.

Thursday, June 14, 2012

Review : AKU, KAU & DIA (sebuah karya ksah cinta agung Pierre Andre)

Salam 1 Malaysia dan selamat pagi sume... Ok semalam ain berkesempatan untuk pergi ke Pratonton Bersama Media untuk filem terbaru iaitu "Aku, Kau & Dia" yang mana filem ini akan menerjah panggung-panggung seluruh Malaysia pada 28 Jun 2012 dan merupakan hasil arahan Pengarah Muda yang sangat berbakat iaitu Pierre Andre... :)

Apa kata korang baca sinopsis di bawah dan seterusnya pendapat ain tentang filem ini :)



Pengarah : Pierre Andre

Terbitan :  Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB)



SEBUAH KARYA KISAH CINTA AGUNG PIERRE ANDRE - Diambil dari pengalaman yang dialami oleh pengarah dan diangkat ke layar perak. TUSB sekali lagi memberikan kepercayaan kepada Pierre Andre untuk mengarahkan filem kedua beliau bersama TUSB berjudul ‘Aku, Kau & Dia’ yang bakal menemui penonton pada 28 Jun ini. Filem Drama Romantik ini menampilkan wajah baru Zarinatasha Jamalullail, bekas finalis Dewi Remaja 2010 dan buat pertama kali berpasangan bersama Remy Ishak sebagai pasangan kekasih.

Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2011. Turut menjayakan filem ini ialah Pekin Ibrahim, Harun Salim Bachik, Marisa Yasmin, Nash, Harris Shidee (Idola Kecil 3) dan ramai lagi.

Mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia (Zarina Jamalullail) yang kehilangan tunangnya Ilhan (Pekin Ibrahim) dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubat kerinduan pada arwah tunangnya, Mia mencipta sebuah lagu yang didedikasikan untuk Ilhan. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Mia kehilangan lagu yang diciptanya untuk Ilhan dalam kemalangan tersebut. Pulih dari koma, Mia cuba untuk mendapatkan ingatannya kembali kepada nota lagu yang diciptakan untuk Ilhan. Namun Mia gagal berbuat demikian.

Mia kembali ke tempat di mana dia mengalami kemalangan dengan harapan dia dapat mengingati kembali nota lagu tersebut. Di sana dia terjumpa Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan yang bermain muzik di kawasan tersebut. Izlan memainkan lagu kegemaraan Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat.

Disitu bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia? Mampukah Mia mengingati kembali nota lagu yang dicipta untuk Ilhan?

Pendapat ain
  • cerita ni sangat best dan berjaya menarik perhatian ain dari mula sampai habis
  • watak Izlan yang dilakonkan oleh Remy Ishak sangat lain dari filem2 beliau sebelum nie (korang harus tgk sendiri k)
  • habis jer cerita ni ain terfikir andai ain berada di tempat Mia... adakah ain mampu untuk lalui semua tu.... perghhhh berat tul dugaan.... :'(
  • Lagu2 dalam filem ni memang terbaekkk.... terbuai ar hati... hahahah jiwang siot
  • ain kasi 4.5 dari 5 bintang.... (kenapa ain kasi bintang sebegini banyak? korang harus terjah panggung k)
  • ape pun korang sila la ke panggung berdekatan pada 28 Jun 2012
Zarinatasha Jamalullail, bekas finalis Dewi Remaja 2010

Zarinatasha Jamalullail, bekas finalis Dewi Remaja 2010 & Pekin

Remy Ishak



P/s korang tau tak Pekin ialah pelakon kegemaran Tuan Pengarah muda kite?? hihihi opssss sori eh Pierre




3 org yang baik hati komen:

  1. Memang Filem nie best.

    Yeaaah, kita tolong ping kat fp. :))

    ReplyDelete
  2. Ermmm mcm best jerlaa ceritanya, dah mcm dlm novel. ^_~

    ReplyDelete
  3. TQ utk review ni..akan ditgk laa nanti..

    ReplyDelete