.

Tuesday, October 25, 2011

Sinopsis Episod 6 Cinta Elysa

hi sume...ain tau nie episode minggu lepas....tapi mesti ade antara korang yg terlepas kan episode lepas...





dan mungkin jugak dgn adenya sinopsis ni korang blh refresh ka memori korang ttg citer nie...Al maklum lah kan...seminggu sekali jer...giler kentang tul kan depa2 nih...

jom layan...

Sumber : Suhan Movies

Cinta Elysa Episod 6 - 17/10/2011, 9 Malam - TV3.

"Mulai hari ini, aku kena jaga kau elok-elok..."
"awak takkan tinggalkan kami?"
"Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan la..."

Begitulah nekad Aril untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh arwah paksunya sebelum meninggal.

Yasmin yang masih dalam idah senyap-senyap telah pergi ke rumah Rashid dan turut membawa Rashid ke rumahnya dalam diam-diam. Rashid asyik mendesak Yasmin supaya menghalau Aril kerana Jasman sudah tiada untuk melarangnya menghalau Aril dari rumah itu.

Sejak Jasman meninggal, pelbagai masalah terjadi dalam rumah itu. Khairul pula sudah tidak pulang ke rumah selepas waktu sekolah tetapi keluar melepak dengan kawan-kawannya. Aril dimarahi oleh Yasmin dan diarahkan untuk mencari Khairul sehingga jumpa kerana Jasman telah mengamanahkan Aril untuk menjaga anak-anaknya.

Yasmin yang cuba bawak Rashid masuk ke rumahnya secara terang-terangan telah ditahan oleh Aril. Aril melarang orang luar untuk masuk ke dalam rumah itu. Rashid pada mulanya akur kerana malas untuk bertengkar. Elysa yang juga ada ketika itu turut memarahi Yasmin dan terus ditampar oleh Yasmin.

Apakah lagi masalah yang berlaku dalam rumah mereka?

Adakah Aril dan Elysa sudah berbaik-baik?
Adakah Aril melayan Elysa dengan baik?
Berjayakah Yasmin menghalau Aril dari rumah itu?

Nantikan CINTA ELYSA Episod 6 jam 9 malam ini di TV3!

0 org yang baik hati komen:

Post a Comment