.

Thursday, January 3, 2013

Review Filem Minyak Dagu

Filem Minyak Dagu terbitan Metrowealth ( MIG ) adalah sebuah filem bergenre seram dan juga filem yang ke-71 terbitan MIG.

Filem ini membariskan para pelakon mantap seperti Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar untuk memantapkan watak masing-masing. Selain itu Minyak Dagu turut menampilkan Siti Aziz, Zul Suphian, Latif Borgiba, Kartina Aziz, Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang Emelda ( Yana Samsudin ) yang terkena minyak dagu buatan orang yang berdendam dengannya dan juga telah mengakibatkan hidup Emelda tidak tentu arah. Emelda menjadi rebutan antara Azman ( Fezrul Khan ) seorang jurujual dan Johan ( Fizo Omar ) seorang doktor. Pelbagai kejadian aneh berlaku dalam kehidupan Emelda sehinggakan dia hampir menjadi gila akibat perbuatan tersebut. 

Siapakah dapat memiliki Emelda?
Kenapakah semua itu terjadi kepada Emelda?
Berjayakah Emelda diubati?


Teka-teki ini akan terjawab dengan menonton filem terbaharu ini Minyak Dagu di tayangkan seluruh pawagan bermula 3 Januari 2013



Komen Penulis:
Filem ini berjaya membuatkan perasan takut utk melanda dengan jalan cerita yang yang menarik serta filem ini dapat membuatkan penulis tertanya-tanya akan kesudahan filem ini. Penulis merasakan filem ini seperti sebuah kisah benar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat moden kini. Filem ini memang terbaik utk di tonton.

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment