Monday, July 9, 2012

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM




PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.

Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.

Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.

Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.

Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

15 org yang baik hati komen:

  1. THANKS KAK AIN..

    cara berani mati betul.. pergi dua org plak tu.. last2 diri sendiri yg sakit. sigh** apa la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. giler arh depa nie... agak2 la kan... yg bini pun satu hal...

      Delete
  2. Macam-macam hal! Berani betul mereka berdua buat cmtue.

    ReplyDelete
  3. Dasyatnya, betul ker tak betul dorang nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dasyat sgt tp haishhhh susahkan orang jek

      Delete
  4. ape ke bangang sgt dieorg nie..kan sendri dh sakit..adehhh!!..

    ReplyDelete
  5. ish..! kenapa ni...elok aman2 buat kacau pula..!

    ReplyDelete
  6. ada akal x mo guna ...akibatnyer tanggung sendiri.....x tau bersyukur duduk kat negara yg aman dama nie.....

    ReplyDelete