8 Jam mengisahkan, Alang, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas, apabila ibunya mati dibunuh seorang Along.
Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dia hadapi kesukaran untuk bergaul dengan rakan sebayanya yang lain, namun muncul Julia yang tidak putus-putus cuba berkawan dengannya.
Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus di tengah jalan kerana Julia diambil mak ciknya.
Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang yang cuba untuk hidup dengan aman sering diganggu beberapa konco yang meminta wang perlindungan. Namun, ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan.
Bagaimanapun kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana membunuh seseorang.
Siapa mangsa Alang? Mengapa Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem 8 JAM.
Ini pendapat ain
Setiap kali ain tengok trailer Filem ni memang setiap kali tu jugak ain cakap dengan husband... "abang best kan citer nie?? "... dan akhirnya ain dapat tengok jgk malam td.... trailer dia kita nampak gempak kan? dan kita mesti khuatir ke gempakkan trailer tu kita tak dapat bila menonton filem tersebut... Tapi percaya lah yang ke gempakkan trailer tu kita akan rasa memang sangat kena... dan filem ini sendiri menyajikan kita satu genre yang berbeza dan penuh dengan aksi dan juga mampu membuat kita ketawa, senyum, menangis dan berfikir....
apa pun semuanya terpulang kepada anda sendiri... yang penting bila menonton filem ini sebaiknya kite cuba selami ape perasaan Alang... Ape rasa bila kita di tempat Alang.. Susah sangat hidup sampai nak makan pun kena mencuri... Macam mana dia hadapi suasana baru bila masuk asrama.... Saat di mana orang pandang rendah pada dia... dan macam2 lagi....
Yang penting korang harus tengok filem ni...
Bintang ?? dari 5 ain kasi 5 bintang jugak.... :)
dalam masa yang sama korang leh baca review blogger lain antaranya :-
1) Cik Siezuka
bestnye ain dpt join bende2 mcm nie..;D
ReplyDeletehurm... best la jgk falsya...
Delete