.

Tuesday, March 27, 2012

Mama oh Mama

1 Mei 2012 akan datang nie genap 8 tahun arwah mama meninggalkan kami adik beradik.... cukup byk sebenarnya rintangan yang kami hadapi.... 

Pada tahun 1998 mama disahkan mengidap Kanser Payudara Peringat ke4 yang mana seperti yang dimaklumkan oleh doktor yang merawat mama... Mama hanya ade masa 6 bulan jer untuk hidup... Yang mana doktor tu sgt baek hati bila memaklumkan perkara itu di depan arwah mama... KEJAM kan.... apabila di beritahu sebegitu, mama tetap tabah dan sangat kuat di mata kami.... redha dengan ketentuan Ilahi...

Pada masa itu arwah mama tidak dapat nk di buat ape2 kecuali di beri chemo dengan harapan payudara mama akan terasing dr tubuh mama... yang mana mama perlu lalui chemo tu untuk berberape kali... dan syukur sgt dgn keputusan yg mana selepas mama lalui chemo tersebut payudara dah tak bercantum dengan badan... dan sekali lagi mama di beritau doktor bahawa dah boleh melakukan pembedahan.... tetapi 50-50 jer untuk hidup... sekali lagi ianya tanparan yg cukup hebat... yang mana ain rasa tak semua manusia mampu lalui semua ini... tak semua setabah mama.... ain sendiri rasanya tak mampu sekuat mama.... yang pada masa itu ayah tak sanggup nk tanda tangan surat kebenaran untuk pembedahan....

Arwah mama akhirnya tekad untuk tanda tangan sendiri surat tersebut... pada masa itu hanya aku berada di hospital bersama mama... dan adik beradik yang lain di rumah bersama ayah... dan terus terang ain katakan yang ain tak tau ape perasaan adik beradik lain bila tidak dapat bersama mama ketika itu.... sebelum mama masuk bilik pembedahan sempat lagi mama memesan aku beberape perkara... yang mana membuatkan aku tambah bersedih... air mata tak mampu lagi aku tahan... pada masa itu aku berada di tingkatan 4... pada aku ketika itu, dugaan ini maha hebat... tp aku tau mesti ade hikmah di sebalik semua ini....

Dan mama hanya keluar dari bilik pembedahan setelah 4-6 jam mcm tu lah... percaya tak ain menangis dr mama berada dlm bilik pembedahan sampai mama keluar dari bilik tersebut.... sedih sgt masa tu... ain tak dpt nak gmbr kan....

P/s akan bersambung part yang seterusnya esok... kongsi pengalaman untuk kebaikan kita bersama 

1 org yang baik hati komen: