak tau cerita sebenar yer. Terima kasih

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment