.

Thursday, October 20, 2011

PELAJAR TINGKATAN 4, KELAR BAYI DALAM ASRAMA

baca tajuk kat atas nie pun dah rasa sakit hati yang amat....

mana lah perginya perikemanusian mangkuk hayun nie...menda mmg dah salah...tp nk wat cam ner ya tak? dah jadi pun kan...kita jgn la tmbh dosa yg kite dh buat...baby tu tak salah dowwhhh...baik ko kasi baby tu kat haku....

ape pun korang baca arhhh berita kat bwh ni k....



Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my  

BETONG: Seorang penganggur berusia 27 tahun yang juga kekasih pelajar yang membunuh bayi baru dilahirkan, Isnin lalu, ditahan polis yang terpaksa menempuh perjalanan menaiki botkira-kira tiga jam, sebelum memberkas lelaki terbabit di sebuah rumah panjang di Ulu Layar, kelmarin

Lelaki terbabit dipercayai bersembunyi di rumah berkenaan kerana bimbang ditahan polis.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya itu di dalam semak di belakang rumah panjang mereka.

“Ketika ditahan, suspek mendakwa memang berhasrat mengahwini teman wanitanya, namun ditolak keluarga gadis berkenaan. 

“Kami percaya kenyataan itu bagi mengelak dia dipersalahkan berikutan perbuatan kekasihnya yang mengelar bayi dilahirkan sehingga isi perut terburai,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, polis mendapat maklumat tindakan pelajar perempuan berusia 16 tahun membunuh anak dilahirkan dipercayai berang selepas permintaan pasangan berkenaan untuk berkahwin mendapat tentangan keluarga kedua-dua belah berikutan faktor usia.

Harian Metro Isnin lalu melaporkan asrama sebuah sekolah menengah, di sini gempar apabila menemui bayi perempuan baru dilahirkan dengan kesan kelar tujuh kali di badan termasuk perut sehingga terburai.

Kejadian berlaku pada jam 7.40 pagi hanya disedari seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang mencurigai pelajar terbabit gagal hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Sementara itu, polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Sri Aman, bagi menahan lelaki terbabit selama tujuh hari bermula semalam., terhadap lelaki terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini.

8 org yang baik hati komen:

  1. memang tak la masuk syurga lau camnie....
    sakitnye hati..

    ReplyDelete
  2. budak nie bukan org islam..
    dpt tau dpd org sana, budak pempuan nie da mslh sakit mental..

    ReplyDelete
  3. YNA: tul ke? bukan islam? dlm paper tak ckp pun bdk nie secara details...

    ReplyDelete
  4. mimi...mmg sangat ngeri...benci tul kat budak tak gune nih....

    ReplyDelete
  5. pening kpala tgk prngi rmaja skang

    ReplyDelete
  6. tu lah pasal....melampau2 dan menjadi2 diorg nie skrg tau....

    ReplyDelete