.

Showing posts with label Cerita Kita. Show all posts
Showing posts with label Cerita Kita. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Review Filem Cerita Kita




SINOPSIS :

Mengisahkan Ika (lakonan Yana Samsudin) dan Kamal (lakonan Pekin) yang sudah bersahabat baik sejak 3 tahun lalu. Kamal memendam perasaan terhadap Ika, Ika pula yakin bahawa dia hanya menyayangi Kamal sebagai kawan dan ingin Kamal mengubah hidupnya.

Kamal mengambil keputusan yang mungkin membahayakan nyawanya demi menggembirakan Ika dan tekad untuk mengubah hidupnya. Kehadiran Abu, rakan serumah Kamal sedikit sebanyak mendorong Kamal untuk meluahkan perasaan kepada Ika.

Namun Malik (lakonan Fezrul Khan) pula menggugat keadaan apabila beliau jatuh cinta pada Ika dan melamarnya. Ika sudah pun bersetuju untuk mengahwini Malik ketika sesuatu menimpa Kamal. Di saat kebenaran terungkai, Kamal sudah pergi membawa diri. Adakah Ika yakin cintanya akan Malik? Atau Ika sebenarnya sayangkan Kamal lebih dari sekadar kawan


Review Penulis

  • Filem yang ringan tapi penuh dengan mesej.... tapi kena tengok dan nilai tul2...
  • Filem berkonsepkan Indie (Bak kata Tuan Pengarah)
  • Filem yang penuh dengan emosi.... yang buat kita rasa kita berada dalam situasi tersebut...
  • Filem yang mengunakan peralatan yang cukup minimum...

Friday, February 22, 2013

Jom masuk contest Filem Cerita Kita dan tengok preview bersama artist



Filem Cerita Kita sebuah filem bergene romantik drama yang bakal menemui anda semua pada 7 Mac 2013 ini. Filem yang santai sentuhan pengarah berbakat Pierre Andre ini menampilkan pelakon hebat seperti Yana Samsudin, Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan.




“Ika(Yana Samsudin) yang pada awalnya berasa selesa dengan Kamal(Pekin Ibrahim) mula melupakan Kamal setelah pertemuan pertamanya dengan jejaka kaya bernama Malik(Fezrul Khan). Kamal yang melihat perubahan Ika mula merasa sedih dan kecil hati, Kamal cuba menasihati Ika supaya jangan terlalu rapat dengan Malik kerana Malik suami orang. Ika mula merasa sangsi dan berfikir bahawa kamal sengaja mereka cerita.”

Jadi adakah Ika akan terus memilih Malik? Atau sejauh manakah benar kenyataan Kamal? semuanya akan terjawab dalam “Cerita Kita”

So kat sini MiG Online nak kasi peluang secara eksklusif untuk korang sama-sama join Malam Pratonton Filem Cerita Kita nie. Caranya?

1. Jawab soalan-soalan berikut

a) Namakan 5 pelakon yang membintangi filem Cerita Kita?

b) Apakah tagline filem Cerita Kita?

c) Lengkapkan ayat ini dengan kreatif,

Saya berminat untuk menonton Protonton Filem Cerita Kita kerana….. (tidak melebihi 20 patahperkataan)

2. Camne nak hantar? korang boleh hantar jawapan korang ke email nie dengan tajuk “Jom Tonton Cerita Kita”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. Hantar jawapan korang

dengan nama subject PERADUAN CERITA KITA ke:

metrowealthonline@gmail.com

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

Sila hantar sebelum 25 FEBRUARI 2013