.

Tuesday, June 25, 2013

Bufet Ramadan Eastin Hotel, Petaling Jaya.


Eastin Hotel Petaling Jaya turut menyediakan Buffet Ramadan iaitu ' Berbuka Puasa ' yang akan menyediakan Menu Berbuka Puasa di Swez Brasserie . Tahun ini Eastin Hotel berbangga memperkenalkan menu special “Lagenda Sudirman” iaitu pilihan makanan kegemaran Allahyarham Sudirman




Pada tahun lepas 2012 , Eastin Hotel memperkenalkan menu “Nostalgia P.Ramlee” dan tahun ini dengan “Lagenda Sudirman” dalam usaha mempromosikan seni dan budaya warisan Malaysia. Semua orang memang mengenali Sudirman adalah Lagenda yang tak asing lagi, maka dengan ini, generasi muda boleh mengenali siapa itu Sudirman seorang Penghibur tersohor satu ketika dulu.




Buffet Ramadan di Swez Brasserie menyediakan lebih 200 pilihan makanan seperti selera Tempatan , Timur Tengah , Japanese dan Western termasuk pilihan menu kegemaran Dato’ Sudirman seperti Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak , Samabal Ikan Bilis Petai , Pais Ketam Bunga , Nasi Arab , Kambing Panggang dan banyak lagi.



Pilihan Pencuci mulut pula seperti Rainbow Sago , Pengat Pisang , Bubur Durian , Bubur Jagung , Durian Macaroons dan pelbagai lagi.




Eastin Hotel mengadakan pertandingan 'The Ramadan Share & Win Foodography Contest' bagi peminat-peminat yang suka mengambil gambar makanan. Bagi yang berbuka di Swez Brasserie boleh mengambil gambar yang kreatif dan muat turun di Facebook Eastin Hotel Petaling Jaya. Gambar tersebut boleh SHARE seramai yang mungkin untuk mendapatkan LIKE yang tertinggi untuk memenangi hadiah istimewa.




Buffet Ramadan di Eastin Hotel ini akan bermula dari 10 Julai 2013 – 7 Ogos 2013

Minggu pertama Ramadan:

RM 98.00++  bagi dewasa
RM 49.00++  untuk kanak – kanak  

Minggu ke-2 sehingga Minggu ke-4 Ramadan:

RM 110.00++  bagi dewasa 
RM 55.00++  untuk kanak – kanak





Sebarang pertanyaan dan tempahan , sila hubungi Swez Brasserie Eastin Hotel, Petaling Jaya di talian 03 – 7655111 ext 183 .


0 org yang baik hati komen:

Post a Comment