.

Tuesday, October 25, 2011

Sinopsis Episod 7 Cinta Elysa

hi sume... yeay ari nie ade citer Cinta Elysa ag....Baru episod ke -7...

jom baca sinopsis tuk ari nie...

Cinta Elysa Episod 7 - 25/10/2011, 9 Malam - TV3.

Aril telah melarikan Elysa bersama setelah dihalau rumah oleh Yasmin ke rumah sewa kawan-kawannya, Joe dan Sani. Namun terjadi sesuatu yang menyebabkan Aril bertindak membawa Elysa keluar dari rumah itu. Elysa dibawa Aril ke pekan terpencil jauh dari Kuala Lumpur agar tiada sesiapa yang mengenali mereka di situ. Di situlah Aril dan Elysa akan berkenalan dengan Mak Jah, tukang urut yang mempelawa mereka tinggal bersamanya buat sementara waktu.

Yasmin membuat laporan kepada pihak polis akan kehilangan Elysa manakala Mazni pula terus mencari Aril. Di rumah Yasmin, Rashid sudah bertindak ganas dengan anak-anak Yasmin dan Yasmin pula yang tak sanggup kehilangan Rashid akur dengan cadangan Rashid.

Dalam episod ni, penonton dapat lihat betapa ambil berat Aril pada Elysa dan penonton akan dapat rasa bahawa Aril sebenarnya dalam diam ada hati kepada Elysa. Ini dikuatkan lagi apabila scene-scene melibatkan mereka akan dibelakangkan dengan adunan lagu "Spider - Kita Satu".

Persoalan yang bermain dalam episod ini, Kenapa Mazni masih mencari Aril?
Apakah sebenarnya yang berlaku di rumah Joe dan Sani?
Kemana hala tuju Aril membawa Elysa?
Macam mana boleh kenal dengan Mak Jah dan dipelawa tumpang di rumahnya?
Apa yang Rashid dah buat kepada anak-anak Yasmin dan apa cadangan Rashid yang Yasmin terpaksa akur?

Semuanya akan terjawab dalam CINTA ELYSA Episod 7, 9.00mlm ini di TV3!

Jommm...kita layan citer nie malam nie...mesti superb ar...






2 org yang baik hati komen: