Tuesday, October 4, 2011

Tayangan eksklusif Al-Hijab 3/10/2011

yeay....mcm ner ntah...saya n husband leh menang tiket menonton citer Al-Hijab.... Of coz la excited giler...free yer dak?  huhu...anyway thanks pada media hiburan dengan kerjasama Alternate Pictures selaku pengedar filem ini telah mengadakan tayangan istimewa bersama pemenang bertuah peraduan filem tersebut.




Haaaa.... nie lah filem ain ckp nie....huhuhu....seram giler kot dia punye poster nie....tp kuatkan jugak hati nk p....



FILEM AL-HIJAB ARAHAN PIERRE ANDRE
Al-Hijab, sebuah filem cereka seram arahan pengarah muda yang berbakat besar Pierre Andre. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 6 Oktober 2011. Antara barisan pelakon dalam filem ini ialah Pierre Andre, Fathia, Maimon Mutalib, Nor Albaniah, Aziz M.Osman dan ramai lagi. Filem ini dikatakan lebih seram dari filem-filem arahan Pierre Andre sebelum ini. Sama-sama kita saksikan kehebatan filem ini nanti.





SINOPSIS FILEM AL-HIJAB
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama  untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.  Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Ape pun pi lah tgk citer ni kat panggung k...sbb mungkin pada org yang biasa tgk citer hantu or seram...citer ni tak der ape2 sgt lah...

tp untuk ain yang memang penakut giler mmg sgt seram...part paling best...ain duk sebelah Maimon Mutalib...huhu...

mesti korang tak caye.... nah....tgk gmbr kat bwh nie....



kan da ckp...ni lah buktinya...sebelah dia tu...fathia....tp mula2 tak perasan...hikhik....bila dia nk kuar panggung baru ain perasan...so tak der makna lah bila dh lmbt sgt kan....

ape pun terima kasih to media hiburan sbb bagi peluang sebegini rupa...

byeee.....jumpa di entri lain....




0 org yang baik hati komen:

Post a Comment