Kuala Lumpur , 30 Mac 2013 – Bertempat di Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Hiburan Seni Budaya @ Lanai Seni & Pelancaran Program Hiburan Seniman Jalanan Kuala Lumpur. Majlis ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti kebudayaan dan kesenian warisan tradisional yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
majlis |
antara pemohonan seniman jalanan |
Datuk Bandar merasmikan majlis tersebut |
Melalui program Hiburan Seni Budaya ini, diharapkan dapat mendekatkan warga kota dengan aktiviti kebudayaan dan kesenian khususnya di kalangan belia. Program Hiburan Seni Budaya ini akan diadakan setiap dua minggu pada malam Sabtu bermula 9 Mac lalu sehingga 28 Disember 2013 bertemakan negeri-negeri di Malaysia.
Hiburan seni budaya ini berkonsep santai sambil berhibur dengan persembahan kebudayaan tradisional melalui tarian, muzik, seni dan kraft manakala program ” Seniman Jalanan ” merupakan satu sub budaya yang popular dan mempunyai pengikut yang tersendiri terutamanya golongan muda. Sehubungan dengan itu, pihak DBKL mengambil initiatif memberikan permit kepada pengiat seni ini dalam usaha mencari bakat-bakat baru pemuzik dan penghibur jalanan yang bebakat. Aktiviti persembahan bermula dari jam 10 pagi hingga 3 pagi dan mengumpulkan penyertaan seramai 280 orang seniman jalanan yang berdaftar.
Antara tapak-tapak persembahan dalam cadangan pihak DBKL adalah :
Jalan Bukit Bintang
Lanai Seni, Jalan Tunku Abdul Rahman
Jalan Jalan Tunku Abdul Rahman (berhampiran SOGO)
Jalan Mahkamah Persekutuan (siarkaki sepanjang tebing sungai)
Jalan Petaling
Kawasan Taman-Taman Awam DBKL
Majlis Perasmian Hiburan Seni Budaya & Pelancaran Program Hiburan Jalanan 2013 |
antara karya-karya pada malam tersebut |
antara karya-karya pada malam tersebut |
antara persembahan pada malam tersebut |
antara persembahan pada malam tersebut |
antara persembahan pada malam tersebut |
antaranya |
0 org yang baik hati komen:
Post a Comment