.

Thursday, January 24, 2013

Review : Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

salam semua.... pada selasa yang baru lepas ni ain berpeluang pergi ke preview Filem Hantu Kak Limah 2 - Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit yang telah di adakan di GSC MidValley...







Sinopsis

Beberapa tahun selepas kejadian "Hantu Kak Limah" Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.
Komen Penulis

Secara jujurnya filem ini kelakar lah dari mula sampai habis... tapi tak tau kat mana kurangnya yang buat ain rasa macam ade yang kirang jek....ape pun korang kena p tengok sendiri dan nilai sendiri... kalau pada ain okey lah... sampaikan dak yang duduk belakang ain ketawa terbahak2 lah.... 

4/5 bintang

2 org yang baik hati komen: