Thursday, May 29, 2014

Filem CEO buat penonton ketawa tidak henti


SINOPSIS

CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan ‘dunia’. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalan sebuah empayar korporat yang berjaya. Sufia (Beto Kusyairy) seorang pengantar pizza yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu kerja.

Dua dunia ini tidah sepatutnya bercantum. Namun, satu insiden menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam hilang segala-galamnya selepas satu kes pecah amanah. Dia hilang jawatan, status, rumah mewah dan bakal tunang. Sufian pula tidak menyangka dia dapat syurga dunia. Dia diberikan jawatan tertinggi, syarikat, rumah mewah, harta dan segala kemewahan yang tidak pernah difikirkan.

Adam keliru dengan apa yang terjadi. Dia bertekad nak menggali siapa dalang kejatuhannya. Sufian juga keliru, tapi dia tidak bertekad apa-apa sebab – orang memberi, kita merasa, buat apa nak banyak Tanya.

Namun ada misteri di sebalik apa yang berlaku. Adan dan Sufian akan berdepan dengan misteri itu.




Pengarah : Wan Razisyam Wan Mat Rashid

Barisan Pelakon

Pelakon Utama        :               Beto Kusyairy, Remy Ishak
Pelakon Sampingan  :               Christina Suzanne, Anas Ridzuan
Penampilan Khas     :               Deanna Yusoff, Datuk Jalaluddin Hassan

Senarai Pelakon Lain

Mustaqim Mohamed Zaki
Naque Ariffin
Fasyali Fadzly
Tania Zainal
Nazeera Sardi

List of Crews

Pengarah                  :               Razaisyam Rashid
Penolong Pengarah  :               Kartka Mohammad
Penyunting              :               Razaisyam Rashid
Pengurus Produksi    :               Cik Lee Khalil
Pereka Kostum        :               Kamaruddin Osman
Sinematografi           :               Pete Abdullah
Pengarah Seni          :               Nordin Bin Ismail
Penataan Bunyi        :               Taja dan Reza Ramsey
Solekan                    :               Pipi Merah Studio
Musik                       :               AG Coco


Review

Bila kite dengar atau baca tajuk kite akan rasa dan terfikir yang file ini lebih kepada filem yang macam berat lah untuk di tonton. Apabila tengok je segala yang bermain di fikiran sebelum ni terus berubah. Betul kata pengarah yang tengok filem ni macam “bersantai di tepi pantai”. Penuh dengan unsur komedi dan tidak lupa juga penuh dengan mesej. Lakonan Beto dan Remy harus lah kita tak dapat nak sangkal lagi kehebatannya. Mereka berdua berjaya membawa watak yang di pertanggungjawabkan dengan sangat2 baik. Tapi tak lupa juga kepada Christina Suzzane sangat hebat walau bersahaja. Kalau korang ingat lagi Anas? Dia kan penyanyi kan? Siapa sangka dalam filem ni dia membawa watak dengan sangat baik. Kelakar sangat2 lakonan beliau dan mungkin korang kat luar sana akan sama kan Anas dengan Johan. BTW, kalau korang nak tau ape isi cerita ni? Korang kena terjah panggung berdekatan pada 12 JUN 2014 nanti ya. Yang pasti korang tak kan berhenti2 ketawa. Terbaikkk…


5/5 Bintang. (FILEM HARUS DI TONTON)

1 org yang baik hati komen:

  1. Ini review saya tentang filem CEO & Suatu Malam Kubur Berasap 2. :)

    http://goo.gl/sGMpCp

    ReplyDelete