.

Tuesday, February 12, 2013

Review Filem Gangster Celop

GANGSTER CELOP (DI PAWAGAM 21 FEBRUARI 2013)


ADAM & AMAN merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.

Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.

Suatu Hari,MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.

Mereka menyuruh MAN CIRIT mengaku salah atas kematian MAT JAMBU. ADAM & AMAN ditembak polis INSPEKTOR JALALUDDIN semasa pergaduhan antara mereka.

Bagaimanakah kesudahan MAN CIRIT? Apa yang terjadi seterusnya kepada SUZANNA serta ADAM & AMAN?


WATAK-WATAK:

SYAMSUL YUSOF – ADAM

KAMAL ADLI – AMAN

HANIS ZALIKHA – SUZANNA

YUS JAMBU – MAT JAMBU (AYAHANDA)

AZAD JAZMIN – MAN CIRIT

USOP WILCHA – INSPEKTOR JALALUDDIN

Komen: 

membariskan para pelakon yang berpengalaman jadi watak2 yang dibawa memang manarik dan memhiburkan... memang xrugi kalu menonton filem ini kerana filem ini dapat mencuit hati para penonton...

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment