.

Monday, March 19, 2012

Review Jangan Pandang Pandang

Hari ini ain berpeluang untuk menjadi antara org yang terawal menonton filem nie.... mungkin ade antara korang terpikir2 tertanye2 mcm mn ain leh dpt tiket tgk citer ni awal sedangkan filem ni hanya akan berada di pawagam pada 29 Mac 2012... sebenarnya ain masuk contest kat FB Media Hiburan... untuk korang2 sume rajin2 la tgk kat FB Media Hiburan tau... mana tau rezeki korang plak kan nak tgk wayang bersama team media hiburan dan juga artist2 yang turut sama memeriahkan pra tonton tersebut...

Berbalik pada filem nie... korang baca sinopsis citer nie dulu k....

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.

Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.
Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.
Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak.

Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.

Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan.

Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.


Penerbit…..Azlan Shah Bin Jaffril
…..Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Penerbit Eksekutif…..Mohd Kasturi

Pengarah…..Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Pengarah Bersama…..Abdul Azizi Awang Ghazali
Pembantu Pengarah…..Rosli Bin Mohd Taib

Pengarah Fotografi…..Raja Mukhriz Raja Kamaruddin
Pengarah Muzik…..Retnaguru
Penyunting…..Shamsul Zain

Skrip…..Meor Shariman Meor Shafie

Kesinambungan…..Rozniza Bt Zainal
Penasihat Produksi…..Tok Bak
Pengurus Produksi…..Badree Sallehuddin
Pem. Peng. Produksi…..Norashikin Bt Abu Bakar
…..Rohaizad Abdul Aziz

Penata Seni…..Nor Faizal Abdul Malek
Tatarias…..Jamal Mohd
…..Khalil Mohd Yunos
Busana…..Faizul Yahya
…..Meor Hasrol Rizal Meor Anuar
Solekan Kesan Khas…..Ella Sandera 

PARA PELAKON

Zizan Razak…..Ajis
Sara Ali…..Yaya
Nas-T…..Ben
Anith Aqilah…..Diana
Miera Leyana…..Marsha

Azhar Sulaiman…..Abang Bob
Jaafar Onn…..Pensyarah
Erynn Malek…..Gadis Kampus


ni plak trailer nye.... meh layan... dan pas tu bwh skali korang tgk pendapatan ain ttg cerita nih :)




Pendapatan ain ttg Filem nie...

Cerita nie sangat menghiburkan dan mmg kelakar habis... tak kering gusi la korang gelak lagi2 part En Abe Zizan nih.... tak der part yang rase mcm bosan... atau rasa mcm lost sekejap... byk jgk adegan2 yang buat ain terperanjat.. kan ain ni penakot orgnya... so ape pun... ain cadangkan korang sume p serang panggung k tgk citer nie... 29hb tau... INGAT... jangan lupe tau... :)

4.5 bintang dr 5 bintang...

sekian saye melaporkan dr bilik beriter....

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment