.

Friday, January 24, 2014

Jangan Pandang Belakang BOLEH?

Era globilisasi meiliki pengaruh yang kuat dari segala diensi kehidupan masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan social secara positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuat masyarakat bijak memilih yang mana terbaik, ia juga turut mempengaruhi sedikit sebanyak perkembangan industri perfileman tanah air kita. Ini yang terjadi sekarang dimana filem juga mampu di parodikan bukan hanya lagu. Jangan Pandang Belakang Boleh?, filem yang di parodikan daripada filem asal iaitu Jangan Pandang Belakang pada tahun 2007 yang pernah menjadi fenomena dalam industri filem tempatan dimana kutipannya mencecah RM6.5 Juta. Jangan Pandang Belakang Boleh?, menjadi filem pertama MIG yang menaruhkan konsep parodi.

Filem ke-89 bergenre komedi seram menjadi taruhan kerana MIG yakin dengan filem ini mampu menarik minat penonton untuk datang ke panggung dan menilai sendiri kelainan yang di tampilkan kali ini, sekaligus memenuhi kehendak semasa yang inginkan perubahan dari segi konsep dan jalan cerita.

Bersesuaian dengan prinsip "Bintang Di Cipta Bukan Di Lahirkan", Jangan Pandang Belakang Boleh? arahan Ismail Bob Hasim membariskan pelakon-pelakon yang sedang meningkat naik sebagai peneraju utama seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Adibah Yunus dan Epy Kodiang. Bagi memantapkan lagi filem ini beberapa artis yang sangat berpengalaman turut menerajui filem ini seperti Ruminah Sidek dan Kazaruddin untuk menjadi filem ini lebih berkesan dan meninggalkan kesan di hati penonton. Pengambaran filem ini keseluruhan dijalankan di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tahun 2014 juga menjanjikan filem-filem yang menarik dari MIG antaranya juga Lu Gua Bro (27 Mac), Sniper (24 April) dan Awak Nak Kawin Dengan Saya? (22 Mei) dan beberapa lagi filem yang masih menunggu tarikh tayangan. Jangan Pandang Belakang Boleh? akan menerjah pawagam mulai 31 Januari 2014.

Sinopsis

Teman wanita DHARMA (Zalif Sidek), ROSE (Adibah Yunus) telah meninggal dunia secara tiba-tiba. ROSE kemudian didapati mati akibat bunuh diri. DHARMA serta kembar ROSE, SERI (Shima Anuar) berusaha mencari apakah sebabnya ROSE berubah sehingga memilih jalan membunuh diri. INDRA (Epy Kodiang), rakan sepejabat DHARMA juga turut membantu dalam menyelesaikan persoalan mereka.

Namun ketika pencarian itu, DHARMA sering diganggu benda-benda mistik. DHARMA mengadu masalahnya kepada ROSE dan INDRA namun masing-masing tidak percaya wujudnya "hantu". DHARMA berubah menjadi pelik menyebabkan SERI merasakan ROSE membunuh diri disebabkan DHARMA.

DHARMA pula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kerana makhluk halus yang sentiasa menghantui hidup ROSE kini telah mengikutnya dan kini mengacau ahli keluarganya.

Berjayakah DHARMA mencari Punca sebenar ROSE mati? Nantikan kesudahannya di dalam filem komedi seram Jangan Pandang Belakang Boleh? di pawagam berdekatan anda pada 31 Januari 2014.

"Bukan Janji Tapi Pasti"

1 org yang baik hati komen:

  1. Assalam..
    Hai..sy xtgk lg cter ni..ketinggalan kejap..huhu


    *blogwalking day ;-)

    ReplyDelete