Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di 51 stesen seluruh negara Selasa mencatatkan keadaan baik udara sepanjang pemantauan 24 jam Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menurut kenyataan JAS hari ini, empat kawasan berada pada IPU baik manakala 47 kawasan lagi mencatatkan IPU sederhana pada pukul 11 pagi dan tiada kawasan yang mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat.
Kualiti udara menunjukkan lingkaran jerebu sederhana terjadi di pinggir pantai Sumatera Utara dan Tengah, di Selat Melaka serta merangkumi negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Punca utama kemerosotan kualiti udara yang dialami di sebelah utara Semenanjung pada pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia.
Kenyataan itu turut menyebut, imej satelit yang dikeluarkan 'Asean Specialised Meteorological Centre' (ASMC) 18 Jun lepas menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia meningkat kepada 310 berbanding 163 titik panas berbanding semalam. | BERNAMA
Potluck Jamuan Akhir Tahun Pasti Naura
2 months ago
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment