Salam semua,
Seperti yang korang sedia maklum atau tau sabtu lepas ain
telah menjoinkan diri dalam treasure hunt EPHYRA walaupun dalam keadaan
berbadan dua kot kan ? Dah 5 bulan
tapi masih gigih nak join. Tujuan ain join bukan sebab nak menang semata-mata
tapi nak timba pengalaman dan bercampur dengan blogger2 otai di abad ini. J Kalau korang nak tau di sebabkan nak join
treasure hunt ni lah ain tak lena tido malam. Tido dah la lewat pastu bangun
plak kul 5 Pagi.
Dan kami di kehendaki untuk berkumpul di Puspanitapuri
Presint 10 dekat court futsal atau bola keranjang. Dan organizer event hari
sabtu tu tentunya tidak asing lagi bagi semua blogger iaitu DENAIHATI. Korang
tahu kan ? Kan ?
Tunggu punya tunggu tetiba muncul lah team DENAIHATI untuk
memulakan proses pendaftaran, penyerahan T-Shirt Ephyra yang gojes dan sarapan
pagi sementara Pn Amiza yakni pengasas Ephyra sampai dan memberikan sepatah dua
kata.
Untuk pengetahuan korang treasure hunt ni melibatkan seramai
27 orang blogger yang mana salah sorangnya ain lah kan ?
Setiap team akan ade 4 orang. Dan ain dalam Team ke 4 bersama Fendy Ahmad,
Farish, Sue Izza dan Ain lah. Nama kumpulan kami telah di beri nama lain oleh
Puan Amiza iaitu dari nama-nama ingredient Ephyra. So nama kumpulan kami? GAM
AKASIA
Team GamAkasia |
Ok lah citer panjang-panjang tak guna kan .
Korang mesti nak tahu apa task yang kitorang kena buat kan ?
Task 1 – Minum
Ephyra dan buat Instavideo
Minum Ephyra dan buat Instavideo setiap sorang. Ni merupakan
kali pertama lah ain rasa Ephyra ni. Sedap ooo rasa mcm oren. Masalah kat sini bila buat video guna app
Instagram dan cubaan untuk upload gagal dan video yang telah diambil tu hilang
begitu saja. Last sekali salah seorang anggota kumpulan 2 @ gamakasia
mencadangkan untuk mengambil mengunakan kamera biasa dan kemudian uploadkan ke
dalam Instagram. Siap dah buat video untuk kesemua anggota kumpulan kami pun cuba
lah untuk menghaplod. Ternyata gagal dan terus gagal. Tapi kami uploadkan nya
kemudian. Tapi sayangnya hasil dia agak mengecewakan sebab bila dah masuk
Instagram video tu jadi tidak nampak kepala. Dugaan betul task 1 ni.
Kami terus bergegas ke Taman Botani, Putrajaya. Jalan punya
jalan dan jumpa lah Team Denaihati dan menyerahkan kertas untuk Task 2. Kami di
berikan nombor pokok dan harus mencari pokok tu untuk mendapatkan jawapan bagi
setiap soalan. Seronok jugak lah task ni walaupun berlari pi kanan pi kiri nak
cari jawapan. Kalau tak der treasure hunt ni tak der maknanya nak melilau kat
Taman Botani dan selidik satu-satu pokok tu nama saintifik la nama tempatan lah
kan ? Selalu kalau pi Taman Botani
ni deting dengan Encik Husband masa lom ada anak lagi dan amik-amik gambar tu
jer lah. Settle jer Task 2 ni terus pass kan
kertas jawapan pada Team Denaihati yang ade di situ dan dapat kertas untuk Task
3.
Task 3 – Ambil
gambar di Billboard Ephyra berhampiran Exit Bangi
Dapat jer kertas untuk Task 3 ni terus pecut pi highway arah
selatan seperti yang di arahkan. Sampai jer dekat-dekat exit Bangi tu terus la
pilot kami slowkan kenderaan sebab takut terlepas. Kang susah pulak nak patah
balik kan ? So jumpa jer terus la
kami-kami ni berselfie. Siap dah selfie bagai ni kami pun baca next klu. Kat
sini lah berlakunya ketidak fahaman maksud hint yang di bagi. Kami duk fikir
kena kuar exit bangi dan cari Starbucks yang mana dekat-dekat starbucks tu ade
kaunter jual tiket kapal terbang ke hape. So keluar la kami ikut exit bangi tu
dan terus ke Bangi Gateway. Sekali masuk ke dalam tu tak ada Starbucks. So
keluar la dari situ duk fikir lagi ape maksud extra hints yang di bagi # bukan
yang pertama tapi yang kedua. Tapi tak tau jugak tau dan kami hamper-hampir nak
pergi ke Kajang 2. Tetiba ain macam teringat nak tengok Instagram
#ephyratreasurehunt sekali ain nampak team lain heading ke KLIA2. Haishh terus
la Sue call Team Denaihati (anarm) untuk reconfirm sama ada betul ke treasurehunt ni sampai ke
sepang. Sekali Anarm kata betul. Terus la shoot p ke KLIA2. Masa tu memang tak
terfikir langsung tau pasal KLIA2. Nak tak nak patah la balik ke Highway. Kire
kami ni team paling lambat kot sampai. Sebab nampak team lain dah relax-relax
siap minum starbucks kot. Sampai je KLIA2 parking pulak satu hal. Pusing-pusing
cari parking. Fuhh ramainya umat manusia di KLIA2 ni sampai parking pun tak
ada. Jumpa je parking terus masuk dalam KLIA2. Tempat cantik gilee kot. Pastu
terus pekerja kedai ape ntah kat dalam tu x ingat kedai ape. Tanya mana
starbucks. Terus naik dan cari lah sampai jumpa.
TASK 4
2) bergambar
bersama seorang pelancong asing bersama banner Ephyra (bonus 5 markah) – boleh
pulak kitorg ambil gambar dgn 2 orang pelancong asing. Cari punya cari nasib
baik ade jumpa seorang lagi pelancong asing dan amik gambar lagi sekali
3) seterusnya
cari lelaki berbaju biru dan buat video terangkan tentang Ephyra dan upload ke
Instagram – nasib jumpa mamat Sarawak yang sporting dan
dia pun tak der lah nak cepat dan bersetuju kitorng amik video dengan dia.
4) Cari
perempuan berbaju terkois (ala biru tak biru, hijau tak hijau tu.) ala kaler
Ephyra lah. Yang ni pun sama buat instavideo menerangkan tentang produk Ephyra
dan upload ke Instagram
5) Yang
ni agak mencabar lah. Persembahkan team cheer di depan 3 orang pelancong asing.
Susah plak nak cari pelancong asing masa tu. Cari punya
cari jumpa la 4 orang pelancong asing tengah minum-minum kat café. Terpaksa
jugak kacau diorg sebab nak menang punya pasal kan ?
Part ambil video ni memang lawak tapi bersyukur jumpa pelancong yang
sangat-sangat sporting. Memula video yang kitorang ambil pelancong tu belum
apa-apa lagi dah tepuk tangan dan bersorak. Rasa kelakar plak dan malu dalam
masa yang sama. So buat lagi satu video baru la ngam diorang tepuk tangan
selepas kitorg buat cheer
Semua tugasan untuk Task 4 ni kena di siapkan pukul 2.30
Petang. Siap ke tak siap ke kita kena balik ke urusetia Denaihati. Rupanya kami
terkurang satu task masa di KLIA2 iaitu persembahkan makanan paling pedas
kepada urusetia Denaihati.
Seterusnya kami di arahkan untuk berkumpul di Petronas yang
berdekatan KLIA2 untuk makan tengah hari dan Task seterusnya. Sampai-sampai jer
perut ain tak der lah lapar sangat. Behave sangat baby mummy dalam tummy ni ye.
Pihak Denaihati menyediakan Nasi Ayam, air kotak soya YEOS dan air mineral untuk
lunch. Ain cuma makan sikit jer almaklumlah selera orang mengandung ni lain.
Lepak kat Petronas tu lama jugak lah. Pastu Team Denaihati
panggil ketua untuk terangkan next task. Task terakhir kami ialah pi ke PICC
dan park kereta kat sana dan naik
shuttle ke booth Ephyra di Jom Heboh. Sampai jer kami di PICC dan tunggu
shuttle bas tu lama la plak. Masa tu kat PICC tu kami bersama Team Deq Noor
yang menunggu shuttle bas jugak. Dan akhirnya kami di suruh untuk terus ke Jom
Heboh dan parking di sana terus. Jalan
jammed tak payah cakap lah. Parking plak penuh dan sampai double-double
parking. Last sekali jumpa jugak parking tapi gile jauh la nak menapak. Larat
kah ain? Tu la namanya semangat kan ?
X rasa penat langsung. Boleh jer jalan kaki sampai ke booth Jom Heboh. Sambil
jalan sambil minum air soya YEOS. Walaupun x sejuk sedap jugak ibu mengandung
ni telan. Haha.
Sampai je ke tapak kami merupakan team yang ke3. Ingatkan
habis dah task rupanya tidak. Ade main game Blind Soccer. Setiap team ade 2
wakil yang akan di tutup mata dan 1 orang lagi akan guide yang 2 orang tu untuk
tendang kiri ke depan ke belakang ke. So Fendy Ahmad dan Farish lah wakil team
kitorg. Dan Sue Izza akan guide depa. Akhirnya kami kalah lah. Konsep game ni
kalah mati. Dapat goal kan bola tu
team tu la di kira pemenang game ni. Seterusnya ialah persembahkan Team Cheer
di depan Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Tu kire abis lah sudah Task-Task. Dan
kite hanya tunggu saat untuk di umumkan pemenang treasure hunt hari tersebut.
Setelah di tambah, di tolak dan di bahagi. Kumpulan
GAMAKASIA dapat tempat ke 7. Kiranya tempat terakhir lah. Tak pe kami redha
duit-duit tu bukan rezeki kami.
Keputusannya seperti di bawah
Tempat 1
Team Gluthatione
Tempat 2
Team Acai Beri
Tempat 3
Team Tomato
Akhirnya terjawab sudah siapakah pemenang bagi treasure hunt
kali ini. Di harapkan baby dalam tummy mummy ni akan gigih seperti mana mummy
pada hari tersebut. Kalau nak di ceritakan satu persatu memang tak cukup sehari
nak tulis dalam entry kali ni. Ain dah cuba
sehabis ringkas dan sehabis padat supaya korang yang membaca ni boleh rasa ape
yang ain rasa sepanjang treasure hunt Ephyra
kali ni.
Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang produk Ephyra
boleh la ke :
Website Rasmi Ephyra : http://oceanlife2.com/
Website Rasmi Ephyra : oceanlife2u.com
Facebook Rasmi Ephyra : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram Rasmi Ephyra : https://instagram.com/ephyra2u
Twitter Rasmi Ephyra : https://twitter.com/ephyra2u
Serba sedikit tentang Ephyra
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!
EPHYRA SESUAI UNTUK
- Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
- Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
- Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam
Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
- Kulit berjerawat
- Kulit Berjeragat dan Berparut
- Eczema / Penyakit Kulit
- Gastrik / Masalah Usus
- Menurunkan Kolestrol
- Stress / Kemurungan / Ceria
- Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
- Asthma / Lelah / Penat / Semput
- Gout / Arthritis Sendi
- Menopause
- Ketidakseimbangan Hormon
- Alergi Makanan Laut
- Resdung
- Penyakit Gusi / Demam
- Masalah Tidur / Kelesuan
- Jangkitan Pundi Kencing
- Masalah Buah Pinggang
- Kanser / PertumbuhanTumor
- Sakit Sendi & Sengal Badan
- Jantung / Saluran Darah
- Migraine / Sakit Kepala
- Strok / Parkinson
- Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
- Masalah Senggugut / PMS
- Jangkitan Virus / Bakteria
- Darah Tinggi
- Masalah Saraf
- Kencing Manis
- Thyroid
Gigih baca sampai habis,... seronoknya dapat join tresure hunt,... xpe yang penting pengalaman tue kan walaupun x menang
ReplyDeleteTq yana sbb sudi baca sampai abis. malu kite blogger otai baca blog kite nih haaaa
DeleteGigih baca sampai habis,... seronoknya dapat join tresure hunt,... xpe yang penting pengalaman tue kan walaupun x menang
ReplyDeleteHai kak ain...salam kenal hehehhe
ReplyDeletehi sue.... eh cik ngah... salam kenal tooooo threee four
DeleteNice.... team saya pun masa nak pegi klia2 pun hampir terlajak ke Kajang....patah la balik.Tapi jadi kes macam tu semua team cool itu baru nama sefahaman kumpulan kan....jom selfie dengan billboard....
ReplyDeleteingatkan team kitorg jer... rupanya korang pun sama... kitorg siap terpk2 kenapa la tak terpk langsung pasal klia2... boleh plak klia2 kan... mcm tak caya sampai jauh tu kena p...
Deletegame yang penat gila dgn mencabar gilo abaq ang..=)
ReplyDeleteakak mmg power tgh ngandung pun join..hihi
Hai ain..team kitorang lagi laa...semua perempuan, 3 orang je pulak tu. Tapi nasib baik dapat team mates yg sgt membantu :)
ReplyDelete