.

Showing posts with label yana samsudin. Show all posts
Showing posts with label yana samsudin. Show all posts

Friday, February 22, 2013

Jom masuk contest Filem Cerita Kita dan tengok preview bersama artist



Filem Cerita Kita sebuah filem bergene romantik drama yang bakal menemui anda semua pada 7 Mac 2013 ini. Filem yang santai sentuhan pengarah berbakat Pierre Andre ini menampilkan pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.




“Ika(Yana Samsudin) yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal(Pekin Ibrahim) mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama Malik(Fezrul Khan). Kamal yang melihat perubahan Ika mula merasa sedih dan kecil hati, Kamal cuba menasihati Ika supaya jangan terlalu rapat dengan Malik kerana Malik suami orang. Ika mula merasa sangsi dan berfikir bahawa kamal sengaja mereka cerita.”

Jadi adakah Ika akan terus memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal? semuanya akan terjawab dalam “Cerita Kita”

So kat sini MiG Online nak kasi peluang secara eksklusif untuk korang sama-sama join Malam Pratonton Filem Cerita Kita nie. Caranya?

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan 5 pelakon yang membintangi filem Cerita Kita?

b) Apakah tagline filem Cerita Kita?

c) Lengkapkan ayat ini dengan kreatif,

Saya berminat untuk menonton Protonton Filem Cerita Kita kerana….. (tidak melebihi 20 patahperkataan)

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Cerita Kita”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang

dengan nama subject PERADUAN CERITA KITA ke:

metrowealthonline@gmail.com

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 25 FEBRUARI 2013

Saturday, February 2, 2013

Review Filem Wawa Semput

 Klik Disini Utk Baca Sinopsis Wawa Semput

Saksikan filem ini di pawagan berhampiran anda bermula 31 Januari

Antara gambar-gambar pada malam preview Wawa Semput: 






Gambar-gambar sekitar pengambaran Wawa Semput:








Komen:

 Filem ini memang kelakar dan menghiburkan... memang rugi kalu tidak pergi bersama-sama keluarga atau kengkawan kerna filem ini memang menceriakan semua orang... 

 

Tuesday, May 22, 2012

Review : Aku Ada Kau Ada???

comel jek kan diorang berdua ni....


Ain berpeluang untuk turut serta memeriahkan Majlis Pra Tonton Filem Aku Ada Kau Ada merupakan filem terbitan Pencil Pictures Sdn Bhd dan merupakan edaran Metrowealth (MIG). Filem ini merupakan filem bergenre Romantik Komedi yang mana memaparkan cinta remaja yang bermula dari perasaan benci dan dendam yang lama kelamaan bertukar kepada suka antara satu sama lain...(tu la kan orang cakap jangan benci sgt nnti mesti suka ) . Untuk pengetahuan semua Filem ini akan menemui penonton di Pawagam pada 24 Mei 2012. 



Apa yang menariknya filem ini menampilkan dua bintang yang sangat popular iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin dan turut di bantu oleh Kamal Adli, Angah RL, Sheila Mambo, Siti Chubby dan ramai lagi. Dan turut memperkenalkan Wanna Ali dan Sufian Ali.

Bintang : 4/5 

Love wit this picca so much

Sinopsis 

Nordin Ahmad (Shaheizy Sam) adalah pelajar tahun dua yang teringin untuk dipandang "cool". Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan oleh pelajar-pelajar perempuan dia akan panik dan terbatuk-batuk. Aziz (Kamal Adli) pula, seorang pelajar poyo dan perasan fofular popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sakit hati bila Nordin mendapat perhatian lebih daripada pelajar perempuan.

Manakala Tina (Yana Samsudin) adalah pelajar baru bertukar ke kolej Nordin untuk "99 Hari Senyum" sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas barannya. Wanna (Wanna Ali) pula pelajar perempuan yang begitu tergila-gilakan Aziz sehingga sanggup mengekori Aziz ke mana sahaja tetapi langsung tidak dilayan oleh Aziz.

Namun Tina bertemu semula dengan Nordin setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sikap pemarah Tina semakin menjadi-jadi. Masalah menjadi lebih besar apabila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Aziz mula sukakan Tina disebabkan perasaan benci Tina kepada Nordin.

Semakin lama mereka bertengkar, semakin Tina menyedari yang dia sebenarnya menyukai Nordin, seperti 15 tahun dahulu. Tina berpendapat dengan meluahkan perasaan cinta kepada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya. Bagaimanapun Nordin pula kurang pasti juka dia betul-betul sukakan Tina. Sebelum Tina meluahkan perasaannya kepada Nordin, Nordin telah melaksanakan "teknik istimewa" untuk mencari kepastian tentang perasaanya terhadap Tina.

Apakah Nordin berjayaberjaya membuktikan yang dia juga sukakan Tina dengak "teknik istimewa"nya itu? Dapatkah mereka akhirnya menyatakan perasaan cinta terhadap satu sama lain?? Saksikan sendiri lah derr.... sila serang panggung yang berdekatan okey....





Apa lagi??? Esok kan dah 24hb?? Sila lah terjah panggung yang berdekatan anda....