.

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Zara dan Spirulina tak dapat di pisahkan????

salam semua,

just nak share dengan korang pasal zara sket. ain jarang kan nak story mory pasal zara. adakah sbb malas? atau tau nak share ape? tapi ain kagum dgn Falsya yang sangat rajin cite pasal MEK. ain ni bapak segala pemalas.

ok berbalik pasal spirulina ni kan. zara ni sangat pantang. pantang nampak botol spirulina. nnti dia mesti akan ckp nak. nak. nak.


bagi la maknye nih. kasi 5 biji tak cukup. kasi 10 biji tak cukup. haishh. memang tak la kan nak tambah lagi kan. max ain kasi pun 10 biji. adakah sbb masa pregnant ain mmg amalkan makan spirulina ni yang membuatkan zara sangat obses dan pantang nmpk spirulina nih? ke guane?

btw, korang ade tak yang ade anak macam zara ni. ye lah yang pantang nampak spirulina.

jom2 share2 anak korang pantang nampak ape plak?


Friday, August 29, 2014

sedut hingus baby?

salam korang.

korang pernah tak sedut hingus anak? guna ape? mulut ke? atau penyedut hingus yang byk di jual kat luar sana??

ok hari ain nak share dengan korang penyedut hingus yang di cadangkan paed kepada ain.

nosefrida nama penyedut tuh. korang boleh dapatkan di kedai Moms Care.


pastu korang boleh spray dulu hidung baby korang yang comel tu dengan STERIMAR. then baru sedut guna nosefrida tuh. sterimar tu korang tgk gambar kat bawah ni yer.


ok lah tu je yang ain nak kongsikan dengan korang. cuba tau. sbb doktor paed yang cadangkan ni dia guna menda ni la untuk anak2 dia.

Wednesday, May 28, 2014

Resepi : Smoothie Tropical Paradise

entry sebelum ni kan ain cakap ain p ceramah kesihatan. Dalam ceramah tu diorg selitkan dengan resepi Smoothie Tropical Paradise. Selalu kita p Laboost la Juice Work la kan bila p shopping complex.

Apa kata kita try sendiri buat kat rumah. Malah rasanya resepi ni sangat-sangat mudah

Bahan-bahan:

1 biji mangga (size sederhana)
1/2 batang lobak merah
1 cawan tembikai susu
1 biji pisang montel
1/2 cawan jus epal
1 1/2 cawan ais

Cara-caranya

1. campurkan semua bahan dan kisar
2. sedia untuk di minum


P/S : sedap rasa smoothie ni tapinya untuk ibu mengandung yang mempunyai GDM masa mengandung korang kena kurangkan portion buah-buah tu.

Apa itu Anemia? Kesan Anemia pada wanitan mengandung

Hari ni ain pi check up 23 minggu. Tetiba misi suruh pergi naik atas dengar ceramah kesihatan. So hari ni ain share kan dengan korang ape info yang ain dapat. sharing is caring kan.

Anemia (HB rendah) terjadi apabila badan kekurangan darah di mana paras hemoglobin ibu kurang daripada 11gm%

Punca Anemia (HB rendah) terjadi

§         Kurang pengambilan makanan yang tinggi zat besi, asid folik dan vitamin B12
§         Kerap makan makanan yang menghalang penyerapan zat besi seperti the, kopi dan produk soya
§         Kerap mengandung (kurang dari 2 tahun)
§         Kehamilan kembar


Status Anemia

Anemia teruk – hb kurang 9 gm%
Anemia sederhana – hb antara 9 – 10.9 gm%
Normal – hb 11 gm% dan keatas

Tanda-tanda anemia

§         Pucat
§         Letih, lesu dan tidak bermaya
§         Kerap pening kepala
§         Mudah pitam

Kesan-kesan Anemia

Kesan kepada ibu
  • Keguguran
  • Bersalin awal
  • Tumpah darah selepas bersalin
  • Kematian janin dalam kandungan

Kesan kepada bayi dalam kandungan
  • Kurang berat lahir (<2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bulan
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Anak lemas semasa lahir

Panduan pemakanan untuk mencegah anemia

  1. Mengamalkan diet yang seimbang mengikut pyramid makanan
  2. Mengambil makanan dari sumber haiwan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, hati ayam, lala, ikan bilis, tiram, daging lembu
  3. pilih sayur yang tinggi dengan zat besi seperti pagaga, ulam raja, bayam merah, kangkung, pucuk paku, peria
  4. tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk membantu meninggikan kadar penyerapan zat besi.
* makan buah setiap kali selepas makan tengahari dan malam



“menjaga kesihatan demi kesejahteraan anak anda”

Sunday, August 4, 2013

BAHAYA JIKA Hb RENDAH KETIKA HAMIL

Ni nak share dgn korang sket.. alhamdulillah masa pregnant ari tu ain tak alami pun HB rendah ni. 




Masalah Hb rendah sering dialami oleh ibu yang mengandung. Kurang darah bermakna kepekatan darah merah kurang daripada biasa.

Punca-punca kurang darah:
* Kurang makan makanan yang mengandungi zat besi
* Pendarahan faraj atau buasir
* Terlalu kerap bersalin
*Jangkitan saluran kencing, penyait limpa, demam malaria

Tanda-Tanda Kurang Darah:
* Penat /Pening
* Pucat
* Pitam
* Mengah dan berdebar-debar
* muka dan kaki bengkak

Kesan:
* Risiko keguguran
* anak tidak cukup bulan
* Penghasilan susu badan kurang

Cara mengatasinya:
* Makan makanan yang berkhasiat
* Rehat secukupnya
* Dpatkan rawatan awal daripada doktor

Wednesday, May 15, 2013

Kebaikan Jus Epal

============
Kebaikan Jus Epal
============

✿ 1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Jus epal menghalang pembentukan kolesterol udalam saluran darah dan arteri anda. Tahap kolesterol tinggi dan plak dalam arteri adalah salah satu punca utama penyakit jantung. Dengan meminum jus epal, anda mengurangkan risiko penyakit jantung.

✿ 2. Membantu Penghadaman lebih baik

Jus epal (terutama yg mentah ) membantu untuk membersihkan hati dan buah pinggang daripada toksin berbahaya. Hasilnya, anda mempunyai sistem yang lebih bersih .

✿ 3. Mengurangkan Berat Badan

Kolesterol dan kalori adalah dua punca utama berat badan tambahan. Jus epal adalah pada asasnya bebas kalori dan lemak malah ia melindungi anda daripada kolesterol.

✿ 4. Sumber Tenaga Yang Baik

Jus epal penuh dengan vitamin yang berbeza - A, C, E, K, B1, B2, B6 dan Folat, jadi ia adalah sumber terbaik tenaga. Kandunganya yang hebat dapat memulihkan tenaga anda selepas senaman fizikal.

✿ 5. Mengurangkan risiko Demensia

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jus epal mengurangkan risiko demensia apabila kita tua dan berumur. Jus epal melambatkan penuaan otak dan membantu untuk memastikan ia tajam untuk masa yang lebih lama.

✿ 6. Baik Untuk Kesihatan Mata

Jus epal mengandungi vitamin A yang baik untuk mata anda. Vitamin A membantu anda untuk melindungi mata anda dari penyakit mata dan mengekalkan penglihatan anda tajam.

Tuesday, May 14, 2013

Tahukah Anda!!!

Tahukah Anda ?

Minum air pada masa yang betul memaksimumkan keberkesanannya pada tubuh badan kita :

2 gelas air selepas bangun -
✿ dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman yg berehat semasa tidur.

1 gelas air 30 minit sebelum makan -
✿ dapat membantu sistem penghadaman

1 gelass air sebelum mandi -
✿ membantu menurunkan tekanan darah

1 gelas air sebelum pergi tidur -
✿ Dpt mengelakkan strok atau serangan jantung

p/s : so apa lagi? meh kita amalkan..... 

Sunday, May 12, 2013

Sumber Vitamin D Semulajadi

Sumber Vitamin D Semulajadi
************************

Pertubuhan Kesihatan Dunia menyarankan untuk mengambil 400 IU vitamin D setiap hari dan 200 IU untuk remaja kurang dari 18 tahun.

Kekurangan vitamin D terkait dengan berbagai penyakit kronik dan mengancam nyawa, seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, multipel sklerosis, serta penurunan daya ingatan. Senarai dibawah merupakan antara sumber-sumber yang baik Vitamin D semulajadi :


• Sinar matahari •

- Sekitar 70 persen vitamin D yang kita perlukan berasal dari sinar matahari. Waktu yang disarankan untuk terdedah di bawah matahari adalah pukul 06.00 - 09.00 pagi cuba dapatkan 10 minit pendedahan terus drp cahaya matahari pd waktu ini setiap hari.


• Tuna dan Salmon •

- Tuna dan Salmon merupakan jenis ikan laut yang juga kaya akan vitamin D, selain juga tinggi protein dan omega-3. Makanan tambahan seperti Minyak Ikan@Fish Oil selalunya mengandugi Vitamin D.


• Susu Lembu •

- Susu lembu, baik itu yang lemak penuh atau tanpa lemak,mengandungi jumlah vitamin D yang baik dan juga diperkaya dengan nutrisi lain. Satu gelas susu lembu segar mengandungi sekitar 100 IU vitamin D.


• Telur •

- Kuning telur mengandugi sekitar 21 IU Vitamin D didalamnya dan protein yg baik dalam bahagian putihnya, telur merupakan makanan yang bernutrisi yang wajib diambil kadang-kadang.


• Udang •

- Udang merupakan sumber omega-3 yang tinggi protein namun rendah lemak dan kalori. Udang yang disajikan dalam 85 gram mengandungi lebih kurang 129 IU vitamin D.

Sunday, March 10, 2013

Pentingnya Acid Folic


Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).



Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

For me, tak pernah lagi skip amik acid folic even ade org ckp jgn mkn nnti baby besar la ape lah... ain tak kesah sbb ain syg kandungan ain ni.... tak kan doktor suh kita makan utk keburukan ye dak? tp skrg ain amik obimin jek... dlm tu semua ade utk ibu hamil.... 

Monday, October 8, 2012

Kehamilan Trimester Pertama

Sharing is caring kan? kan? so ain share info yang mana akan di perlukan oleh kita satu hari nanti....



Berikut tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama


  1. Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku, media kabar, televisi, internet, dll.
  2. Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
  3. Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh karena itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadwal makan.
  4. Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
  5. Hindarkan makanan yang mengandung kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
  6. Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
  7. Biasakan menyikat gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.
  8. Untuk menghindarkan rasa mual dan pusing lainnya, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
  9. Ada baiknya ibu hamil makan dalam porsi kecil namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
  10. Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di dekat kamar tidur, hal ini dilakukan agar stelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktivitas. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
  11. Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komunitas-komunitas ibu hamil seperti di Bidanku.com Community, agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.
  12. Makanlah cemilan di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
  13. Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
  14. Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari.
  15. Jika ibu hamil merasa sakit di bagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi dokter.

SUMBER

Saturday, October 6, 2012

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil



Ain nak share info ni dengan korang... maybe satu hari nanti kita perlukan info seperti ini... kan... kan....  Ape pun korang jaga kesihatan yek... ain kurang sikit update blog sekarang nie :(....



Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam

1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.