Thursday, June 12, 2014

Buat ibu-ibu yang anak korang reject macam-macam botol susu

Perkara macam ni terjadi bila ibu-ibu yang tengah berpantang dan tak lama lagi nak masuk kerja. Bila try kasi botol anak tak nak. Pastu p beli botol lain lagi. Tak cukup dengan macam-macam botol, puting pun beli macam-macam untuk mencari puting yang serasi dengan si kecil.

Tak cukup dengan tu kita post kat FB mintak pandangan kawan-kawan macam mana nak buat bila si kecil x nak langsung minum dalam botol. Sampai ade kawan-kawan cakap bagi botol tu boleh tapi bukan si ibu yang kasi pada anak. Suruh la suami ke, mak ke, mak mertua ke?

Perkara ni terjadi pada ain masa lewat bulan 7 tahun lepas. Pasal wang ringgit kita tak fikir langsung. Yang penting si kecil nak hisap susu. Tak kan kita sanggup biarkan si kecil di rumah pengasuh tanpa minum susu selama 8 jam. Maunya si kecil mengamuk kelaparan dan kehausan kan?

Ain da cuba TT, Avent, MAM, Putting pigeon yang kaler kuning, botol anakku, botol fiffy dan macam-macam lagi. Sampai last sekali ain mmg sangat-sangat tak tau dah nak beli botol ape lagi. So ape lagi ain gunalah pakcik google. Keluarlah blog yang mana si ibu mempunyai masalah yang sama. Dan magik bila beli botol pigeon peristaltic plus si kecil terus hisap tanpa meng reject. Magik kan?

Dan ain pun terus mesej husband suruh p beli. Siap mesej gambar sekali supaya x salah beli. Harga dia RM55 utk botol kecik tak silap ain lah. Puting plak RM24 utk 2 puting. Pada ain harganya tak la mahal sangat sebab yang penting si kecil nak hisap dan ain nak pergi kerja pun senang hati.

Balik jer husband cuci2 botol tu kasi la si kecil minum. Tak payah pun suruh husband yang kasi. Ain jer kasi terus kat si kecil terus dia nyot2 isap puting tu tanpa kena paksa2 atau cuba2 dua ke 3 kali. Wahhh amazing kan?

Part yang paling bagus botol ni ialah bila korang terbalikkan botol tu? Kebanyakkan botol susu akan menitis2 kuar dari putting. Tapi botol pigeon ni tak der nya nak terkeluar2 susu tu kalau korang tak hisap. eh bukan korang tapi si kecil korang lah.

So untuk korang yang mengalami masalah yang sama? Boleh la try botol susu PIGEON PERISTALTIC PLUS In sya Allah masalah korang akan selesai dengan jayanya. Dan korang boleh pergi kerja dengan senang hati.


SELAMAT MENCUBA.

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment