Monday, May 26, 2014

Nak masuk 1 tahun dah Nur Zara Alisya

Salam semua,

Diam tak diam cahayamata pertama ain dah nak masuk 1 tahun. Rasa kejap je kan. dan In Sya Allah bulan 9 ni zara akan dapat adik. Nampak macam terlalu awal tapi pada ain tak ada masalah pun. sampai ada yang pm ain di facebook cakap tak kesian ke kat zara sebab zara belum dapat kasih sayang yang cukup dari ain. haippp nanti ain buat entry yang lain pasal ini okey. so stay tuned.

Bila dah masuk 1 tahun ni harus lah mummy n daddy zara nak tempah kek ke hape kan? tapinya beseday yang pertama ni akan di sambut di kampung daddy dia di kedah. sebab PIL nak buat majlis doa selamat. So ikutkan aje lah kan. Tapi nya ain masih lagi plan nak tempah kek dan bawak balik ke kedah.

puas do google2 cari nak buat kek ape tapi still x ada idea. Tempat nak tempah kek? seharusnya la dengan senduk_besi (ni IG dia tau). kalau korang berminat nak tempah kek boleh la follow IG tu ye.

Kalau korang ada idea leh la share dengan ain ye. Actually zara ni belum ada minat pada mana2 watak kartun sebab bila kita bukak kartun dia cuma akan tengok dlm 5 minit jer. dia lebih berminat main dengan permainan yang ada di rumah dari menonton TV. TAPINYA kalau tengok video clip NAJWA LATIF?? memang dia x kan pandang tempat lain. kalau nak nangis pun tak jadi tau sebab dapat tengok NAJWA LATIF.

PELIK TAPI BENAR.


0 org yang baik hati komen:

Post a Comment