.

Wednesday, February 1, 2012

Kuih Lopes...

korang tau kuih lopes... nak jadikan cerita... seminggu lebih aku p sana sini mencari kueh lopes... yg menjadi mangsa harus la husband terchenta... terpaksa bwk kesana kesini...

redah hujan lagi... almaklumlah kami cume ade moto jerp....

di sebabkan aku dah penat... dah letih cari kuih lopes ni.. aku dgn hasbend decide nak wat sendiri kuih nie... walhal aku tak pernah pun buat kuih nie... adoiii... so dgn segeranya google resepi dan beli bahan2...

taraaa.... tgk hasilnya.... tp kurang sket hijaunya... sbb aku tak pakai pewarna pun.....


untuk korang2 yang nak cube jgk... nah resepi yang ain google tu :-



Bhn ( saiz sedang² dpt 24 ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan ( d kisar )
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut yang d gaul dengan sedikit garam



Bhn² Untuk Air Gula

3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan _ d simpul



Cara²

Cuci beras pulut... rendam beras pulut dengan air dan masukkan juga pewarna hijau & air kapur... Rendam selama 3 jam.

Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.. Ketepikan.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
Lepas tu... masukkan santan dan air pandan.. kukus lagi selama 30 minit.
Alas bekas 4 segi / bulat dengan plastik / daun pisang.. Ambil pulut dan tekan padat² dgn plastik / daun 
pisang.
Biarkan sejuk... Kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Golekkan dalam kelapa parut.
Semasa mengukus pulut.. boleh lah buat air gula. Masukkan semua bhn² dalam periuk... bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh d makan bersama pulut.
*** Air gula nie b gantung pada saiz gula melaka yang anda gunakan.. jika guna yang besar boleh lah d kurangkan.


4 org yang baik hati komen: