cer citer? Kalau ain lah... Ain dengar lagu berdasarkan LIRIK.... LIRIK dia mesti sentuh hati baru la ada feel...
sebagai contoh lagu nih.... "BATU BELAH BATU KONKRIT"
Lirik Lagu Batu Belah Batu Konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kemana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Apabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Adakah sebab cinta dan wang
Atau kerana kurang peka
Seperti lalang-lalang
Suka belot suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakanda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sedar dari mimpi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepit
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Dari dihimpit putar belit masyarakat hipokrit
Bonda rela
Dimakan ditelan batu belah batu konkrit
Cuba korang hayati bait2 lirik nie... Setiap kata penuh dengan makna... Ada mesej tu yang penting kan... Hurm rindu sangat arwah mama bila dengar lagu nih.... :'(
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment