.

Saturday, October 6, 2012

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil



Ain nak share info ni dengan korang... maybe satu hari nanti kita perlukan info seperti ini... kan... kan....  Ape pun korang jaga kesihatan yek... ain kurang sikit update blog sekarang nie :(....



Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Perlu diingat, ambil bahan asam dengan jumlah sederhana. Jangan pula memakan jeruk sampai anda menjadi kenyang lalu melupakan jadual pemakanan utama. Perlu diingat, sepanjang kehamilan ini anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 300 kalori atau satu hidangan nasi dengan lauk-pauk berbanding sebelum hamil. Cari makanan lain selain jeruk yang masam misalnya air halia hangat dan elakkan pengambilan makanan bergoreng dan bersantan bagi mengurangi rasa loya.

Ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Boleh juga membangkitkan keadaan mual dengan memanfaatkan bau-bauan dari aromaterapi.

Tidak Salah Nikmati Asam
Ramai di kalangan wanita hamil yang mengambil makanan masam seperti acar buah, rojak buah, mangga muda yang dicicah kuah rojak dan pelbagai makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya.

Ada juga di kalangan mereka yang mengambil makanan sebegini seharian sehingga melupakan menu utama yang seimbang. Ia menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi rasa loya dan mual ketika melalui fasa morning sickness di awal trimester.

Malah keadaan sebegini boleh juga terjadi di akhir trimester. Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam

1. Rojak Buah
Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan. Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam
Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar
Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt
Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment