.

Showing posts with label anzalna. Show all posts
Showing posts with label anzalna. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Review Sepah The Movie

Photobucket
Salam semua... hari ni ain nakbuat entry pasal SEPAH THE MOVIE seperti yang ain janjikan sebelum ni...
Untuk pengetahuan korang filem ini akan keluar di pawagam pada 29 November 2012.

Sebelum ape2 meh ain share dengan korang sinopsis filem ni okey...


Sepah The Movie”, mengisahkan ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat berkawan rapat sejak dari kecil dan mempunyai hobi yang sama iaitu obses dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai ’Sepah’ merupakan juara sukan tersebut di sekitar Johor Bahru.

Dalam pada itu, mereka menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka. Munculnya seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang bertugas dibahagian “Training “ (trainer) dikilang elektronik tempat mereka bekerja. Pelbagai strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Ayu bagaimanapun pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan kerenah dan juga ragam tiga bujang Sepah ini . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi. Namun semuanya gagal.

Kegagalan tiga bujang itu untuk memenangi hati “ Ayu Sofea “ berpunca dengan kemunculan seorang pengurus baru didalam kilang tersebut, iaitu “ Based ”. Based yang berpendidikan luar negara serta berketurunan anak orang berada sangat mudah menghampiri Ayu Sofea dengan penampilan serta imejnya.

Situasi ini disedari oleh Sepah dan telah melahirkan suatu sifat cemburu dan sakit hati. Kebetulan “Based” juga adalah pelumba motor cross dan mempunyai pasukannya sendiri. Maka dengan sifat lelaki jati, tiga bujang Sepah itu mencabar pasukan Based didalam suatu perlumbaan sihat. Perlumbaan yang berlangsung disebuah ladang kelapa sawit dan telah mengundang kemalangan pada Jep. Bujang Sepah menerima sindiran dan juga ejekan dari pasukan “Based”. Shuib dan Mamat menyedari akan kesungguhan Jep untuk memikat Ayu Sofea. Mamat dan Shuib mengalah dan bertekad membantu Jep untuk mendapatkan Ayu Sofea. Strategi yang licik diaturkan Mamat dan Shuib untuk memenangi hati Ayu Sofea pada Jep. Namun apabila strategi dijalankan, muncul Based menjadi penghalangnya.

Ayu sofea” menyedari bahawa Jep sangat cintakannya. Namun ternyata Based lebih bijak mengatur strategi. Based meminang Ayu Sofea dan peminangannya diterima keluarga Ayu Sofea, memandangkan kedudukan keluarga Based  menyakinkan keluarga Ayu Sofea.

Situasi ini mengundang kecewa yang teramat sangat pada Jep. Shuib dan Mamat dalam dilema apabila melihat keadaan Jep sudah terumbang ambing. Shuib dan Mamat mengatur strategi untuk mengembalikan keceriaan Jep, namun semuanya gagal. Jep dengan hati yang membara telah menemui keluarga Ayu Sofea memohon agar diputuskan talian pertunangan diantara Based dan Ayu sofea. Jep telah dimalukan apabila diherdik oleh keluarga Ayu Sofea diatas tindakannya. Jep kecewa. Based merasakan bahawa Jep sudah melampau dan perlu diajar.

Based mencabar Sepah berlumba dengan kumpulannya. Jep menyahut cabaran dan perlumbaan diadakan sekali lagi di ladang kelapa sawit. Namun perlumbaan kali ini berpihak kepada Sepah. Based benar-benar kecewa.

Based sekali lagi dikecewakan apabila Ayu Sofea mendapat tahu bahawa Based telah mengakibatkan seorang pekerja kilang bernama Rozita mengandung. Pertunangan diputuskan. Sepah gembira mendengar berita Ayu Sofea dan Based telah terputus talian pertunangan namun mereka simpati dengan Ayu Sofea.

Tiga bujang Sepah mengambil peluang tersebut untuk kembali memujuk hati Ayu Sofea terutama Jep.

Mampukah Jep memenangi hati Ayu Sofea? Bagaimana Jep berhadapan dengan Shuib dan Mamat dalam mendapatkan semula Ayu Sofea?

Semuanya akan terjawab di dalam SEPAH THE MOVIE


Social Media Sepah The Movie:


Pendapat Ain 
  • yang pertama2nya Filem ni kelakar... harus lah kan dah kalau yang berlakon tu kumpulan SEPAH kan...
  • Watak yang d mainkan oleh Jehan Miskin memang sangat2 menyakitkan hati... Jahat sangat2... tak suke2...
  • Filem yang sesuai di tonton oleh seisi keluarga....
  • kalau bintang plak 3/5 bintang

Photobucket

Photobucket

Photobucket




P/s review nie tak der kena mengena dengan yang hidup mau pun yang sudah meninggal dunia.. ianya sekadar pendapat saya yang mana tak kan sama dengan pendapat orang lain... ape pun sile terjah panggung yang berdekatan dan nilai sendiri... sape lagi yang nak sokong industri Malaysia kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia.. kan... kan...



Tuesday, July 3, 2012

Neelofa, Anzalna berdamai, tapi enggan bersalaman

pagi2 update citer panas.... tp adakah diorang ni mintak maaf ikhlas? ke sbb ikutkan kehendak pihak Seniman? korang rasa macam mana?

Hasrat Persatuan Seniman untuk melihat dua pendatang baru dalam dunia lakonan, Nur Anzalna Nasir dan Noor Neelofa Mohd Noor berdamai, sudah pun dilunaskan apabila kedua-dua aktres ini ditemukan dalam satu sidang media di Hotel Royal Bintang Damansara, semalam.

Namun, majlis perdamaian itu tidak pula menampakkan kesungguhan keduadua bekas Dewi Remaja 2010/2011 ini.

Biarpun permohonan maaf telah diungkapkan oleh Anzalna kepada Neelofa pada majlis tersebut, namun mereka tidak langsung memandang wajah masing-masing apatah lagi bersalaman.

Tak lebih dari sekadar sesi tandatangan akujanji, kedua 'Dewi' ini kelihatan dingin sepanjang majlis berlangsung.

Sebelum Anzalna memulakan pengakuan maaf, Zed Zaidi bagi pihak Persatuan Seniman terlebih dahulu memohon supaya perkara tersebut tidak dipanjangkan dan diselesaikan terus pada hari itu.

Ironinya, sebelum permohonan maaf diungkapkan Anzalna, Neelofa mahu ucapan maaf itu dibuat mengikut skrip yang telah disediakan.

Dengan riak wajah selamba, Anzalna yang ketika itu sudah bersedia membuat ucapan sendiri, berkata, "Oh I kena baca ikut apa yang you tulis eh?"

Tidak memanjangkan perkara itu, Anzalna terus mengambil skrip yang disediakan dan membaca kenyataan rasmi tersebut yang bertulis;

Saya Anzalna Nasir dengan nasihat daripada Seniman ingin memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya, dan saya tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut.'

Sementara itu, Neelofa yang berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut bersyukur apabila perkara itu sudah berakhir.

Menganggap tindakannya itu perlu sebagai mempertahankan diri dan maruah keluarga, Neelofa mengatakan kini terbukti dirinya berada di pihak yang benar.

Majlis diakhiri dengan ucapan Zed Zaidi yang menyimpulkan perkara itu sudah pun selesai dan kedua-dua artis ini perlu mematuhi syarat yang terdapat dalam akujanji.

Neelofa teragak-agak?

Sebaik sahaja majlis tersebut selesai, kebanyakan media terus mengerumuni Neelofa bagi mendapatkan maklum balasnya mengenai hal itu.

Sewaktu ditanya adakah dia ikhlas memaafkan Anzalna, Neelofa kelihatan teragak-agak menjawab.

Namun, katanya, selepas hal ini selesai, dia dengan rela hati memaafkan Anzalna dan tidak kisah untuk bertegur dengan pelakon itu jika bertembung di mana-mana majlis.

“Sebenarnya ini benda lama. Jadi, saya tidak pernah fikir perkara ini akan timbul kembali. Ia sebenarnya sudah lama hilang.

“Namun, selepas dibangkitkan semula hal ini, saya perlu pertahankan diri dan keluarga. Dan saya bersyukur majlis hari ini diadakan seperti apa yang saya mahukan,” katanya merujuk kepada permohonan maaf yang dibuat oleh Anzalna.

Sementara itu, sewaktu ditanya mengapa dia tidak mahu merakamkan gambar bersama Anzalna bagi membuktikan keduaduanya sudah berdamai, pelakon filem Azura ini mengatakan hanya mengikut tentatif yang disediakan oleh pihak Seniman.

Anzalna sebak

Saat ditemu ramah mengenai perasaannya selepas hal tersebut selesai, Anzalna menitiskan air mata.

Jujur mengakui tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut, gadis yang hadir ditemani kakaknya ini mengatakan tidak mahu melibatkan lebih ramai orang lagi dalam pertelingkahan mereka.

Menerima perkara itu sebagai satu dugaan buat pendatang baru sepertinya, Anzalna dengan rela hati menerima nasihat daripada Seniman untuk memohon maaf kepada Neelofa dan mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Alhamdulillah, perkara ini sudah pun selesai. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini kerana akan mengaitkan lebih ramai orang lagi.

“Apa yang saya lakukan pada hari ini adalah semata-mata kerana Allah, kerana tahu hidup di dunia ini hanya sementara.

Saya tidak mahu mengaibkan lebih ramai orang.

Namun, minta maaf bukan bermaksud kalah,” katanya yang begitu sebak selepas majlis tersebut selesai.

-Sinar Harian-